Pokok bawah bumbung
Rabu, 14 Januari 2026 - Saya ikut suami pergi bungkus nasi untuk sarapan Sulaiman. Singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua cawan kopi americano, panas dan sejuk, harga RM5.
![]() |
| Tergoda tengok pastries. |
Tapi tak beli pun pastries. Tengok jer.
Berbalik kepada cerita berkebun.
![]() |
| Pokok ati-ati ada kutu |
Merujuk kepada gambar kecil di atas, saya zoom-in. Mula-mula saya ingat tahi ulat pada daun. Bila ambil gambar dan zoom-in baru nampak benda hitam kecil-kecil tu ada kaki. Inilah perosak yang pernah buat pokok selasih saya mati. Daun pokok jadi bergulung dan pudar warna.
Saya sudah buang daun yang ada perosak ini. Kemudian saya spray dengan penghalau serangga perosak yang beli di kedai Eco.
![]() |
| Pokok bunga kupu-kupu suka duduk bawah bumbung |
Saya panggil pokok ni butterfly. Sebelum ni, dia duduk tengah panas. Makin lama makin sikit tinggal dan macam nak mati. Saya pindahkan ke bawah bumbung dekat garaj. Sudah keluar baru. Waktu malam, daunnya melipat ke bawah. Bila siang, daunnya mengembang seperti dalam gambar atas.
![]() |
| Pokok salvia ini pun suka duduk bawah bumbung |
Sekarang ada pasu saya letak bawah bumbung. Ada yang saya biar di luar tengah panas. Saya tukar tempat bila pokok macam nak mati. Bila pokok mulai nampak segar dan keluar daun atau bunga baru seperti di atas, maka betullah apa yang saya buat bila pindahkan lokasi pokok.
![]() |
| Keladi merah keluar daun baru |
Semasa ia duduk tengah panas, tengoklah daun yang saya bulatkan. Ada kesan terbakar dan warna daun pudar. Bila pindahkan ke bawah bumbung, tumbuh daun baru yang lebih cantik dan terang warnanya.
![]() |
| Alocasia ninja atau black velvet |
![]() |
| Ini makcik yang suka berkebun dari pukul 7 hingga 10 pagi. |
Hehe... Tu je la perkongsian hari ini. Hari ni ada banyak benda kena settle sebab esok saya nak jalan jauh, Insya-Allah.
Jumpa lagi, ye. ♥️








berkebun ni terapi jugak. tapi kena ada mood kerajinan kan. kalau malas memang tak jadi apa.
BalasPadamBetul, Cie. Kalau malas tu, nak siram pun malas. Lepas tu esoknya kesian tengok pokok dah layu. Padan muka.
PadamSy pun nak kena alihkan semula pasu pokok keladi sy ke bawah bumbung. Sian daunnya melecur kena panas
BalasPadamHa, elok tu, PH, alihkan ke tempat redup. Sekarang panas membahang.
Padamseronok nya berkebun...kuar peluh jugak tu
BalasPadamBetul, MA. Terapi minda. 😊
PadamAduhai..Cantik2 pokoknya =D
BalasPadamAlhamdulillah. 😊
Padamlama tu berkebun.. macam mak linda dekat kampung.. selalunya, pokok keladi macam tu, memang suka bawah bumbung..
BalasPadamHehe.. dah ikut perangai orang tua dah akak ni, Linda.
PadamIye la, akak baru tahu. Baru pokok pertama cuba nak bela.
cantik pokok bunga kupu-kupu
BalasPadamHa ah, kembang helok je dia waktu siang.
Padamteringat zaman pokok keladi viral dulu kak..dapat la tengok pokok keladi yang pelik-pelik
BalasPadampokok kupu-kupu tu pun cantik,ni kalau dapat dekat saya sekejap je ni jangka hayat dia
Haha.. kan, zaman tu, semua orang bela keladi.
PadamEh, mana tahu. Belum cuba. Letak tempat redup, panjanglah umur pokok butterfly tu.
Patutlah pokok butterfly saya makin tak sihat, rupanya tak boleh kena panas sangat.
BalasPadamYe, sekarang pula panas bahang bukan main lagi, kan. Kesian pokok.
PadamUi, banner blog baru lg... nice nice.. semoga dipermudah perjalanan jauh tu.. selamat bermusafir kaknur
BalasPadamMekasih, Kakmim. Aminn... 🤲 Thank you, thank you. 🤗
PadamSeronok baca cerita ni, rasa tenang je suasananya. Macam duduk santai bawah bumbung sambil hirup kopi, damai betul.
BalasPadamoya, blognya ada perubahan ya
Iya, Mas. Saya tukar template dan header.
PadamBlog header baru menceriakan lah Nur. Pokok bunga kupu kupu ni first time tengok
BalasPadamMekasih, Mulan. Oh ye ke...
Padamrasanya ni pestime saya tau pasal pokok bunga kupu2. unik betullah, ada 3 kelopak bunga je. tapi kelopaknya besar2
BalasPadamAda je jual pokok butterfly ni, di nursery pokok bunga, Mazni. Akak pertama kali jumpa dan beli pokok butterfly ni, di Cameron Highlands.
PadamMasya Allah cantik-cantik pokok ditanam.
BalasPadamNur hendak mana ya? Semoga selamat sampai.
Saya pergi roadtrip ke Pantai Timur, NA. Sudah selesai dan selamat balik rumah Lumut Isnin lepas, Alhamdulillah.
Padam4 jam luang masa berkebun... patut lah wajah sentiasa ceria
BalasPadamHehe.. tenang uncle, tengok pokok ni. Tapi itulah, kulit pula jadi gelap.
PadamBlack velvet tuh kalau di sini sebut kuping gajah. Bisa tumbuh sampai lebaaar sangat kan. Mama saya dulu letak dalam rumah. Sesekali dikeluarkan juga. Saya pula tiap pagi selalu menuang susu diam2 ke pot nya, sebab saya tak suka susu hahahaha. Nasib baik dia tak mati 🤣
BalasPadamLaa.. kesian tumbuhannya, disiram susu. Waduh, nasib baik tak mati. 😁
Padamrajinnya berkebun, sha tanam ja la apa2 confirm layu, tangan tak ngm berkebun haha..done klik2 iklan :)
BalasPadamHehe.. mekasih, klik. Tapi jangan bagitahu, sebab dulu pernah ada kes, klik dengan sengaja dan bagitahu ni, macam illegal pada adsense. Klik jika berminat saja ya, Sha. Intentional ads clicking. Dulu la, sekarang tak tahu masih ada mata-mata tak yang memandang aktiviti ini.
Padamoh iyaka sha baru tahu..maaf ya..boleh padam komen sha atas tu..maaf
PadamTakpe. Benda dah lepas. Blogger Nurul pun ada cakap kan, di entri di blog Sha. 😊
PadamThanks Tot kongsikan semua gambar pokok yang molek-molek semuanya. Terapi mata untuk KSarie. Setakat ni cuma pokok money plant yang hidup di balkoni. Segala yang lain samada hampir kiok atau kiok tko terus
BalasPadamHehe... money plant tu, senang hidup, orang kata, indoor. Saya pun tak ada lagi, nanti nak beli la.
PadamManja ye pokok2 tu semua..hehehe...tapi elok la teduhkan depa semua bawah bumbung..at least hasilnya akan cantik kan..ALOCASIA ru boleh indoor gak kan Nur?
BalasPadamHa ah, betul tu, SA, pokok yang tidak tahan panas atau manja. Hehe...
PadamYe betul, SA, pokok indoor, alocasia itu. Fanny dah sahkan di komen atas, mama Fanny letak dalam rumah.
Itu lah cabaran tanam pokok hiasan. Ada serangga perosak selalu singgah.
BalasPadamKann... bertabahlah kita menjaga pokok.
Padam