Saturday, February 28, 2026

Hadiah dari Mulan

 Hari Jumaat, 9 Ramadan 1447H, saya selamat terima bungkusan dari blogger Mulan. Saya salah seorang yang tersenarai dalam top commentators 2025 di blog Mulan. 

Baca sini 👉Doa yang Terbaik Dunia Akhirat & Terima Kasih 2025

Blogger Mulan juga adalah salah seorang top pengomen di blog saya, tahun lepas. Mulan bagi hadiah pada saya, saya pun ada bagi hadiah pada beliau. Tukar-tukar hadiah. 😊

Pihak poslaju whatsapp saya, bagitahu yang parcel akan dihantar dalam masa terdekat. Waktu petang, lepas Asar, lebih kurang. Saya tak kemana pun petang semalam. Excitednya! Jom buka.

Lawanya kotak. Ada sticker pada bubble wrap yang membaluti kotak, tertulis,"Terimalah cenderahati yang tak seberapa ini. Terima kasih - Mulan"

Semua barang adalah berharga dan bermakna, bagi saya, tidak kiralah berapa pun harganya. Hendak membeli setiap barang, tenaga yang dibawa, usaha untuk membalut hadiah, usaha untuk pergi mengepos, banyak tu, dan saya sangat hargainya. 🥰

Saya simpan kotak ni. Boleh juga letak apa-apa benda kecil. 

Ada lima item di dalam kotak. Ada sebungkus kurma, fridge magnet, keychain, tudung dan pot holder. 😍 Saya sudah makan sebiji kurma waktu berbuka semalam. Saya tak tahu jenis kurma apa, tapi sejenis yang saya tak pernah makan. Sedap. Kurma di rumah saya, kurma madu Yusuf Taiyoob (sebut dengan berbisik, tau). 

Comelnya! Ini adalah fridge magnet dari Taipei, Taiwan. Saya sudah tampal di peti ais saya. 

Keychain Korea. Comel sangat! Yang ini, saya simpan elok-elok dalam tempat barang koleksi saya. Susah nak dapat ni. Nak harap kita pergi sendiri, memang tak kot. Dapat merasa pemberian orang ni, sudah cukup seronok dah. 

Ini pot holder, kan? Boleh juga jadi coaster kot. Tapi macam sayang jer nak guna. Sebab cantik. 😍

Sehelai tudung moonandstella. Warna kelabu dan corak bunga-bunga kecil. Sweet designnya. Sukanya! 

Terima kasih kepada blogger Mulan atas pemberian hadiah ini semua. Semoga dimurahkan rezeki, berbahagia selalu di samping keluarga tersayang, dipermudahkan urusan harian, sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah. 🤲 

Jemput singgah ke blog Mulan, jika anda masih belum mengenali beliau 👉 Mulan

Syukur Alhamdulillah. Rasa sangat seronok kerana dapat kenal ramai blogger baik-baik dalam dunia blogging ini. Semoga silaturrahim antara kita semua berkekalan hendaknya. Jika ada rezeki, boleh berjumpa satu hari nanti, kan, mana tahu. 

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

7 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah. Bila macam I seronok kan jadi blogger. Mudahan satu hari nanti kita bertentang mata jeling menjeling eh udah lebih ni. Apa pun hepey buat nur yg sweet

    ReplyDelete
  2. Yeay tahniah Nur. Hehe macam kebetulan tukar-tukar hadiah sebab Nurpun hantar pada waktu sama.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak nur. Eh comel pulak pot holder tu!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah. Macam2 dapat tu. Rezeki Ramadan.

    ReplyDelete
  5. waahhhhhh bestnyaaaa meriahhhh hadiahnyaaa dari sis mulan! tu lah sayanggg nak guna kan bila org bagi cantikkkkkk ehehe

    ReplyDelete
  6. mcm2 adiah dpt tu...kita 2x dpt adiah top komentar dr blog mulan..

    ReplyDelete