Jumaat, 23 Januari 2026 - Masa saya lepak di Pantai Batu Buruk, menantikan suami selesai solat Jumaat, saya ada browse beberapa pilihan hotel untuk kami inap. Patutnya, saya percaya naluri pertama saya. Yang first instinct selalunya, betul kan. Tapi tak payahlah nak sesal-sesal. Saya tukar pilihan sebab masa kami lalu jalan untuk ke hotel pilihan pertama, jalan itu sesak. Rupanya pada hari Jumaat, hari orang tak bekerja, semua orang berpusu-pusu ke mall. Hairan juga kami, jalan sesak itu nak ke mana. Rupanya, bila tengok papan tanda, jalan sesak itu menuju ke KTCC Mall. Sebab hotel pilihan pertama dekat kawasan situ, saya pun beralih ke hotel pilihan kedua.
Bukan hotel kami masuk ini kurang best, tapi agak lama, banding hotel pilihan pertama tadi. Takpe, semua sudah tertulis. Jom tengok hotel apa kami check-in. Seperti biasa, tiada tempahan. Masuk saja, tanya ada bilik untuk dua orang tak. Parking kereta ada disediakan untuk penginap, berhadapan hotel. The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu, nama diberi.
![]() |
| Pandangan dari pintu bilik |
Keluasan bilik agak sederhana, nak kata kecil tidak, besar pun tidak. Asal ada ruang nak bentang sejadah solat, orait la.
![]() |
| Bilik air dan tandas sekali. |
Kebersihan pun memuaskan.
![]() |
| Sabun dan syampoo tergantung di ruangan shower. |
Kemudahan asas ada dan lengkap. Air pun kuat.
![]() |
| Macam agak romantik dan kelam gitu.. |
Katil selesa. Tiada masalah. Bantal dia bagi dua biji seorang, campur extra cushion.
![]() |
| Meja kerja dan TV. |
Ada free Wifi dan agak laju juga.
![]() |
| Kelengkapan membuat kopi dan air mineral. |
![]() |
| Ambil gambar hotel waktu petang semasa kami keluar. |
Lokasi hotel dekat dengan Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Cantik masjidnya, masjid warna putih. Kalau jalan kaki ke Pasar Payang, dalam 10 minit berjalan di celah-celah bangunan. Masa kami duduk hotel ini, saya boleh dengar azan dari 2 masjid. Alhamdulillah. Suka. Tak perlu nak adjust lokasi pada app Waktu Solat di telefon pun, sebab dapat dengar azan.
Penginapan sekali dengan sarapan. Ater, dah sampai hotel, sudah selesai solat jamak, nak nyongket mana tu? Sambung lain entri ya.
Jumpa lagi. 💗







Molek hotelnya. Dekat pula dengan masjid dan Pasar Payang ye. Memang lokasi strategik ni. Kalau KSarie hotel suram dan agak romantis lampunya ni bikin mengantuk😅
ReplyDelete