Friday, January 16, 2026

# Akaun # Jalan jalan cari makan

Mi goreng mamak

 Sabtu, 10 Januari 2026 - Saya dan suami pergi makan tengahari di Azmey Mee Goreng. Masa kami berjalan pagi, antara topik yang biasa kami bualkan adalah perihal tempat makan. Di padang tempat kami berjalan pagi itu, ada kedai mi goreng sedap tapi sekarang sudah selalu tutup sebab khabarnya tuan kedai kini sudah jadi ketua kampung. Jadi, dia sudah terlalu sibuk untuk berniaga. 

Jadi, kami kena cari kedai mi goreng mamak yang lain. Saya teringat ada sekali kami pernah beli, saya jumpa kedai ini menerusi group penduduk tempatan. Masa pertama kali kami mencuba, kedai ini tiada kerusi meja, hanya boleh bungkus. Tapi kini, Azmey Mee Goreng ini sudah jadi kedai makan agak besar tepi jalan di Kampung Pencalang, Sitiawan, Perak.

Azmey Mee Goreng
Ini kedainya

Ada kemajuan. Bagus la, sebab mi goreng dia pun portion besar dan sedap. Masa dalam perjalanan ke mari, kami melepasi beberapa tempat ada kenduri kahwin. Bestnya, dapat jemputan nasi minyak. Kami ni, tak ada yang menjemput. Jadi kami menjemputkan diri sendiri ke kedai mi goreng. Haha...

Mee goreng daging telur mata
Mi goreng daging

Ada dua meja ada pelanggan waktu kami sampai. Sebaik duduk, ada adik datang bawa menu ambil pesanan. Mi goreng daging,  pesanan suami. Tengok la, mi dia membukit! Daging dalam mi lembut, tidak liat. Waktu tukang masak masak di dapur, bunyi kelentung kelentang sampai ke depan ruang kami makan, bunyi sudip dan kuali. Lepas tu, ada aroma bau hangit-hangit tu. Hmmmm.... Sedapnya! Bau pun sudah rasa sedap. 😋

Mee goreng mamak telur mata
Mi goreng mamak biasa

Sama-sama pesan mee goreng mamak. Kedai ini selain mee goreng, ada juga bihun goreng, kuetiau goreng, maggi goreng dan nasi goreng pelbagai jenis seperti udang, goreng biasa, daging, dan lain-lain.

Kami lapar. Habis makan sepinggan. 

Banyak kerusi meja.
Banyak tempat duduk.

Di meja hujung sinun dalam gambar di atas, ada jual jeli kelapa, dan pencuci mulut lain, dalam bekas atas meja. Suami ambil jeli kelapa bawa balik.

Alhamdulillah. Dapat makan mee goreng sedap, boleh datang lagi, nak cuba kuetiau pula.


Sekian perkongsian. Jumpa lagi ya. 🩷

30 comments:

  1. Sedapnyaaaa...SA antara peminat mee goreng..kalau dpt macam.ni kan..confirm selalu repeat ni

    ReplyDelete
  2. Wah busy tok ketua sekarang ye hehe...
    Suka mee goreng daging, nak² yg ada rasa hangit² sikit tu, dapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok ketua tak sempat buka kedai dah, banyak urusan rasmi gamaknya, PH.
      Sedap, boleh repeat la. Saya teringat dulu di Aloq Staq, ada kedai Mi Abu. Tak tau sekarang ada lagi ke dak.

      Delete
  3. Suka mee goreng yang basah-basah dan ada sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, lain kali boleh order yang sotong pula. Mrs. A punya idea. 😊

      Delete
  4. kali pertama makan mi goreng mamak kat Kantin Sahur, 3RC UM masa Asasi tahun 1991 yg lampau. Sgt sedap dan kena dgn tekak sy. Sampai skrg susah nak cari yg rasa sedap mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... Ya Abe Kie, susah nak cari kedai boleh masak mi goreng mamak yang sedap, macam orang dulu masak. Mak pak tuan kedai tak turunkan resepi kot kat anak² kan.

      Delete
  5. Kita penggemar mee goreng. Baca apa yg Nur cerita, bunyi sudip berlaga dengan kuali dan bau hangit² tu buat kita rasa nak makan Mi goreng jugaklah.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tu mee goreng
    Lepasni mesti repeat lagi ni

    ReplyDelete
  7. Sedap tu kalau daging lembut. Kelentung kelentang tukang masak tu masak kalau kat kedai. Macam berperang bunyi nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Biasa orang cakap kalau masak bunyi bising, mesti sedap. Hik hik!

      Delete
  8. Bunyi kelentang kelintung kuali Dan sudip maknanya org order baru dia masak. Wah best lah panas2 dari kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak. Fresh dari kuali. Panas-panas.

      Delete
  9. tengok gambar pun nampak sedap kak..tambah ada limau kasturi plk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila picit limau kasturi, gaul-gaul baru ada kick sikit kan Afzan.

      Delete
  10. daging dlm mee goreng kalo x liat mmg rasa sedapnyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Ana. Daging tu, dia rebus dulu asing kot, itu yang lembut je makan bersama mi.

      Delete
  11. Sedap kan mee goreng. Faa suka telur kuning tu gedik2, hewhew.

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa. diletak telur lagi ngam!

    ReplyDelete
  13. Ok ada kueutiau, saya tisak suka mi.
    Suka ada rasa kuali, hangus itu. Memang bagus daging tidak liat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, NA suka kuetiau, rupanya.
      Itulah, saya pun suka bau hangit-hangit kuali tu. Itu yang buat sedap.

      Delete
  14. Issssh,rindunya dengan mie goreng mamak 😍😍😍😍. Langsung terbayang kesedapannya kak. Apalagi pakai daging, aroma smokey 🤤🤤❤️❤️.

    ReplyDelete
  15. sha pernah makan mee mamak, sedap tapi pedas kan..sha jenis tak makan pedas..huhu

    ReplyDelete