Cencurut yang bijak
Cerita ini berlaku pada 7 Julai 2026 yang lepas.
Semasa saya sedang masak, saya ternampak ada sesuatu bergerak dengan ekor mata. Dapur basah saya di luar rumah. Apabila menoleh, saya nampak tikus kecil.
Masa tu, saya sedang goreng ikan kembung. Saya ambil kepala ikan yang telah digoreng, mahu buat umpan dalam perangkap tikus. Ini pertama kali saya pasang perangkap tikus sendiri. Biasanya, suami saya yang buatkan.
Tak boleh jadi, ni. Sebab tikus berani keluar siang-siang hari, jadi saya pun kena beranikan diri pasang perangkap. Saya risau kalau tikus masuk rumah, lagi lah seram. No, no..
Waktu saya keluar hendak sidai tuala selepas mandi, tikus belum masuk perangkap.
Selepas zohor, saya periksa perangkap tikus, baru ada.
![]() |
| Yah! Cencurut masuk perangkap! |
Saya teringat dulu-dulu, semasa rumah saya masih ada kucing, kucinglah yang tolong tangkap tikus. Pagi-pagi keluar, ada bangkai tikus atau cencurut dekat garaj, hadiah dari anak bulu. Sekarang ini, kena pasang perangkap sendiri.
Apa perbezaan antara cencurut dan tikus?
Walaupun rupa mereka nampak hampir sama dari jauh, cencurut (shrew) dan tikus biasa (rat/mouse) adalah dua haiwan yang sangat berbeza dari segi biologi, tabiat dan pemakanan.
Berikut adalah perbezaan utama antara cencurut dan tikus biasa:
1. Rupa Fizikal
🐀 Cencurut mempunyai muncung yang panjang, tajam dan fleksibel. Matanya sangat kecil (hampir buta) dan telinga tersorok di sebalik bulu. Bulunya biasanya berwarna kelabu gelap atau kehitaman.
🐀 Tikus mempunyai muncung yang lebih bulat, mata yang besar dan bulat, serta telinga yang lebar dan tegak.
2. Jenis pemakanan (diet)
🐀 Cencurut merupakan haiwan bukan rodent (bukan jenis mengerat). Cencurut ialah haiwan insectivore (pemakan serangga). Mereka makan lipas, cacing, semut dan ulat. Mereka tidak makan sisa makanan atau kompos Bokashi anda.
Saya risau tong bokashi yang ada sisa dapur yang diperam yang jadi punca cencurut datang ke rumah. So okay, bukan sebab tong bokashi.
🐀 Tikus merupakan haiwan rodent (pengerat). Tikus ialah haiwan omnivor yang makan apa sahaja termasuk sisa makanan, bijirin, buah-buahan, dan tulang ayam di dalam tong kompos.
3. Bau dan tabiat
🐀 Cencurut terkenal dengan bau busuk yang sangat kuat (bau tengik) yang dikeluarkan daripada kalenjar badannya untuk menanda kawasan dan mempertahankan diri. Cencurut tidak gemar menggigit barang elektrik atau perabot kerana giginya bukan untuk mengerat.
🐀 Tikus tidak mengeluarkan bau badan yang tersendiri (kecuali bau air kencingnya). Tikus suka mengerat wayar elektrik, plastik, kayu dan kotak untuk menajamkan giginya yang sentiasa tumbuh.
4. Bunyi
🐀 Cencurut sering mengeluarkan bunyi decitan yang sangat nyaring, laju dan bising (chit-chit-chit) terutamanya apabila mereka bergerak atau bergaduh pada waktu malam.
🐀 Tikus mengeluarkan bunyi decitan yang lebih perlahan, berat atau bunyi cakaran pada siling dan dinding.
![]() |
| Close-up sikit cencurut dalam perangkap |
Cencurut rupanya masuk perangkap. Muncung ia panjang.
Cencurut berjaya keluar perangkap
Kerja menghapuskan binatang perosak ini, saya serahkan pada suami la, siapa lagi. Biasanya, suami akan lemaskan haiwan perosak ini di dalam baldi berisi air. Suami saya masih bekerja. Jadi, tunggu petang lah, barulah dia mulakan operasi penghapusan.
Tapi nak tahu apa jadi? Mungkin sebab cencurut ini masih kecil, ia boleh menyelinap keluar dari perangkap tikus. Hahaha... terlepas sudah!
Cubaan kali kedua
Menggunakan sangkar yang sama, suami saya pasang umpan untuk perangkap tikus yang sama. Juga cencurut berjaya keluar. Ini mengesahkan yang cencurut ini boleh mengecilkan badannya keluar melalui pintu perangkap tikus. Terer kan, menatang ini. Kita tengok badan ia gemuk dan berisi. Tapi ia boleh slide keluar menerusi lubang kecil.
Cubaan kali ketiga
Suami pasang umpan menggunakan perangkap tikus jenis sepit. Juga gagal. Umpan hilang, tapi cencurut tidak terperangkap. Terer tak, ia boleh makan umpan tanpa mengelakkan diri sendiri tersepit pada perangkap. Bijak, bijak.
Cubaan kali keempat
Suami menggunakan perangkap jenis sepit juga tambah cara baru. Kami beli perangkap tikus jenis gam yang kuat, dibeli di Daiso.
![]() |
| Tadaa... berjaya menangkap cencurut yang bijak |
Itu pun, sipi-sipi. Cencurut itu sudah berada di tepi perangkap gam. Makna, ia telah mengesut perlahan-lahan untuk lepaskan diri dari gam itu. Peh... kuat betul. Nasib baik juga suami saya periksa perangkap tengah-tengah malam. Kalau tunggu pagi baru nak periksa, rasanya, cencurut itu pasti terlepas lagi sekali. Hahaha... akhirnya, tewas juga.
Namun begitu, dua tiga hari kemudian, saya terdengar bunyi decitan tikus lagi di belakang rumah. Kali ini, suami pasang perangkap tikus biasa.
Mak cencurut pula masuk perangkap
Pada 13 Julai Julai 2026, cencurut lebih besar saiznya, dipercayai mak cencurut kecil yang bijak itu, berjaya masuk perangkap.
Kali ini, sebab saiz badan yang lebih besar, cencurut tidak berjaya lepaskan diri.
![]() |
| Mak cencurut masuk perangkap. |
Begitulah ceritanya.
Haiwan perosak seperti tikus dan cencurut tidak boleh dibiarkan membiak di dalam atau di sekitar rumah kerana mereka adalah pembawa pelbagai jenis kuman, bakteria, dan virus yang boleh membawa maut kepada manusia.
Penyakit kencing tikus atau leptospirosis adalah ancaman paling besar di Malaysia kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, hati dan boleh membawa maut jika lambat dirawat.
Sekian. Beginilah lumrah rumah atas tanah ini. Selain itu, saya risau kalau tidak ditangkap dan dihapuskan, boleh mengundang pemakan haiwan ini iaitu cik U yang menyusur itu datang ke rumah. Sebab pernah berlaku dulu. Rumah saya pula terletak berhampiran hutan paya bakau. Huiii... minta simpang malaikat 44... 🙈🤲
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗




39 Ulasan
Masa mula- mula beli rumah dulu, rumah SA pun diserang cencorot...habis kabinet masa tu dia tebuk..buat lubang dan makan makanan kami...beraja betul dia masa tu...SA dah la takut tikus...memang species tikus yang masuk masa tu..bukan cencorot..menjerti2 la kami tangkap tikus...siap dia naik atas badan lagi masa tu...banyak betul..ntah macam mana ntah boleh hilang...
BalasPadamEeeww.. gelinya, kalau dia naik atas badan. Huhu.. seram nih...
PadamNasib baik udah takde ya, SA.
Terima kasih Nur, kongsi perbezaan cencurut dan tikus. Sekalu dengar nama dua haiwan ni tapi tak perasan perbezaannya
BalasPadamSama-sama, kak Amie. Saya tahu dari muncungnya tu. Kalau panjang, cencurut ler tu.
PadamIni pun saya takuuuuuuut kak . Mau curut atau tikus, samaaaa je buat geli dan seram. Dulu sempat ada, saya pasang pengusir tikus yg pakai ultrasound. JD hanya mereka yg mendengar suara yg dihasilkan. Memang berhasil. Saya pasang di semua ruangan. Awal2 mereka ribut lah, Krn mungkin pening dengar suara ultrasound itu. Lama2 hilang semuanya.
BalasPadamTrus saat alatnya harus diganti, saya dah punya kucing. Jadi kucing2 inilah yg mengejar tiap mereka berani masuk rumah 😂.
Sampai akhirnya tak ada tikus berani masuk lagi. Agaknya mereka dah tahu rumah saya dijaga 5 ekor kucing gemuk 🤣
Hahaha... bagus sekali penghalau tikus ultrasound itu ya, Fanny. Lain kali, akak nak carilah. Itu yang bagus rumah ada bela kucing, tikus-tikus susah nak datang.
PadamUncle panggil semuanya cik T.... termasuk mickey mouse... hhehhehe
BalasPadamHehe... comel bila panggil cik T.
PadamI have had cats most of my life and I love them! I have never had any mice, though...I have always lived in an apartment building. Rats are larger than mice. They are very sociable animals as pets and quite intelligent.
BalasPadamYes, that's true. Some have them as pets, especially the white mice.
Padambetul sangat tu..
BalasPadamtikus/cencurut ni, memang fleksibel.. boleh terlepas celah2 tu...
Kann... licik sungguh haiwan ni.
PadamSy pernah ada nightmare dgn tikus dan cencurut. Tak mahu kenang dah tapi syukur dah selamat dari ancaman kedua jenis haiwan ni.
BalasPadamAlhamdulillah. Moga kedua jenis haiwan ini forever stay away jauh-jauh dari PH, ya.
PadamMak aihhh, berapa kali terlepas tu. Ingatkan kucing aje cecair, cencurut pun cecair jugak ek. Tu dah kena gam pun masih cuba nak lari, sy pulak yang seram sejuk.
BalasPadamTiga kali terlepas, SK. Hehe... ha ah, kuatlah menatang ni. Macam ada power betul cencurut kecik tu.
PadamEeee...tringt rumah lama.Mmg ada, smp panggil pest control byr RM80 utk halau dia.
BalasPadamTudiaa... sekarang sudah tak ada masalah ini lagi la kan Nieza, sebab rumah tinggi.
Padamini kalau terlepas masuk rumah habis la kak...
BalasPadamTidak!! Mimpi ngeri, gitew... 🙈
PadamGeli sangat tapi terpaksa hadap juga dulu2 ketika di Kerteh.
BalasPadamKann.. masalah sejagat gitu, bila rumah bawah.
PadamErkkkk macam rumah Mak Sis dululah... tikus siap lalu beri salam hahaha.. sekali pasang perangkap, mampos anak banak.. lps tu, hilang semua keturunan, sbab arwah Abah ugut, ko tak lari, aku bakar uma ko hahahahah
BalasPadamBapakk... gitew.. Baguslah tikus-tikus tu, jenis faham bahasa. 😁
PadamKita seram la dengan dua² cencurut dan tikus. Geli pun ada, nampak je Dua ekor tu terus lari dulu. Kat rumah ada pasang ubat dia yg warna warni, terus sampai sekarang tak nampak bayang hidung mereka
BalasPadamHa, ye ke.. saya rasa macam nak cari juga la nanti. Rasa macam pernah nampak ubat halau tikus ni di pasar minggu.
PadamMusuh besar ni. Kat kampung husband saya pun letak pelekat tu. Kalau balik mesti ada yang melekat. Tak tahulah mana datangnya. Kita ni penggeli cencurut ke tikus ke. Laju kalau dia menyelinap tu kan. Boleh celus pulak ek sangkar tu. Badan dia flexibel rupanya.
BalasPadamBetul, Fizah. Ha ah, menatang ni boleh kecilkan body dia lalu celahan sempit. Akak baru tahu, sebenarnya.
PadamSenang je masuk perangkap tu. Rumah Cie pernah 2x cik t ni masuk. Jenuh la pasang perangkap. Pagi2 bangun sahur pun pernah berperang dengan cik t. Sekarang segala lubang kena tutup. Mulut dia lepas masuk auto body pun lepas.
BalasPadamAiyo.. pagi-pagi sudah berperang dengan cik T, ya. Adeh.. masalah sejagat ya, Cie.
PadamSenang je masuk perangkap tu. Rumah Cie pernah 2x cik t ni masuk. Jenuh la pasang perangkap. Pagi2 bangun sahur pun pernah berperang dengan cik t. Sekarang segala lubang kena tutup. Mulut dia lepas masuk auto body pun lepas.
BalasPadamCencurut dan tikus kalau ada di rumah memang buat hati tak keruan kan? Memang akan ada misi penangkapan guna macam-macam cara. Sekarang ni ex-teammate koba dia dah berjaya tangkap 6 ekor tikus di rumahnya. Stress oppa sorang itu berperang dengan tikus
BalasPadamYe, KSarie, tak boleh dibiarkan.
PadamAiyoo... sampai 6 ekor tu, berjaya ditangkap. Stress tuan rumah.
patutlah org kata "macam bunyi cencurut"...
BalasPadamHehe.. berdecit-decit, gitew..
PadamCencurut ni once dia dtg, nnti akan dtg lagi yg lain2 nya. Tahun lepas pun ada cencurut masuk rumah, berhari-hari jugakla cubaan menangkap tu haa
BalasPadamBetul la Mazni cakap. Berturut-turut cencurut datang.
PadamCencurut ni busuk. Tikus plak pendendam. Dulu pernah marah dia gigit makanan kat dapur sekali dia gigit tudung akak yang paling akak suka pakai. Tahu plak orang yang marah dia sebab kawan serumah yg lain tak kena
BalasPadamItulah di rumah saya guna racun dan gam tapi bijak juga ia mengelak.
BalasPadam