Saya punya storage di google sudah hampir penuh. Jadi, selalu dapat notifikasi suruh clearkan storage atau beli storage tambahan. Beli? Tidak lah, kan. Storage di email, saya delete yang lama-lama. Di Google Drive paling banyak kerja, sebab saya simpan semua gambar dari handphone ke situ.
Jadi, saya ambil keputusan untuk print out jadi photobook. Guna servis Pixajoy. Buat pertama kalinya, ya. Allah... berat juga rupanya nak edit gambar jadi photobook ni. Makan masa satu hari, bagi saya. Saya beli 3 photobook hardcover, dan 1 photobook softcover. Ada offer hari tu. Itu yang cepat-cepat rebut peluang.
Peduli la bila dia kata, ada gambar low quality. Asalkan saya transfer sebanyak yang mungkin, untuk clearkan storage di Google Drive.
Order photobook pada 27 Januari 2026.
Photobook selamat sampai di rumah pada 5 Februari 2026.
![]() |
| Yeh! Berat juga 4 photobook. |
Pertama kali beli kan. Excited terlebih, nak tengok gambar jadi album.
![]() |
| 4 photobook. |
Yang kulit tebal, dia letak dalam kotak. Puas hati dengan pembungkusan.
![]() |
| Alhamdulillah... 😍 |
Suka tengok. Dulu orang ada album gambar. Ambil gambar guna kamera, cuci kodak di kedai gambar, dan simpan dalam album. Sekarang sudah begini, caranya, ya. Kualiti cetakan sangat baik. Sudah selamat simpan dalam kabinet, untuk kenangan anak cucu.
Kome ada pernah buat photobook tak?
Baik. Jumpa lagi. 💗



Banyak ambil gambar ya. Hehe saya tiada simpan.
ReplyDeleteMemang favourite Linda ni..tiap² tahun buat Photobook..nanti lepas raya, buat Photobook raya pul..tang ngedit tu berchenta.. kalau guna PC @ laptop puas hati sikit.. guna tablet, hurmm.. macam kura² la nk bagi siap pun.
ReplyDeleteBeli di mana voucher photobook? Dulu murah sahaja sekarang agak mahal nak buat photobook.
ReplyDeletePernah order kalendar je kat pixajoy ni. Photobook tak pernah. Gambar2 semua simpan dalam external hard disk. Banyak kerja la nak kena transfer ke hard disk pulak.
ReplyDelete