Friday, January 16, 2026

# Makan-makan # Walking

Jalan pagi dan sarapan apa

 Sabtu, 10 Januari 2026 - Saya pergi briskwalk di padang Astaka, Sitiawan. Tidak bawa handphone, jadi tak ambil gambar apa-apa semasa berjalan. 

Aktiviti berjalan menggunakan Garmin Connect
Berjalan selama 50 minit dengan jarak 4.44 kilometer.

Cantik pula nombor jarak berjalan pada hari itu. Nombor empat belaka. Kalau orang berbangsa cina, panggil nombor 3A. Saya pernah tinggal di rumah flat blok 4. Tapi alamat tulis 3A. 😁 

Rasa badan berat hari itu sewaktu slowjogging. Hari sebelumnya, saya minum air manis. Minum hazelnut latte panas. Teringin. 🤤 Lama bebenor tak pekena kopi manis. Lepas dapat tu, lega rasanya dan mood sangat happy. Tapi bila beriadah keesokannya, rasakanlah kesannya. Entah badan saya ini, bila sesuatu benda kurang elok masuk, badan akan bagi signal. Sama ada rasa semput atau rasa berat nak melangkah, maksudnya, badan macam lesu.

Nasi lemak telur mata
Nasi lemak telur mata

Balik rumah selepas berjalan pagi, saya sarapan nasi lemak telur mata. Beli sudah siap bungkus. Sedap, cukup rasa nasi lemaknya.

Ada kelas mengaji pukul 11 pagi. Kelas Asas Makhraj dan Sifat Huruf. Kelas pertama beramai-ramai. Untuk sesi pertama, belajar huruf Ba, Ta, Sa, Jim. Ramai yang tua-tua, macam saya juga. 

Sekian aktiviti pada hari Sabtu itu. Kome sarapan apa pagi ni?

Jumpa lagi, ye. 💗

16 comments:

  1. SA pun sama..kalau makan x betul badan akan bagi signal...wah..jom.la kita sama sama menuntut ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun tak sedar juga, kan. Tahu makan tak sihat, tapi masih ambil lagi. Hehe.. nikmat dunia ya, SA.
      Jom, SA. Semangat!

      Delete
  2. Replies
    1. Saya pun sama. Ini cerita minggu lepas. Minggu ni, tak briskwalk langsung.

      Delete
  3. Kita jawab soalan dulu la.. hari ni sarapan kuih kaswi dan karipap pusing. Beli lontong jugak tapi tu nak buat brunch atau lunch, hehe. Oh, jadi memang betullah kadang apa yg sy rasa, kdg bila makan manis terlebih, badan rasa berat. Nanti fikir, aik, takkan terus tambah berat, oh rupanya benda tak elok memang jadi beratlah badan kita ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya kuih kaswi. Lama saya tak makan, SK. Lontong pun sedap.
      Bagi saya la. Sebab sudah biasa tak ambil gula. Bila minum, badan rasa lain macam. Kalau SK sihat, tak apa ambil benda manis sekali-sekala. Tapi saya ada asma, boleh kena attack bila briskwalk pagi.

      Delete
  4. No4 tak ong. Selalunya memang takde no4 kalau kaum cina yang buat. Pernah naik lif takde no4 tapi ditulis 3A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Cie. Ha ah, saya pun pernah juga jumpa nombor 3A dalam lif.

      Delete
  5. Bagus lah body nur selalu bagi signal awal utk kesihatan diri. Bestnya pi ngaji ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila difikirkan, memang elok, tapi itulah, tak serik-serik, sebab saya tak kuat menahan nafsu bila craving tu, kak.
      Alhamdulillah, banyak belajar benda yang selama ini, saya tak tahu, kak Notie.

      Delete
  6. 4.44 km, 50:55 minit. cantik nombor!
    saya dah 2 bulan tak beriadah. memang badan terasa lesu sangat. esok baru nak start balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. kebetulan bila stop jam, boleh dapat nombor macam tu.
      You can do it, Mazni! 💪 Selamat beriadah.

      Delete
  7. Ya badan selalu bagi amaran.
    Hehe kebetulan jalan dapat nombor cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kena alert dan kalau kuat, jangan buat lagi kan, makan benda tak elok tu.
      Ha ah, kebetulan, jarang bila berhenti tengok-tengok dapat nombor cantik.

      Delete
  8. Kita dah masuk di fase itu kak. Di mana susah nak makan sembarangan. Hrs memastikan bukan benda yg tak sehat. Kemarin saya makan rempela ayam, di sana sebut pedal kalau tak salah. Efeknya, kepala saya sakit semalaman. Memang tak nak lagi lah makan jeroan hewan begitu. Sekarang bagian dagingny saja. Usus, pedal, hati, liver, babat, paru etc, dah tak nak sentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny, akak google, rempela itu apa, pedal. Organ dalaman ini, kalau ikut senarai yang diberi pihak hospital pada akak pun, doktor kata tinggi kolesterolnya, Fanny. Semoga kita cukup kuat untuk amalkan pemakanan sihat ya. 💪

      Delete