Sunday, February 22, 2026

Menu berbuka 1 Ramadan

Hari ini sudah 4 Ramadan, tapi saya baru nak cerita tentang 1 Ramadan yang lepas. 😁 

Khamis, 19 Februari 2026 - Saya tak puasa. Biasalah, uzur orang perempuan. Tapi satu hari tu je. Sudah mula berpuasa semula pada 2 Ramadan. Dah tua-tua pun datang bulan, memang boring sangat, tau. Saya tak sabar nak menopause supaya dapat puasa penuh. 

Ajom tengok apa saya masak semasa hari pertama puasa. Saya suka masak pagi-pagi. Petang tak boleh masuk dapur, sebab dapur luar, panas. 

Suami goreng keropok

Keropok Ganu baru buka, keropok ikan tamban.

Letak dalam tong

Bab goreng keropok, suami saya memang rajin. Selamat simpan, dalam tong besar, dan satu tong kecil. Makan semasa berbuka, dengan nasi. 

Ayam masak merah

Lauk pula, masak satu jenis saja, iaitu ayam masak merah. Nampak saja merah, tapi tak pedas langsung. Sebab budak Amirul tak tahan makan pedas. Cili kering saya guna yang jenis besar tu.

Alhamdulillah. Petang hari, saya, suami dan Amirul pergi ke bazar ramadan MPM. Ramai bebenor orang, kome. Lepas tu, hujan lebat semasa di bazar. Kami berteduh bawah khemah peniaga yang tidak buka jualan. Hujan lebat, angin kuat dan kilat. Sulaiman whatsapp dari rumah, cakap kilat dekat sangat dengan rumah. Suruh dia cabut suis komputer bagai dan off wifi rumah.

Namun begitu, sebelum hujan lebat itu turun, kami sempat membeli kerabu perut, samosa dan ayam gunting di bazar. Alhamdulillah. Kesian tengok peniaga yang makanan dimasuki air. Tak sempat nak alih. Masa mula sampai, kami berjalan berpayung dalam hujan. Itu yang boleh nampak. 

Lagi satu, orang ramai sebab orang luar kot. Cuti seminggu, ramai yang balik. Manjung ini, macam kampung orang tua mereka mungkin. Sebab extra ramai orang, tak seperti tahun lepas-lepas. Parking penuh, sampai ke tepi jalan jauh pun ada yang parking dan berjalan kaki ke bazar. 

Lepas berbuka, suami masuk kerja. Dia kerja shif malam. Itulah cerita pada 1 Ramadan yang lepas.

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. Sama kita makan keropok dengan nasi. Cie guna cili yidu tu memang tak pedas. Anak kedua Cie tak makan pedas.

    ReplyDelete
  2. Sedap tu ayam masak merah tu.. ada pula keropok rangup makan dgn nasi panas2.. mmg layan..

    ReplyDelete
  3. Wah, sedapnyaaa ayam masak merah tu. Memang sesuai sangat jadi teman berbuka, hihihi.
    Kalau saya pula, biasanya paling gemar ayam cili hijau. Rasanya memang padu betul, masin pedas menggoda. Tapi bulan ni saya tahan dulu, takut perut meragam.

    ReplyDelete
  4. Sy pun masak 1-2 lauk je. Tapi time berbuka mesti beranak pinak makanannya. Ada yg Abang beli di bazar, ada yg dapat dari surau dan pemberian jiran²... Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  5. Di Melaka cuti Tahun Bari Cina dan Awal Ramadhan (ambil Jumaat) jadi panjang cuti.
    Pak Tam saya yang berniaga di MITC bersama Mok kata jualan memberangsangkan. Cuma puasa pertama itu kata kurang mungkin sebab hujan sepanjang tengahari ke awal malam.

    ReplyDelete
  6. Samalah kami Nur. Sampai bazaar Ramadan hujan lebat.
    Saya suka keropok Ganu. Sedap.

    ReplyDelete