Assalamualaikum, semua...
Saya ingin turut serta dalam segmen pencarian bloglist blog Cie.
![]() |
| Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai - Disember 2026) |
Walaupun saya pernah join segmen Cie sebelum ini, tapi saja jer, nak memeriahkan segmen kawan-kawan. Terpilih atau tidak, tolak ke tepi dulu.
Segmen ini berlangsung 6 hari saja, jadi siapa yang nak join, silalah cepat-cepat. 😊
Kalau kita rajin check sumber trafik kita, kita boleh tahu pembaca datang ke blog kita dari mana. Melalui Google Search Console contohnya, jika anda hendak check, boleh klik ke menu Links di menu sebelah kiri, dan di bawah Top linking site, kita boleh tengok sumber trafik blog kita. Bagi blog saya yang sendu ini dan masih kurang diindeks di google, saya banyak bergantung pada bloglist teman-teman blogger.
![]() |
| Top linking sites blog saya di Google Seach Console |
Blog Cie adalah antara penyumbang trafik tinggi kepada blog picisan saya ini. Jadi, saya amat berterima kasih kepada beliau.
Jadi, kepada kawan-kawan yang ingin turut serta memeriahkan segmen ini, bolehlah klik banner segmen di atas, ya. Semoga silaturrahim antara semua bloggers berkekalan, dan kita sama-sama memeriahkan segmen anjuran kawan-kawan.
Baik. Jumpa lagi, ya. 💗


Sama lah blog Linda..Google asyik hantar emel je tak di index . Ehhh. Apo Bondo ni..tak paham den..tapi, takpelah, menulis untuk diri sendiri...ada kawan² yang selalu datang ziarah pun dah seronok.. nak join la juga nanti...
BalasPadamTerima kasih kak tot sudi join 😊
BalasPadamSelamat bersegmen Nur
BalasPadamGood luck :)
BalasPadamI wish you all the best. Thank you so much for being there!
BalasPadamSemuga berjaya tersenarai nanti.
BalasPadamsaya sudah lama tidak kisah pasal trafik dan berharap rakan-rakan blogger tetap bersemangat untuk berkarya walaupun geng blogger macam golongan elit digital ( segelintir saja berbanding influencer yang lain.
BalasPadamWah saya sudah sering buka GSC, tapi baru tahu ada fitur ini
BalasPadamjadi tau kalau sumber utama link blog saya malah Mbak Suzie :D hihihi
Selamat bersegmen Nur
BalasPadamAll the best Nur.
BalasPadamSemoga ada tuahnya
BalasPadamTeruskan usaha semoga berjaya..
BalasPadamYa pautan rakan blogger penyumbang juga tapi saya punya daripada google.com. Maknanya ada pos saya tersenarai dalam pencarian.
BalasPadamSemoga berjaya.
Tq kongsi top linking, saya tengok rupanya daripada blogspot.com dan kemudian syaznirahim.com.
Padam