Sejak tinggal berdua dengan suami di rumah, saya sudah kurang memasak. Sekali masak, boleh bertahan 2-3 hari. Masak nasi dua pot, boleh tahan 3-4 hari. Adeh... lepas tu, kami banyak keluar pula, jadi makin jarang saya memasak di rumah. 

Tapi, tetaplah saya masak juga, sebab makan di rumah lebih nikmat sebenarnya, walaupun hanya masak lauk ringkas. Lagi-lagi anak yang cerewet makan sudah duduk asrama, jadi ikut suka hati dan selera kita nak masak camana pun. 

Berikut adalah apa yang saya masak pada 7 Julai 2026 yang lepas. 

Ikan kembung rebus berlada
Ikan rebus berlada

Saya ada beli ikan kembung rebus satu bungkus, harga RM15, ada 6 ekor ikan kembung rebus dibuang perut. Ye, saya malas buat ikan rebus sendiri. Lain kali ye, saya buat. Hehe... 

Saya nak rasmikan chopper mini yang saya beli dari shopee. Itu yang saya kisar cili hidup merah guna chopper. Cili semata. Tak guna bawang pun. Selepas goreng ikan kembung dan kentang potongan wedges, saya masak cili yang dikisar guna chopper. 

Selepas cili masak, saya campak kembali ikan dan kentang yang sudah digoreng awal tadi.

Alhamdulillah, suka saya dapat chopper baru. Barulah dapat tekstur cili kasar-kasar. Sebelum ini kalau saya malas menumbuk, saya kisar guna blender. Kalau guna blender, dapat hasil kisar yang halus.

Jadilah pada hari tersebut, ikan kembung rebus masak berlada. Letak kentang goreng wedges. Lauk kering, tidak berkuah.

Walaupun nampak tidak berapa menarik di dalam gambar di atas, tapi rasanya tidaklah mengecewakan.  

Sayur campur
Ini pula sayur campur.

Senang masak sayur campur ini. Kerja potong sayur ambil masa lebih lama dari masak sayur. Sampaikan timun pun saya campak sekali masuk, sebab kalau tak guna, nanti timun jadi lembek pula. 

Campurlah semua sekali segala mak nenek sayur yang ada dalam peti ais. Telur pun kasi pecah, campur sekali dengan sayur.

Alhamdulillah. 😋

Hari ini kome makan lauk apa? 

Jumpa lagi, ya. 💗

16 Ulasan

  1. Uishhh ikan rebus goreng tu makan dengan bayam celur, then buat air asam, masahaallah sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  2. Nampak macam sedap juga ikan kembung rebus berlada tu. Dulu suka juga beli ikan rebus, goreng dengan hirisan cili dan bawang macam masak ikan pekasam tu. Tapi kadang ada ikan rebus tak buang isi perutnya. Saya pun suka jenis tekstur kasar, tapi suka lagi tumbuk. hihi..Saya berdua masak nasi 3/4 pot je sehari. Sekali masak, terus habis senang. Kita buat dia kak, campak je ikut suka dan selera kita kan.

    BalasPadam
  3. Ikan rebus lebih nikmat untuk makan selain sedap

    BalasPadam
  4. menu ikan rebus slalunya goreng ltk bawang + kicap...kt umh skarang masak nasi skit je dlm 1 pot je utk 3 org makan...tp paling byk pn tk smp 2 pot sbb husband skarang kurang mkn nasi..byk mkn lauk

    BalasPadam
  5. Sedapnya Tot. Masakan rumah seringkas mana pun biasanya memang akan lebih sedap daripada masakan luar kan. Lama pula tidak makan ikan rebus. Nak kena cari nampaknya ni

    BalasPadam
  6. ringkas dan kering macam ni la yang buat tambah nasi kak...

    BalasPadam
  7. Lauk ringkas begini lagi sedap Nur...
    Ikan rebus ni goreng gitu pun sedap dah, apatah lagi bersambal gini

    BalasPadam
  8. 1st time tgk menu ikan rebus brlado.Nnt bleh try ni.Ade seekor lg ikan rebus dlm peti sejuk tu =D

    BalasPadam
  9. nilah baru namanya mixed vege haha

    BalasPadam
  10. Senang je buat ikan rebus. Tapi kalau malas kena beli la 😁

    BalasPadam
  11. Kerap pulak tengok kawan2 blogger masak ikan rebus ni, sedapnyaa!
    Saya pun suka pakai chopper tangan tu je

    BalasPadam
  12. Sekali harung lauk ya. Simple kadang lagi sedap

    BalasPadam
  13. Betul itu timun kena guna cepat. Hari itu saya masuk buat lauk cuka. Senang sebiji timun guna.

    BalasPadam
  14. SA pun guna chopper aje..senang kalau tak nak halus sangat bawang2 dan cili kan...

    BalasPadam