Monday, February 23, 2026

Jangan lupa check folder spam

 Cerita hari Sabtu, 21 Februari 2026. Saya install balik instagram di telefon. Tapi saya lupa password. Saya request untuk reset password. Instagram cakap sudah hantar link reset password ke email, tapi saya tengok di inbox, tak ada pun. Jadi, saya check folder spam. Nak tahu saya jumpa apa? Email dari Mulan! Ya Allah, tepuk dahi saya.

Refresh balik memori, ya. Blogger Mulan adalah salah seorang pemenang Top Commentators tahun lepas di blog saya. Tapi saya tak pos lagi hadiah, kerana tidak terima email dari Mulan butiran peribadinya (Maafkan saya... 🙏) 

Dipendekkan cerita, sebaik saja dapat alamat, terus saya segera bungkus hadiah dan bersedia untuk pos keesokan harinya.

Bungkusan untuk blogger Mulan

Hairan sungguh saya, kenapa boleh termasuk dalam folder spam. Jadi tersedar diri pula saya. Jadi lain kali kalau kita expecting email dari mana-mana, silalah check folder spam di email. Ini juga apply untuk bahagian Comments di blogger dashboard, rajin-rajinlah check bahagian spam, kot ada komen dari pembaca blog yang bukan spam pun, tapi tersesat masuk situ.

Timbang bungkusan untuk isi maklumat dalam borang online.

Ya, saya mengaku saya ini old school. Mesin penimbang pun masih guna yang lama. Orang lain sudah guna yang digital. Saya masih setia dengan jenis ini. Nak tahu tak, mesin penimbang saya ini sudah lama saya beli, sejak tahun 2008, masa saya masih tinggal di Seri Iskandar, Perak, dan masa itu saya niaga online. Mesin timbang ini masih berfungsi dengan baik, ya, sehingga kini.

Sama juga dengan mesin timbang berat badan di rumah. Pun antik juga. Lagi lama beli, sejak arwah mak saya masih ada, okay. Huhu... Bukan tak pernah beli yang jenis digital. Boleh guna sekejap saja. Setahun ke dua tahun, sudah jadi gila pula mesinnya, keluar berat tidak masuk akal atau malfunction. 

Ok. Saja tulis sini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Jangan lupa check folder spam. 😊

Hari ini sudah 5 Ramadan. Suami saya hari off kerja. Ada misi hari ini, untuk cari baju raya budak Amirul. Hafizan sudah balik Poli Ipoh, semalam, hari Ahad. Tinggal kami empat beranak. Tak boleh cari baju raya hari sabtu dan Ahad, tak kuasa nak masuk mall atau bazar raya, sebab ramai orang. 

Baik. Selamat menjalankan tugas anda semua. Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. Bila nur citer ni akak pun terkena juga tunggu email maklumbalas baju raya. sekali check kat spam rupanya Pn Mulan dah hantar. Lepas tu bila klik bukan spam entah mana dia menyorok jenuh check satu2. Yelah kan nanti lambat pulak pihak penerima dapat hadiah.

    ReplyDelete
  2. Betul..memang kena selalu jenguk folder spam..
    Semoga ketemu baju raya nya..

    ReplyDelete
  3. Pernah kena juga tidak dapat jawapan emel rupanya masuk dalam bekas sampah. Ya Allah, adakah Puan Mulan ada tanya mengapa parcelnya belum sampai?
    Barang dulu-dulu tahan lama.

    ReplyDelete
  4. Fuh…syukurlah bukak folder Spam tu, kalau tak sampai ke sudah penerima tertanya-tanya 😅. Ya, peringatan buat kita bersama - rajin-rajin check folder spam email dan komen blog.

    Oh Nur buat sendiri timbang dan isi borang, lepas tu print borang sesiap eh?
    Saya bawa barang ke kedai kurier, nanti semua orang kurier buatkan. Tapi kadang ada typo masa dia taip details penerima 😄

    ReplyDelete
  5. Alamak dah setahun email tu..Mujur sis tgk spam. Thx tu IG =)

    ReplyDelete
  6. Ahahaha, memang selalu terjadi, Tot.
    Malah bukan sekadar urusan e-mel saja. Saya kalau semak komen yang masuk di blog pun, mesti saya tengok folder spam juga. Sebab kerap kali banyak yang tersangkut di sana. Macam-macam pelik memang.

    ReplyDelete