Thursday, January 8, 2026

Aktiviti Tahun Baru

Akhirnya, masuk cerita tahun baru. Saya catch-up draft entri, dengan men-schedule dua entri pada satu hari. 😊 

Entri kali ini, cerita apa saya buat pada cuti umum Tahun Baru yang lepas, tanggal 1 Januari 2026. Pada pagi itu, saya tidak keluar rumah berkebun pun. Lepas subuh, saya masuk dapur. Sediakan sarapan. 

Nasi goreng kampung tanpa kangkung
Nasi goreng kampung tanpa kangkung

Sarapan membawa ke makan tengahari, nasi goreng kampung ini. 

Ulam timun dan telur goreng mata
Ulam timun dan telur goreng mata

Hitam pula telur goreng. 

Kuih karipap dan popia goreng
Kuih suami beli

Suami saya balik kerja shif malam, minta dia belikan kuih saja. Dia beli karipap dengan apa entah, nampak macam popia goreng tapi tak bulat dan flat saja, dalam gambar di atas. Boleh la. Hafizan makan kebanyakan kuih.

Kuih koci, kasturi dan lompang atau kosui
Ini kuih orang tua pula, suami beli.

Dua ketul kuih koci, kasturi dan kuih lompang atau kosui tapi dah rupa macam kuih lapis diselaputi kelapa.

Buat kopi di rumah
Buat kopi di rumah saja

Alhamdulillah, azam tahun baru saya, untuk kurangkan belanja beli kopi di luar. Cukup-cukup la tu, perhabis duit enjoy minum kopi luar. Saya sudah uninstall app Zus. Tapi app 7-Eleven masih ada. Tapi takpe la, sebab kopi Family Mart dan 7-Eleven murah sikit. Itu pun kalau masuk beli roti saja, saya beli. 
Rasa berkat dan nikmat, bila masak di rumah, dan bancuh air sendiri di rumah. Tahun ini, saya hendak lebih berjimat. Simpan duit, untuk pergi haji. 

Marathon Stranger Things
Marathon Stranger Things

Siri Stranger Things ini telah tiba di kemuncaknya. Final episod. Habis sudah. Tiada lagi sambungan. Bagi yang mengikuti siri ini, boleh tengok pelakon-pelakonnya terlibat sedari mereka kecil-kecil lagi, hinggalah mereka besar panjang. Saya ikuti siri Stranger Things ini dari musim pertama lagi. Pandai pula Neflix keluarkan bahagian demi bahagian, tidak sekaligus, nak bagi orang tertunggu-tunggu untuk musim akhir ini. 

Tolak benda yang tidak elok seperti seorang gay dan yang lain-lain, cerita omputih kan. Tolak unsur negatif, dari segi mesej yang disampaikan, memang ada mesej tersendiri yang bagus, seperti semangat setiakawan, terima diri seadanya, tidak perlu malu akan kekurangan diri, kena yakin dan berani, begitu. 

Itulah saya ni, lebih suka layan cerita tak betul atau fantasi dari KDrama. Kalau genre hantu, seram, misteri, siasat menyiasat, saya suka. 

Begitulah aktiviti semasa tahun baru yang lepas. 

Selamat tahun baru 2026 pada semua pembaca sekalian. Harap belum terlambat untuk saya mengucapnya. Semoga kita diberi kekuatan untuk ubah menjadi diri kita yang lebih baik. Kuncinya adalah konsisten. Jangan hangat-hangat tahi ayam, awal tahun saja buat. Lama-lama jadi lemau. Nasihat untuk diri saya sendiri. Selain azam untuk lebih berjimat, saya juga ingin jaga solat, jaga aurat dan jaga kesihatan. Kita lebih kuat sebenarnya dari apa yang kita sangka. Semangat! 💪

Jumpa lagi, ya. 💗

18 comments:

  1. Azam yang baik Nur. Semoga istiqamah laksanakan.

    ReplyDelete
  2. Terisi masa seharian dengan pelbagai aktiviti. Bagus jugak tu berjimat cermat.

    ReplyDelete
  3. SA 1hb tu balik dari PD lepak je tgok Netflix citer tamil...hehehe...SA dah lama uninstall apps Zus dan CBTL..sebulan sekali je boleh minum kopi....tgok mcm mn perginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peh, layan citer tamil SA.
      Semoga kuat ya SA. Sebulan sekali je minum kopi. Saya tak boleh. Mesti pekena secawan juga.

      Delete
  4. Hahaha! Kenapa ye kuih2 tu di kategorikan kuih orang tua? Anak2 memang tak sudi usik pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab teksture kuih lembut dan orang tua takde gigi pun boleh makan kot. Eh, tapi kuih kasturi tu keras juga. Betul, orang muda mana minat.

      Delete
  5. Salam Tahun Baru Nur.. lama nya x jenguk awak kat sini.. semoga sentiasa aktif :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru, Ako. Mekasih datang jenguk saya sini. 😊 Aminn...

      Delete
  6. Selamat tahun baharu 2026
    Semoga yang baik2 aje datangnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Wak. Aminn.. 🤲 semoga yang baik² untuk Wak juga.

      Delete
  7. Selamat Tahun Baru kak
    Sedapnya nasi goreng, pagi2 buta skrol blog bikin kelaparan pulekssst.
    Moga azam akak tercapai.
    Cuya pon banyak minum kopi di rumah sahaja, jarang sekali beli luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. terima kasih, Cuya.
      Iya la. Semoga kita kuat. Cuya takpe, boleh pow abang kalau pergi Zus.

      Delete
  8. moga linda pun kuat semangat.. nak jaga solat, jaga aurat...

    ReplyDelete
  9. Sedaplah nampak rupa nasi goreng kampung walau tak ada kangkung. Kita doakan Nur dapat siampan duit untuk pergi haji tu ya. Segalanya dengan izin Allah, Semoga Allah jemput Nur dan suami ke tanah suci menunaikan haji di usia muda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn, YRA... 🤲 semoga yang baik-baik berbalik semula pada SK dan keluarga. 🤗

      Delete