Ada banyak draft entry cerita pasal makan-makan. Tapi saya dah delete la. Tak jadi nak cerita di blog, sebab dah bulan puasa. Ini last cerita makan-makan sebelum masuk Ramadan.
Rabu, 18 Februari 2026 - Pergi makan malam awal seisi keluarga. Alhamdulillah. Anak-anak tiga orang ada di rumah. Anak bongsu, Sulaiman memang ada dok petik anggur di rumah, tunggu result SPM. Anak kedua, Hafizan, cuti seminggu. Esok akan balik ke Poli. Anak sulung, Amirul pula tengah cuti lama, dia baru habis final exam. Lepas raya baru balik Dungun, rasanya.
Perasan tak, masa sehari sebelum mula kita puasa tu, semua shopping mall dan supermarket penuh? Hehe... kami ni tengok parking Aeon Mall penuh, tak kuasa la nak masuk. Suami tanya, nak makan di mana? Kita pergi tempat yang buka dan kurang orang je la.
Masa kami lalu depan Kafe D'Sauk, tengok macam sudah dibuka dan tak ada orang, situlah kami pergi.
![]() |
| Wefie sebelum makanan sampai |
Kafe ni rasanya specialty dia, menu shell out. Tapi kami pesan menu western. Antara menu yang ada termasuklah nasi putih dan nasi goreng pelbagai jenis, menu western seperti spagetti, fish and chips, chicken chop dan lain-lain. Menu sizzling pun ada.
![]() |
| Strawberry mojito |
Hafizan seorang pesan air manis. Yang empat orang lagi minum air suam.
![]() |
| Wantan goreng |
![]() |
| Nasi goreng udang |
![]() |
| Nasi putih ayam buttermilk |
Ini pinggan Sulaiman. Sulaiman cakap, sedap. Laju je budak ni makan.
![]() |
| Spagetti carbonara |
Amirul makan spagetti carbonara.
![]() |
| Fish and chips |
Fish and chips sampai paling lewat. Semua orang dah habis makan. Jadi, macam tak best, saya makan sorang-sorang. Potong-potong kecil ikan tu, dan share makan dengan anak-anak. Tahu Hafizan lapar, sebab dia makan wantan goreng je. Saya suruh dia habiskan fish and chips. Suami cakap, tidak kenyang makan di sini. Ye la, dah biasa makan di kedai tomyam.
Total harga makan di sini RM76.20.
Lepas makan, kami order kopi Zus cawangan Lumut. Tapi, dapat mesej Order Delayed. Tiga kali submit, 3 kali order delayed. Jadi, cancel order. Tukar ke Zus cawangan Manjung Point pula. Dapat submit order. Tapi tunggu hampir satu jam untuk pesanan 4 air untuk siap.
Giler betul sehari sebelum nak puasa tu. Macam semua orang tak masak di rumah, semua orang makan di luar. 😂
Oklah. Sekian cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗







Sama lah sini. Petang sebelum puasa, penuh kedai, pasar raya. Lenguh duk beratur. Kalau tak beli barang basah, memang saya letak semula barang-barang yang dah masuk dalam troli. 😭
ReplyDeleteKami pun ke kedai makan favorite tapi permanently closed lah pulak. Masuk mall penuh insan manusia. Last2 ke kedai rojak dan cendol.
ReplyDeleteNur, nanti check email ya.
Sehari sebelum puasa memang memasing ambil peluang makan kat kedai sebelum puasa nanti sebulan makan di rumah.
ReplyDeleteHai buttermilk! I like you!
ReplyDelete