Roadtrip Pantai Timur: Manjung Kuantan
Rabu, 21 Januari 2026 - Suami ambil cuti. Sudah lama nak pergi jalan-jalan naik kereta. Sulaiman tak mahu ikut, sebab dia ada kerja hari Sabtu. Lagi pun, anak-anak kurang suka ikut perjalanan jarak jauh ni, walaupun kami banyak kali ajak. Amirul dan Hafizan tu takpe la, sebab bukan sedang cuti, ada tugasan dan kelas. Budak Sulaiman ni pun, kami cakap nanti tak ada peluang nak jalan jauh, kot nanti sambung belajar. Bapak budak bukan selalu dapat apply cuti banyak hari. Dia kata, takpe. Sudah janji dengan kawan, ada kerja hari Sabtu.
Ok ler. Jadi kami pun berangkat berdua, roadtrip bulan madu pengantin tua. Pagi hari, masukkan bagpack dalam kereta. Suami kata, beg saya berat macam bawa pakaian untuk sebulan. Biasa, orang pompuan kan. Untunglah orang lelaki tak perlu pakai tudung, pakaian inner, stoking bagai. Nasib baik naik kereta. Dia pernah ajak pusing Malaysia naik motor. Mana nak letak pakaian saya yang macam sebulan tu. Letak tong kiri kanan belakang motor pun tak cukup kot. Huk huk!
![]() |
| Padi menguning di Seberang Perak |
![]() |
| Apam balik Batang Kali 3 biji RM5 |
![]() |
| Jalan Batang Kali - Genting Highland |
![]() |
| Nampak cable car |
![]() |
| Lemang To'ki 2 |
![]() |
| Nasi saya, lauk ikan masam manis |
![]() |
| Nasi suami |
![]() |
| Set lemang |
![]() |
| Gambar kenangan sekeping |
![]() |
| Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Temerloh. |
![]() |
| Ruang solat muslimat |
![]() |
| Simpang ke UiTM Jengka |













dari lemang toki tu nak exit highway dah dekat. kalau ikut bentong-temerloh jalan dalam tu jauh sikit la.
BalasPadamItulah, kami tak ikut highway, Cie, lalu jalan biasa jer. Saja makan angin. 😊
PadamWahh best nya. Lemang Toki tu lalu banyak kali simpang nya tapi tak pernah pergi pun.
BalasPadamLaaa, ye ke... sedap dan lembut, lemangnya, Mulan, boleh singgah lain kali.
PadamWah, inilah road trip yang Nur cakap hari tu. Nasib baik betul tu, halanya ke Kuantan. Kot la tiba-tiba tukar haluan balik kampung suami pulak. Part nak jatuh tu, sempat lagi pulak fikir nak landing macam mana ya, kelakar pulak, kesian pun ada. Kita mula pelik, kenapa makan nasi pergi kedai lemang. Nasib ada lemangnya. Kat situ ada jual durian jugak, kan.
BalasPadamYa, SK. Roadtrip ke Pantai Timur. Ada papan tanda jual durian, tapi waktu kami sampai, tak nampak durian pula. Tapi sepanjang jalan situ memang berlambak orang jual durian, tempat musang king, kan. Murah murah pula tu, SK.
PadamSA teringin nak bawak PZ pi makan kat Lemang To'Ki tu...tapi tu la ntah bila nak bawak...kena pi jugak nanti ni...
BalasPadamSilalah, SA. Lemangnya lembut dan sedap. Harus cuba lain kali ya.
PadamSeronoknya jalan-jalan berdua. Jauh perjalanan luas pemandangan.
BalasPadamPernah lalau je lemang To'ki ni singgah makan belum lagi huhuuu
Alhamdulillah, Mrs. A. Lain kali lalu, singgah ya. Sedap lemangnya.
Padamselamat mengembara ke Kuantan. Jika terus lancar ke Ganu dan Kelate jugak pasti best sgt!
BalasPadamMemang saya lanjut ke Ganu dan Kelate juga, Abe Kie. Hehe..
Padamruginya si sulaiman taknak ikut sekali! bestla road trip jalan jauh2. alahai kesian husband akak jatuh pulak ye. nasib baik tak jatuh kat lutut yg sakit tu
BalasPadamtaip entry ni dalam kereta ke? uihhh gigih! saya paling takleh tengok phone dalam kereta. cepat pening
Sulaiman kerja, Mazni, tak dapat ikut.
PadamYe, syukur suami tak apa-apa, luka sikit je.
Tak, taip entri di hotel. Akak pun sama, tak boleh tengok phone dalam kereta.
Saya kalau ke Lemang To’ki, tak pandang nasi dah. Wajib makan lemang, rendang dan ayam bakar dia 😋
BalasPadamAduhai…kesian suami Nur. Tapi oklah masih boleh tergelak.
Bila umur makin bertambah ni, saya memang tak mampu membaca dalam kenderaan bergerak. Jadi pening dan mual. Dulu masa muda ok je.
Nur kalau rasa letih badan, minum ORS atau 100plus. Saya biasa buat gitu kalau travel jauh, lagi pulak ikut jalan biasa memang mudah letih badan.
Wah, ayam bakar dia sedap ke? Lain kali boleh try. Saya nampak kambing bakar je.
PadamTerima kasih ya, Ujie, suggest minum ORS atau 100Plus. Betul, roadtrip lama, mudah dehidration. Lagi-lagi cuaca panas sekarang.
Lelamng tokki ni memang femes...
BalasPadamUncle suka apam balik yg tebal tu berbanding dengan yg nipis
Kan, uncle.
PadamKenyang makan apam balik tebal tu, kan, uncle.
Wow seminggu ambil cuti. Rugilah Sulaiman itu pergi jalan-jalan tapi kadang-kadang mungkin tiada mood jalan jauh.
BalasPadamAnak-anak memang kurang suka naik kereta lama-lama, NA. Itu dia tak mau ikut.
Padamlinda perasan, linda pun tak boleh bertudung lama2 kalau di siang hari..kalau kat pejabat je takpe.. ni yang kita p berjalan2 dengan panasnya...sat g kepala rase berat je..nyut2 dia
BalasPadamnasib baik incikSuami takde apa2 yang serius
Betul Linda, sekarang panas lain macam. Pakai tudung lama pun boleh sakit kepala.
PadamSubahanallah masjid tu indah sekali..aman damai solat di masjid ni dek..
BalasPadamYe, Cikgu. Masjidnya sangat cantik. Betul, saya setuju, rasa aman damai solat di masjid.
PadamJalan-jalan dapat makan menu kampung macam ni best betul.
BalasPadamMemang nikmat, BK. Alhamdulillah.
PadamPaling sukaaaa kalau bisa road trip beginiiiii 😍😍😍😍. Saya pernah menghitung kira2 berapa waktu yg dibutuhkan untuk bisa road trip keliling semenanjung Malaysia. Pastinya tidak butuh waktu selama saya road trip di Sumatera. Mungkin sama dengan road trip keliling Jawa. Karena luas pulaunya tak jauh beda dengan Jawa island.
BalasPadamMemang dah masuk plan saya kak. Sewa mobil di sana, lalu road trip lah.
Lemang dan rendang itu nampak sedaaaap 😍😍😍😍. Makan itu saja pun dah kenyang
Bagus tu, Fanny. Roadtrip semenanjung Malaysia, memang menarik! Betul, makan lemangnya saja sudah cukup. Lepas tu komplen kenapa tak kurus-kurus, padahal makan nasi dan lemang, kan. Hehe...
Padamindahnya masjid..best dpt jalan2 sambil try makanan negeri lain..sha teringin hihi..
BalasPadamSemoga ada rezeki Sha satu hari nanti ya, untuk jalan-jalan cuba makanan negeri lain.
PadamAlhamdulillah road trip ke Kuantan ye. Lemang Toki tuh memang biasanya penuh sokmo. KSarie baru makan situ 2 kali. Meriah pilihan makanannya. Cantik betul masjid. Seronok jalan berdua ala-ala honeymooners ni😍Kesian cik abangnya tergolek pula ye di awal trip. Roadtrip JJCM la ni ye
BalasPadamRoadtrip ke Pantai Timur, KSarie. Lama bebenor nak habiskan cerita. Hehe.. ha ah, lebih kurang begitu. Roadtrip suka hati, singgah mana suka, duduk mana yang available, santai-santai kita. 😊
PadamTak pernah lagi makan di Lemang To'ki. Suami dari sehari ke sehari kata nak road trip gini tapi hmmm ntah bila nak jadinya ntah.
BalasPadamTunggu cuti sekolah la ya, Ammi. Anak-anak boleh ikut.
Padambest..ikut jalan biasa, x ikut highway..boleh singgah tempat2 menarik..
BalasPadamBetul tu, kak. Dan jimat duit tol juga. Hehe..
Padam