Empat hari juga saya tak sempat update blog. Minta maaf, saya sibuk sikit. Nanti saya cuba blogwalking slow-slow bila free.

Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang pertama kali saya pergi makan di Oil Palm Oil Kofe. Sebenarnya sudah agak lama cafe ini, cuma saya tak pernah pergi, sebab di waktu awal pembukaan cafe ini, memang sokmo ramai orang depan cafe-nya. 

Pada 6 Julai 2026 yang lepas, saya dan suami cari tempat nak makan malam. Ronda punya ronda naik kereta, akhirnya, kami ambil keputusan untuk cuba tempat ini. Jom...

Oil Palm Oil Kofe
OPO, singkatan untuk Oil Palm Oil Kofe

Kafe ini disahkan halal dan terletak di Sitiawan, Perak. Menepati nama cafe, ada beberapa pokok kelapa sawit di hadapan kafe.

Kafe ini menawarkan konsep terbuka yang unik berinspirasikan pokok kelapa sawit dengan pilihan ruang makan berhawa dingin (indoor) dan zon santai ala perkhemahan (outdoor).

Kawasan parkir agak luas di hadapan kafe.

Oil Palm Oil Kofe, Sitiawan, Perak
Saya ambil gambar ini sewaktu nak balik. 

Kami duduk di bahagian dalam, ber-aircond, sebab petang itu, waktu kami baru sampai, cuaca agak panas. 

Bila saya buat carian menu apa sedap di sini, berikut adalah info yang saya dapat.

Menu pilihan popular

Kafe ini menggabungkan citarasa tradisional Malaysia dengan gaya kafe kontemporari:

🍗 Nasi lemak chicken chop: Menu kegemaran ramai yang menggabungkan nasi lemak pandan yang wangi bersama chicken chop goreng yang besar dan rangup.

🍗 Laksa goreng: Keunikan hidangan mi laksa yang digoreng kering bersama kuah asam laksa yang pekat, masam dan pedas. (Wah, menarik ni. Lain kali, boleh cuba. Tak pernah makan laksa goreng).

🍗 Mee mamak ayam goreng: Mi goreng khas ala mamak yang tidak pedas (sesuai untuk kanak-kanak) dan dihidangkan bersama seketul ayam goreng.

🍗 Minuman dan pencuci mulut: Terkenal dengan Kopii Hari2mau (baca: hari-hari mau), hainam kopi, aneka air soda yang menyegarkan, serta gelato premium.

Ruang makan di Oil Palm Oil Kofe
Kami ambil tempat depan aircond di bahagian dalam

Ada sebuah keluarga dengan anak kecil, selain pelanggan yang duduk agak jauh dari kami di ruangan makan dalam kafe ini.

Pelanggan diberi buku menu untuk buat pilihan. Cara buat pesanan adalah melalui QR Code. Boleh bayar terus secara online atau bayar di kaunter bayaran. 

Sky juice with lemon slice (hot) dan teh o limau iced
Sky juice with lemon slice (hot) dan teh o limau iced

Bapakk lah, air minuman dia bagi tergantung dalam plastik begitu, ikat tepi, youu... Hehe.. Kalau bungkus, biasalah. Makan di kedai, ini pertama kali rupa presentation begini. 

Makanan sampai dengan pantas. Kami tak tunggu lama pun lepas air sampai. Wah... bagus.

Mee mamak Oil Palm Oil Kofe, Sitiawan, Perak
Suami saya pesan mee mamak

Besor portion dia. Sebukit. Rasa pun sedap! Seperti biasa, kami kongsi makan, jadi sama-sama dapat merasa menu berlainan.

Kuey teow goreng Oil Palm Oil Kofe
Saya pesan kuey teow goreng.

Apa yang boleh saya katakan, kuey teow goreng dia adalah yang paling sedap saya pernah rasa. Kalahlah kedai kuetiau yang saya biasa makan di Manjung Point itu. Huhu... Nice! 😋 Alhamdulillah. Walau pun saya tidak pesan air kopi, tapi tetaplah rasa macam nak cuba roti bakar. Hehe..

Toast Kaya Butter Oil Palm Oil Kofe. Sitiawan, Perak.
Toast Kaya Butter

Okay. Alhamdulillah, semua sedap. Tempat pun sejuk, ada aircond. Makanan pun rasa sedap. Minuman pun cukup rasa. Cuma ada satu kekurangan tempat ini. 

Waktu kami menjamu selera, ada lalat mengganggu kita yang sedang makan. Walaupun tidak jauh dari tempat duduk kami, ada penangkap lalat elektrik itu.

Alat penghalau lalat atas meja di Oil Palm Oil Kofe, Sitiawan, Perak.
Patutlah dia ada sediakan alat penghalau lalat ini di meja.

Sebab saya ambil gambar pegun, tak nampak la, bahagian atas alat itu, ada beberapa bilah macam kipas, yang berpusing, menghalau lalat.

Bila makanan kami habis, lalat pun tak ada. Ia pergi meja pelanggan lain pula yang ada makanan. Haha..

Harga makanan kami:

🌸 Kuey teow goreng, RM13.90

🌸 Mee mamak, RM12.90

🌸 Toast kaya butter, RM4.90

🌸 Sky juice with lemon slice (hot), RM0.90

🌸 Teh o limau iced, RM4.90

Jumlah harga: RM37.50

Untuk portion yang besar, harga agak berpatutan pada saya. Lain kali boleh cuba yang laksa goreng itu, dan cuba kopi atau gelato dia pula. 

Oil Palm Oil Kofe

Alamat: Lot 16657, Lorong Kenanga, Taman Serdang, 32000 Sitiawan, Perak.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 11 malam.

Sekian perkongsian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

31 Ulasan

  1. Pertama kali nampak kedai letak alat halau lalat tu meja costumer hehehehe..
    Menarik kedainya, suka suasananya, tenang ajaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sis Lin. Biasa jumpa alat halau lalat ini di meja lauk kedai nasi campur je, kan. Ini atas meja makan pelanggan. Betul, tak ramai orang pula, selesa nak makan.

      Padam
  2. Molek tempatnya. Santai dan welcoming begitu. Rasa makanan sedap lagi la ngam kan. Ketiaw goreng tu dalam gambar nampak molek. Masuk dalam bucketlist kalau ke Sitiawan 1 hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, KSarie. Saya pun rasa nak repeat tempat ini lain kali. Boleh la singgah kalau datang Stewan, ye. 😊

      Padam
  3. The places looks lovely and calming! It's wonderful to find a place where we can enjoy a meal and the ambiance is so friendly and peaceful! I love all your photos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, Linda, for your kind words. 😊

      Padam
  4. Wuish nampak sedap... ada rasa wok hei tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, aroma hangit-hangit seperti dimasak guna api kuat tu. 😋

      Padam
  5. Ya allah Nur.. ako tertumpu kat mi goreng mamak dia hahahaha nmpk terliur sbb kelihatan seperti mamak yg ku cari eh eh hahhaaa ok bole.msk list ni if tersinggah ke setiawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mai, mai... kalau Ako datang Sitiawan, roger roger, naaa.... 😊

      Padam
  6. Haha kelakar pula bila tengok air minum hidang gantung ikat tepi macam tu! Pertama kali tengok kafe buat style macam ni, tapi memang kreatif dan menggamit memori sungguh. Mujur ada disediakan alat penghalau lalat pusing-pusing tu kat meja, barulah selesa sikit nak makan kan. SA ni dah la penggemar mee goreng mamak..nampak sedap la...Portion pun nampak besar, memang berbaloi dengan harga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. betul, berbaloi lah dengan harganya, lepas makan rasa gendut. 😅

      Padam
  7. Nur, saya nak kuey teow goreng. Sedapnya😋😋😋 mee goreng mamak pun nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie kalau turun Malaya, kot datang Manjung, saya bawa jalan-jalan makan-makan sini. 😊

      Padam
  8. Saya pikir itu tumbler kak 😂.

    Tempatnya cantiiiik dan uniiiik. Apalagi penyajian minuman yg ikat tepi tuh 😍😍👍. Baguuus lah. Sayang jauuuh pula, saya pun tertarik nak coba CKT kalau kesana.

    Sayang ada lalat yaa. Agak mengganggu memang kalau ada hewan 1 ini. Dan lagi itu kan indoor. Macam mana lalat bisa masuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. alat halau lalat, Fanny.
      Lumut ni memang kawasan hujung dunia gitu, Fanny. Bukan macam Ipoh itu, center bandaraya. Hehe...
      Satu yang biasa berlaku di sini akak perhatikan, kalau kawasan kelapa sawit saja, mesti ada banyak lalat. Tak boleh buat apa, memang begitu.

      Padam
  9. macam seronok je ni.. boleh masuk list lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, boleh. Tempat ada aircond memang selesa nak lepak seisi keluarga.

      Padam
  10. kedai tertutup ada aircond pun ada lalat juga ye kak..
    cara gantung air tu unik,tapi risau terputus talinya hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, lalat tak masuk perangkap lalat. Lalat degil, Afzan.
      Tali elok, macam kita biasa bungkus mamak tu. Okay jer.

      Padam
  11. Air yang Tergantung tu, sangat rare lah Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu ler, senang orang nak tapau bawa balik.

      Padam
  12. Patutlah lama kak Nur tak ada entry baru. It's okay Kak Nur, ada masa free kita tulis. Pokok kelapa sawit kena ada barulah kena dengan nama kedai tu kan.
    Cantik tempat duduk kat dalam tu. Permandangan luar kafe pun menarik. Sekarang n banyak kafe buat pesanan guna QR je kan. Mudah je. Rare pulak dia gantung air ikat tepi macam tu. Kalau kedai makan lain letak dalam mangkuk gitu kan. Pernah nampak.
    Menyelerakan betul tengok mi goreng mamak dan kuetiau goreng yang sedap tu.
    Tak nyesal singgah makan kat sini kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kerja rumah berlambak, Fizah. Kadang susah nak mengeblog ni. Kena cari masa juga. 😊 Betul Fizah, kalau serve dalam plastik, biasa dia letak dalam mangkuk ke atau lapik apa-apa. Ini tergantung jer, ikat tepi, pertama kali tengok. Ha ah, boleh repeat tempat ni, sebab makanan dia sedap.

      Padam
  13. Pertama kali tengok gantung air ni. Menarik juga tu lain dari yang lain. Terliur pulak tengok mi tu.

    BalasPadam
  14. Nice la menu2 dia! Ruang dalam kedai pun cantik dan selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, Mazni, memang boleh repeat datang lagi.

      Padam
  15. Hehe jimat tidak guna cawan. Ya murahlah kalau kuantiti banyak.

    BalasPadam