Permata Resort, Kuala Dungun.
Khamis, 22 Januari 2026, Sampai saja Kuala Dungun, kami cari hotel-hotel di tepi pantai. Sudah beberapa kali kami sampai Kuala Dungun ni, sebab Amirul belajar di Uitm. Tapi ini pertama kali nak cuba duduk di hotel tepi laut. Sampai di Permata Resort, berhenti kereta, saya tanya dalam, ada bilik kosong untuk tiga orang tak. Ada, Alhamdulillah. Terus bayar dan check-in. Kami tak buat tempahan dulu, main jalan jer. Saja je la, ambil katil extra, kot budak Amirul nak tidur sekali, sebab dia memang suka berkepit je.
Jom masuk tengok dalam hotel camana. Kami dapat bilik di blok hadapan, mengadap laut. Alhamdulillah. 😍 Di bahagian belakang juga ada bilik, tapi view kolam renang. Saya tak tahu menahu langsung tentang resort ini. Suami dah cakap, di belakang ada bilik lagi. Tapi saya tak explore langsung. Masa nak taip entri ini, saya google, baru tahu. Haha... amenda entah.
![]() |
| Gambar dari review di Google. |
![]() |
| Buka pintu, ada ruang tamu. |
![]() |
| Katil queen satu, single satu. |
Tengok-tengok budak Amirul sibuk. Ada tugasan kena hantar keesokan harinya. Jadi, dia tak sempat nak bermalam dengan kami. Takpelah. Biarlah anak selesaikan kerja dia. Lain kali ya, Amirul.
![]() |
| Cerek untuk buat kopi dan air mineral. |
Bilik tidur pun besar. Kemudahan asas pun lengkap. Aircond ada dua biji, satu di ruang tamu, satu lagi di dalam bilik.
![]() |
| Bilik air dan tandas sekali. |
Bilik air besar.
![]() |
| Tandas dan ada pemanas air |
![]() |
| Ada ironing board, iron dan Ridsect dalam almari. |
![]() |
| Bilik kami di hujung, tingkat bawah, blok depan. |
Ada kerusi, boleh duduk situ, tengok laut. Sejuk saja sini. Maksud saya, angin yang bertiup tepi pantai tu, angin sejuk. Ini berbeza berbanding tempat saya, kalau saya morning walk di Esplanade Lumut, angin pun tak ada. Kalau petang, baru ada angin. Itu pun, angin panas. Itulah bezanya mengadap Laut China Selatan dan Selat Melaka.
![]() |
| Permata Resort, lokasi tepi jalan saja, Jalan Pantai Sura. |
Damainya rasa kami duduk di sini. Rasa macam nak pindah duduk Terengganu, ler. Saya suka Terengganu! 🥰
![]() |
| View laut dari bilik. |











betul tu...duduk lumut dulu...angin kemain kuat...tapi panasnya...
BalasPadamKannn, Linda. Muka pun susah nak cerah, asyik kena panas jer.
Padamseronoknya....depan bilik laut...bilik pun bersih..nampak selesa dan harga pun murah giler la...
BalasPadamAlhamdulillah SA, rezeki dapat bilik mengadap laut. Besar pula tu.
PadamPatutlah sini angin sejuk. Masa di Sungai Besar tiada angin. Panas sungguh.
BalasPadamHa, sama la tu, macam di Lumut, NA.
Padamluasnya bilik dia, nampak selesa dan harga murah jugak tu.
BalasPadamhaha terserempak dgn amirul pulak masa tgh drive ye
Alhamdulillah, bilik memang elok, Mazni. Itu la, boleh nampak Amirul, bawa kete laju jer.
PadamSeronok bercuti duduk hotel tepi pantai.
BalasPadamHehehee tajam mata Nur ya boleh cam anak sedang memandu tu
Alhamdulillah, Mrs. A.
PadamSaya perasan plat kereta dulu, kereta tu dengan saya ada connection gitu, banyak tahun saya pakai. Chewah.
Kami pun check in sini tahun lepas memang best depan laut walaupun ada main road.
BalasPadamHaa... ye ke... bagus lokasinya ya, Mulan.
PadamNampak selesa juga biliknya tu. Best view boleh nampak laut.
BalasPadamSelesa, Cie. Alhamdulillah. Betul. Rezeki dapat bilik mengadap laut.
PadamMemang terasa beza laut belah pantai Barat dgn pantai Timur ni. Pantainya pun lawa² kan belah Pantai Timur ni... Rasanya blogger Mulan pun pernah stay sini, ada baca entry nya dulu.
BalasPadamBetul, PH. Laut Selat Melaka, belah Lumut ni, pada pendapat saya, panas. Tak sama macam laut belah Terengganu. Betul juga, ada Mulan sebut dalam komen di atas.
PadamAda beberapa tempat seperti itu yaaa. Pantai, tapi berangin dingin. Jadi ingat saat di Maldives kemarin, cuacanya juga begitu. Pantai, tp sejuk.
BalasPadamBelum pernah ketemu yg begitu di Indonesia. Rata2 pantainya memang panas juga, macam Bali, pantai di Aceh. Eh tapi di Bengkulu pantainya agak sejuk.
Iya, Fanny. Lain pantai, lain suasananya. Itu yang bila jumpa, memang nyaman dan boleh duduk berjam tengok laut, sebab sejuk anginnya. 🥰
PadamPantai pantai timur memang cantik. Hotelnya cantik dan murah
BalasPadamMemang, kak. Alhamdulillah, harga hotel berpatutan dan puas hati.
Padamnampak cantik dan bersih hotelnya.. nyaman dapat angin laut pantai timur ni..
BalasPadamAlhamdulillah, bagus hotelnya.
PadamBetul, seronok tengok laut sana, nyaman saja duduk tepi laut.
sha happy dapat hotel yang lengkap kemudahannya..apa lg kalau ada toiletries nya..cuma belum pernah nampak lagi hotel sediakan Ridsect hihi..Dungun hari tu sha tak sempat pergi mungkin boleh masukkan dalam list bila ke Terengganu :) cantik hotelnya
BalasPadamBoleh singgah Dungun, Sha, kalau datang Terengganu lain kali, ya. Aman tempatnya.
PadamTerengganu antara negeri menarik untuk bersara sebenarnya lagi-lagi kepada siapa yang beach person kan? Cumanya hendak mengharungi banjir tahunan itulah kita sanggup ke tidak kan. Tapi Terengganu memang tenang, angin sepoi-sepoi bahasa, aneka kulinari, pemandangan awesome
BalasPadamSetuju! Banjir itu, alah bisa tegal biasa. Saya sekarang lebih rasa nak duduk Terengganu dari duduk Kelantan, KSarie, bila suami sudah pencen nanti. Hik hik!
PadamAlahai cantiknya view laut 😍 memang relax je duduk kat Permata Resort ni. RM190 pun berbaloi dengan pemandangan & bilik selesa macam tu ...
BalasPadamBetul, Nurul. Alhamdulillah, memang boleh repeat lain kali, hotel ni.
Padam