Friday, February 20, 2026

Singgah homestay

 Sambung cerita makan kenduri sebelum ini. 

Sabtu, 7 Februari 2026 - Kawan-kawan suami beriya ajak kami singgah homestay dia orang di Tanjung Karang. Tak jauh dari Sekinchan. Tak puas lagi berborak gang lelaki ni. Ikutkan aje la. 

Lokasi tempat tinggal kawan-kawan suami ni semua jauh-jauh. Itu yang deme tempah homestay. Juga, gathering sesama gang IKM Sungai Petani. Sudah bertahun-tahun mereka adakan perjumpaan seumpamanya, at least sekali setahun. Patutlah mereka rapat antara satu sama lain. Cuma saya la orang paling baru masuk group isteri gang IKM. Suami saya walaupun baru dijumpai, tapi sudah lama kenal. 

Lawa, homestay mereka di Tanjung Karang ni. Tepi sawah padi. Jom tengok, saya ada ambil gambar.

Ruang terbuka belakang, nampak sawah padi.

Ada indoor pool

Pandangan dari muka pintu

Saya tumpang solat, lepas tu, sembang-sembang sesama gang isteri. Alhamdulillah. Tambah kawan-kawan baru dalam hidup saya. Saya selalu doa lepas solat, sebab saya tak ada kawan. Surirumah duduk rumah saja. Kawan saya cuma suami sajalah. Dulu saya ada gang berlari, tapi sudah berpatah arang, berkerat rotan. Tak perlu lah saya cerita di sini. Cuma bila orang tak hormat kita, baiklah saya undur diri. 

Tengok-tengok tahun ni, dapat kenalan baru. Alhamdulillah.

Macam kedai makan saja.

Itu dapur yang tuan homestay beri keizinan untuk guna. Jadi, gang isteri guna rice cooker sini untuk masak nasi. Ada yang sudah bawa potluck lauk pauk dari rumah. Gang isteri IKM ni, ada yang dari Kedah, dari KL, dari Johor, dan paling jauh dari Kuala Terengganu. 

Gang IKM

Seronok suami saya, dapat jumpa teman-teman lama. Semoga terus terjalin silaturrahim.

Gang isteri pada suami bekas IKM

Dari kiri, saya, Illa, Ina, Anna, Ros dan Kak Nora. Dia orang ajak kami tidur sekali. Tapi tak dapat, sebab suami saya kerja shif malam hari tu. Lain kali, Insya-Allah, boleh join gathering, ya. 

Kami minta diri waktu petang. Lama juga duduk lepak homestay, sembang-sembang sambil buat air. Walaupun cuaca hari itu panas, tapi berangin. 

Bila gang isteri buat gathering, mereka akan bertukar-tukar hadiah. Walaupun kami tak dapat join dan balik awal, ada juga barang untuk saya. Masya-Allah. Malu pun ada. Kita terima je, tak beri pun. 

Eh, ada lagi kudap-kudapan dari bapa pengantin lelaki.

Hadiah dari kawan-kawan baru.

Saya terima beg handmade yang dijahit sendiri oleh Kak Nora, tuala, bekas kaca buat simpan aksesori kecil, keropok keping dan keropok lekor Terengganu, coaster, tepung ayam goreng dan sehelai tudung. Allahuakbar... rezeki ditemukan dengan orang-orang baik ini. 

Nice la homestay yang dia orang duduk. Boleh lain kali kot tak tahu nak cuti di mana, datang ke Tanjung Karang, duduk situ. Banyak kan, homestay area Sekinchan, Tanjung Karang, yang tepi sawah padi. 

Syukur Alhamdulillah. 
Oklah. Ramadan kedua hari ni. Jangan lupa surah al-Kahfi, hari ni Jumaat.
Jumpa lagi ye. 💗

3 comments:

  1. nicenya homestay ni. siap ada pool berlatarkan sawah. apa nama homestay ni ye? kot2 family saya nk buat gathering, boleh book kat sini gak.
    alhamdulillah, jumpa geng baru yg ramah2. pasni boleh plan trip lain pulak ye dak? :D

    ReplyDelete
  2. Homestaynya asyiiik mbak, nuaansanya syahdu sekali sebab dikelilingi oleh area persawahan.
    Baca tulisan ini dan lihat fotonya, membuat saya jadi rindu sama kampung halaman. hiks

    ReplyDelete
  3. Best nya homestay ni. View sangat awesome. Insyaa Allah moga terus kekal ukhuwahnya.

    ReplyDelete