Akhirnya, masuk cerita tahun baru. Saya catch-up draft entri, dengan men-schedule dua entri pada satu hari. 😊
Entri kali ini, cerita apa saya buat pada cuti umum Tahun Baru yang lepas, tanggal 1 Januari 2026. Pada pagi itu, saya tidak keluar rumah berkebun pun. Lepas subuh, saya masuk dapur. Sediakan sarapan.
![]() |
| Nasi goreng kampung tanpa kangkung |
Sarapan membawa ke makan tengahari, nasi goreng kampung ini.
![]() |
| Ulam timun dan telur goreng mata |
Hitam pula telur goreng.
![]() |
| Kuih suami beli |
Suami saya balik kerja shif malam, minta dia belikan kuih saja. Dia beli karipap dengan apa entah, nampak macam popia goreng tapi tak bulat dan flat saja, dalam gambar di atas. Boleh la. Hafizan makan kebanyakan kuih.
![]() |
| Ini kuih orang tua pula, suami beli. |
Dua ketul kuih koci, kasturi dan kuih lompang atau kosui tapi dah rupa macam kuih lapis diselaputi kelapa.
![]() |
| Buat kopi di rumah saja |
![]() |
| Marathon Stranger Things |
Siri Stranger Things ini telah tiba di kemuncaknya. Final episod. Habis sudah. Tiada lagi sambungan. Bagi yang mengikuti siri ini, boleh tengok pelakon-pelakonnya terlibat sedari mereka kecil-kecil lagi, hinggalah mereka besar panjang. Saya ikuti siri Stranger Things ini dari musim pertama lagi. Pandai pula Neflix keluarkan bahagian demi bahagian, tidak sekaligus, nak bagi orang tertunggu-tunggu untuk musim akhir ini.
Tolak benda yang tidak elok seperti seorang gay dan yang lain-lain, cerita omputih kan. Tolak unsur negatif, dari segi mesej yang disampaikan, memang ada mesej tersendiri yang bagus, seperti semangat setiakawan, terima diri seadanya, tidak perlu malu akan kekurangan diri, kena yakin dan berani, begitu.
Itulah saya ni, lebih suka layan cerita tak betul atau fantasi dari KDrama. Kalau genre hantu, seram, misteri, siasat menyiasat, saya suka.
Begitulah aktiviti semasa tahun baru yang lepas.
Selamat tahun baru 2026 pada semua pembaca sekalian. Harap belum terlambat untuk saya mengucapnya. Semoga kita diberi kekuatan untuk ubah menjadi diri kita yang lebih baik. Kuncinya adalah konsisten. Jangan hangat-hangat tahi ayam, awal tahun saja buat. Lama-lama jadi lemau. Nasihat untuk diri saya sendiri. Selain azam untuk lebih berjimat, saya juga ingin jaga solat, jaga aurat dan jaga kesihatan. Kita lebih kuat sebenarnya dari apa yang kita sangka. Semangat! 💪
Jumpa lagi, ya. 💗






Azam yang baik Nur. Semoga istiqamah laksanakan.
ReplyDeleteAminnn... 🤲 Mekasih, NA. 🤗
DeleteTerisi masa seharian dengan pelbagai aktiviti. Bagus jugak tu berjimat cermat.
ReplyDeleteYe, Cie. Insya-Allah.
DeleteSA 1hb tu balik dari PD lepak je tgok Netflix citer tamil...hehehe...SA dah lama uninstall apps Zus dan CBTL..sebulan sekali je boleh minum kopi....tgok mcm mn perginya
ReplyDeletePeh, layan citer tamil SA.
DeleteSemoga kuat ya SA. Sebulan sekali je minum kopi. Saya tak boleh. Mesti pekena secawan juga.
Hahaha! Kenapa ye kuih2 tu di kategorikan kuih orang tua? Anak2 memang tak sudi usik pun...
ReplyDeleteSebab teksture kuih lembut dan orang tua takde gigi pun boleh makan kot. Eh, tapi kuih kasturi tu keras juga. Betul, orang muda mana minat.
DeleteSalam Tahun Baru Nur.. lama nya x jenguk awak kat sini.. semoga sentiasa aktif :D
ReplyDeleteSalam tahun baru, Ako. Mekasih datang jenguk saya sini. 😊 Aminn...
DeleteSelamat tahun baharu 2026
ReplyDeleteSemoga yang baik2 aje datangnyer
Selamat tahun baru, Wak. Aminn.. 🤲 semoga yang baik² untuk Wak juga.
DeleteSelamat Tahun Baru kak
ReplyDeleteSedapnya nasi goreng, pagi2 buta skrol blog bikin kelaparan pulekssst.
Moga azam akak tercapai.
Cuya pon banyak minum kopi di rumah sahaja, jarang sekali beli luar
Hehe.. terima kasih, Cuya.
DeleteIya la. Semoga kita kuat. Cuya takpe, boleh pow abang kalau pergi Zus.
moga linda pun kuat semangat.. nak jaga solat, jaga aurat...
ReplyDeleteInsya-Allah, kita cuba ya, Linda.
DeleteSedaplah nampak rupa nasi goreng kampung walau tak ada kangkung. Kita doakan Nur dapat siampan duit untuk pergi haji tu ya. Segalanya dengan izin Allah, Semoga Allah jemput Nur dan suami ke tanah suci menunaikan haji di usia muda ni.
ReplyDeleteAminn, YRA... 🤲 semoga yang baik-baik berbalik semula pada SK dan keluarga. 🤗
DeleteSalam Tahun Baru.. Seronok ada aktiviti .. kami sekeluarga melepet di rumah sahaja hahahah :D
ReplyDelete