Sudah seminggu kita berpuasa. Cepat betul, kan. Kalau kita tak rebut masa yang ada untuk banyak-banyak buat pahala di bulan yang mulia ini, rugilah kita. Setan iblis semua dah kena rantai, jadi kalau kita malas tu, makna kita memang malas la ya, secara semulajadi tanpa dihasut setan, sibuk je dengan urusan dunia.🙈 Nak mengaji pun tangguh-tangguh. Ya Allah... tak tahulah. Semoga kita dapat sedar diri dan bangkit! 💪
Sebelum itu, terima kasih blogger Bola Katok, kerana maklumkan tentang saya terpilih sebagai Top Commentator January 2026 di blog beliau. Yay! 😁
Jom tengok lauk berbuka saya bersama Amirul dan Sulaiman. Suami kerja shif petang, jadi dia bekerja semasa berbuka, tapi ada di rumah waktu sahur, itu pun kalau dia tak masuk overtime.
![]() |
| Salad telur rebus |
Saya tahu daun salad sudah habis dalam peti ais. Cuma saya nak habiskan sayur yang ada. Jadi, sayur semalam adalah timun jepun dan tomato bersama telur rebus 2 biji. Saya guna Kewpie caesar salad dressing. Saya sedikit menyesal guna sebab antara kandungan dressing ini adalah gula. Yikes! Tapi sebab saya sudah beli, baiklah saya habiskan. Jangan membazir. Lain kali tak payah dah la beli, mungkin boleh perah lemon dan letak garam dan lada hitam saja dalam salad.
Saya okay, buka puasa dengan salad saja. Tak makan nasi. Cadangnya, masa sahur pun nak buat macam ni. Tapi malas nak potong salad pagi-pagi.
![]() |
| Nasi kerabu ikan |
Ini, pinggan Amirul. Beli nasi kerabu Kelapa Sawit. Nama kedai ni Kedai Nasi Kerabu Kelapa Sawit. Dulu, tempatnya ada pokok kelapa sawit sebatang. Tapi, pokoknya sudah ditebang! 😂 Tapi, nama itu terus digunakan. Pada pendapat saya, nasi kerabu sinilah yang terbaik paling sedap di daerah Manjung! Betul, saya sudah cuba banyak kedai nasi kerabu. Ada je yang tak cukup rasa. Yang sayur sikit, dan sebagainya. Sini memang okay. Dulu, jauh lebih sedap, dia punya ayam bakar, rasa macam sate. Tapi rasanya mak orang niaga ni dah takde kot, mengikut suami saya la, sebab dia yang tukang beli. Tapi masih sedap la. Harga nasi kerabu lauk ikan ada telur masin, RM10.
![]() |
| Nasi goreng ayam |
Bersegi rupa nasi goreng di atas. Hehe... Baru terbalikkan dari bekas polisterin ke pinggan. Ini pinggan Sulaiman. Beli dari Restoran Biriyani Manjung (mamak). Bawah nasi goreng, ada telur mata. Kegemaran Sulaiman, nasi goreng mamak. Mamak letak sayur, dia boleh makan. Kalau mama masak sayur, Sulaiman tak makan pula. Huhu.. Harga nasi goreng ayam mamak RM8.
![]() |
| Cakoi |
Cakoi beli RM5. Share makan tiga beranak. Dia bagi kuah kacang, tapi kami tak guna pun. Makan begitu saja.
Tak masak ke? Beli jer ni.. Masak, dua hari lepas, lauk ayam kicap masih ada, buat sahur. Habiskan itu dulu, baru masak lain.
Alhamdulillah. Rezeki. Saya nak keluar sekejap, nak cari sayur. Nanti bila free, saya blogwalking, ya. Itu pun nanti lepas zohor ada kelas mengaji. Lepas kelas, cadang nak masak burger pula. Budak-budak request nak berbuka dengan burger.
Baik, jumpa lagi ya. 💗




Nice menu sis =)
ReplyDeleteTerima kasih, Nieza. Pelbagai variety ada, ye. Hik hik.
Deletesedap tu salad telur
ReplyDeleteAlhamdulillah, kalau boleh telan tanpa masalah, okay ler tu. Hehe...
Deletesenang kalau ada request menu apa...takde la pening nak masak apa..
ReplyDeleteItu la, masak je apa yang di-request. Tak yah fikir dah.
DeleteSy terliur tengok nasi kerabu tu Nur. .. tapi gerai nasi kerabu favorite kat sini tutup pulak bulan puasa ni 😅
ReplyDeleteAlamak, kena tahan keinginan itu sampai ke lepas raya ler tu gamaknya, atau boleh cari kedai nasi kerabu lain, PH. Hehe...
DeleteOkeh ngam! Nasik kerabu mesti ada telur masin... (clap clap clap)
ReplyDeleteYeh! 😋
DeleteSayapun sejak jumpa resep saus wijen yg homemade , memang tak lahh beli kewpie kak. Gula kebanyakan kandungannya. Lebih sehat buat sendiri. Dan tak susah pun 👍👍.
ReplyDeleteDuuuuh saya rindu nasi kerabu 😭😍😍😍😍. Nasi fav saya ini...
Bagus tu, Fanny! Salad dressing homemade je. 👍
DeleteAlaa... nanti bila datang Malaysia, boleh cari nasi kerabu ya, Fanny.
Gerai nasi kerabu fav kita kat sini ada bukak di bazaar tp tu lah tgk story seller q nya panjangggg nk beli nasi kerabu dan nasi dagang, itu yang malas tu... nk buat x reti dan mcm leceh... hihihi
ReplyDeleteConfirm sedap tu, Kakmim kalau queue panjang berjela. Hehe...
Deleteberbentuk pulak nasi goreng tu ye.
ReplyDeleteHehe.. elok pula tu, segiempat, baru terbalikkan dari polisterin-nya.
DeletePilih kasih ya Sulaiman suka mamak.
ReplyDeleteItulah pasal. Nyampesss... bapaknya pernah suruh Sulaiman kerja part-time dekat mamak, basuh pinggan ke apa, jadi boleh makan free hari-hari. 😂
DeleteNasi goreng ayam ingatkan style baru masak berpetak rupanya lama dalam polisterin.
ReplyDeleteHehe.. mamak masak, kak. Kita malas nak buat nasi goreng ayam ni, budak Sulaiman pun suka mamak punya.
DeleteMenu berbuka macam buffet mini, semua orang dapat kegemaran masing-masing 😋
ReplyDeleteSemoga terus semangat mengaji dan rezeki berkah di bulan mulia ni, jumpa lagi! 💗
Ha ah, makanan pelbagai jenis, ikut permintaan dan selera berlainan setiap orang. Aminn... terima kasih, Nurul. 🤗
DeleteCaeser dressing kewpie tu paling saya suka dlm banyak2 brand. Tapi utk org yg betul2 nk makan sihat, tak boleh guna banyaklah
ReplyDeleteBetul, Mazni. Sekadar nak bagi rasa dalam salad, kan.
DeleteSA prefer masak..macam tu jugak PZ ..bila beli x kena dengan kualiti sesuatu kuih...selalu PZ beli kesudahan masuk tong sampah..rugi rasanya....
ReplyDeleteBaguslah, masak sendiri di rumah, lebih terjamin kebersihannya.
DeleteAduh.. ruginya, kalau beli kuih, masuk tong sampah.
Nasi biru dengan ulam penuh warna, sambal kelapa wangi-wangi… tambah pula ikan goreng panas-panas, memang lengkap satu pinggan.
ReplyDeleteBetul, CCL. Alhamdulillah, memang lengkap makan nasi kerabu ni.
DeleteBaca pasal Sulaiman makan sayur mamak tapi tak makan sayur yang dimasak di rumah teringat pula pada seorang kawan yang memang tak makan sayur di rumah tetapi kalau di kedai semua sayur dimakannya sebab katanya udah bayar makanya kena la makan😅Teringin pula hendak makan Nasi Kerabu Kelapa Sawit tu
ReplyDeletePulakkk... hahaha... habis tu, kita masak di rumah pun beli sayur, bukan free. 😂
DeleteHaa.. sila, sila cari KSarie, nasi kerabu. Kalau teringin rasa yang ini, meh la datang Manjung. 😁