Assalamualaikum dan hai semua....
Lemau
Saya ada saja ni, cuma lemau. Tiada motivasi untuk berbuat apa-apa. Hanya duduk depan TV, menonton Netflix. Itu pasal sudah beberapa hari tidak update blog.
Cuaca panas pun main peranan juga, kot. Bilik kerja saya cuma ada kipas meja, tiada aircond. Kipas siling yang berbunyi kuat dan selalu buat saya risau yang ia boleh jatuh tiba-tiba atas kepala saya, akhirnya telah berhenti berfungsi. Bukan proper punya kipas siling tu. Kipas siling yang ada 5 bilah yang beli di DIY saja. Lama juga ia berfungsi, sejak sebelum PKP, beli pula murah. Cakap sajalah malas update blog kan, ini kipas dijadikan alasan.
![]() |
| Macam inilah saya. Dah duduk depan laptop tapi tak update blog pun. |
Imej oleh chatGPT di atas. Tapi macam tak ada muka saya pun. Tapi lebih kurang macam di atas lah ye. Berangan yang saya pindah duduk dalam hutan, ada tiny house sendiri. Kalau tak berangan, browse tudung nak shopping, tapi tak jadi, window shopping saja, online. Ada kucing tidur pula di situ.
July, please be kind to me
Sudah masuk bulan Julai. Bulan ketujuh untuk tahun ini. Apabila saya buka planner bulanan saya, ada satu tarikh yang buat saya gerun, iaitu temujanji dengan doktor gigi, yang saya sudah tempah melalui aplikasi MySejahtera, dua bulan yang lepas. Melihat tarikh itu, jantung saya mula berdebar-debar dan terasa macam nak lari sembunyi dalam almari, tak mahu keluar-keluar dah. Bila kali terakhir saya pergi jumpa doktor gigi? Tahun 2016. 10 tahun yang lepas. 😅
Akhirnya boleh eat clean
Ye ke? Boleh percaya ke? Jangan percaya. Kerana hati ini memang mudah berbolak-balik. Satu hari saja boleh. Esok lusa melantak kek dan brownie pula. Adeh, iman senipis kulit bawang.
Tapi saya tetap nak kongsikan juga apa menu saya masak pada 24 Jun 2026 yang lepas.
Saya suka masak one pot meal. Guna satu periuk saja. Protein dan sayur, campur sekali. Sebenarnya, malas, tapi nak makan sedap di rumah.
![]() |
| Sup suhun petola |
Beli sepaket suhun dan fucuk. Masukkan dalam periuk, bersama petola. Tidak tumis pun. Masukkan air secukupnya bersama kiub pati ayam yang dikerat separuh. Biar semua lembut, saya pecahkan empat biji telur. Tinggal berdua saja dengan suami. Saya makan dua biji telur, suami makan dua biji. Tapi makan sayur petola bersama suhun saja pun sudah kenyang, sebenarnya. Besar, petola yang saya beli dari pasar. Sampai penuh periuk. Oh, saya ada letak kentang juga. Tu dia, cukup karbohidrat, protein dan sayur dalam satu periuk. Memang dasar pemalas masak. Saya perasakan dengan garam secubit, dan lada putih dan hitam. Sedap. Seperti yang saya mahu. Alhamdulillah.
Mengaji
Orang lain boleh khatam Quran semasa di bulan puasa. Saya ini, mula pada awal tahun, dan masih belum khatam-khatam. Tapi sudah sampai juzuk 26. Slowly but surely. Bergerak dengan pace sendiri. Bior lambat asal selamat. Baca sikit pun tak apa, asalkan konsisten. Ayat penyedap hati sendiri.
Dan Allah tahu apa yang ada dalam hati kita, dalam kepala kita. Walaupun kita tak cakap pada Dia secara lisan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran kita. Ayat di bawah sampai pada saya pada waktu yang tepat, di kala perasaan melankolia melanda di sanubariku.
![]() |
| Tak ada sebab untuk kita bersedih hati, ayat 13, Surah Al-Ahqaf |
Kita memang mengakui yang Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa. Kita patuhi perintahNya dan kita jauhi laranganNya, secara berterusan sepanjang hayat. Kita buat benda ini saja, hati akan tenang, tiada ketakutan pada masa hadapan (termasuk hari kiamat) dan tiada kesedihan atau penyesalan terhadap masa lalu. 🥰
![]() |
| Makan macam ni je pun dah kenyang. |
Tak lawa betul rupa telur dalam sup itu. Lebih kurang macam poached egg. Tapi macam overcooked pula. Tapi bolehlah. Sendiri juga mahu makan.
Orait. Nanti saya akan blogwalking dan balas komen sikit-sikit ya. Maafkan saya, sebab mood saya sudah hilang. Angin syahdu sedang melanda.
Jumpa lagi. 💗




Masak One pot meal tu akak pun suka juga sebab lebih kepada malas☺️ tapi nak makan yang cukup nutrisi.
BalasPadamBetul, kak. Boleh masak benda senang, kenapa nak masak yang susah-susah, kan. Hehe..
PadamPlease know that you are not alone! I, too, have been tired and sluggish, and the heat and humidity doesn't help one bit! It's okay to take time to relax, recharge and unwind, and to get good nutrition and good sleep! Our bodies need to rest as well!
BalasPadamYour soup looks very good!
Thank you so much for sharing, and please stay safe!
Thank you, Linda, for your kind words.
PadamI'll try. 😊
Oh, I wanted to mention how much I love your blog header image and the flowers and leaves as well! Very creative, quite beautiful! :)
BalasPadamThank you, Linda. Actually, I got helped from ChatGPT. 😁
PadamSama, baca satu mukasurat al-Quran ulang-ulang sampai lancar baru alih mukasurat jadi lambat khatam. Ada ini yang saya kenal baru masuk Islam setahun khatam al-Quran masa Ramadhan. Ikut keadaan.
BalasPadamSemoga maju jaya Nur.
Oh, gitew. NA samalah macam saya. Slow and steady. Hehe..
PadamTerernya, baru masuk Islam setahun sudah khatam Quran masa Ramadhan.
Terima kasih, NA. Aminn...
Memang ada masa lemau malas nak buat apa2. Tapi Cie rajin mengadap blog je. Hihi
BalasPadamDan Cie rajin memasak juga. 👍
PadamSemoga semangat Tot kembali nanti. Sementara itu teruskan berehat ye. Kadang-kadang life memang begitu kan? Alhamdulillah Tot istiqamah membaca Al-Quran. Ngak apa-apa ikut pace kita tersendiri. Ustazah selalu pesan supaya cuba membaca Quran dengan tajwid yang betul dan sesekali baca terjemahannya sudah cukup molek. Sup petola itu nampak menggoda. Jumpa dentist memang sesuatu yang menakutkan untuk KSarie tak tau kenapa😅
BalasPadamAminn... terima kasih, KSarie.
PadamIyalah, mood naik turun. Macam iman juga.
Terima kasih, share pesanan ustazah. Insya-Allah, saya cuba.
Samalah kita. Scary tengok peralatan kat dentist tu, dan bunyi-bunyian dibuat bila mesin scaling ke, apa berfungsi. Huhu...
bab khatam quran tu, selalu la bertangguh.. masa bulan Ramadan semangat nak khatam, tapi tak sempat.. bila dah habis Ramadan, baca juga ayat2 quran, tapi surah2 yang terpilih je.. tak sambung pun yang nak khatam tu.. adoi, penyakit betul seketul linda ni
BalasPadamSambung je, Linda. Memang ada hari, kita baca surah tertentu, kan. Tapi hari lain, kita baca sajalah tempat di mana kita last berhenti. Tanda tau, dan baca je. Guna pensel, boleh padam tempat tanda. 😊 You can do it, Linda.
PadamSup petola campur telur tu nampak sedap gila weyh, rupa tak penting janji satu periuk setel semua karbo + protein, jimat masa basuh periuk! Bab mengaji tu, tak apa slow-slow... yang penting konsisten, Allah tahu niat kita. Ayat Surah Al-Ahqaf yang Nur share tu pun deep betul, sejuk je rasa hati baca. SA kelas masih stop lagi sampai ustaz settle urusan di Mekah...
BalasPadamHehe.. kan... senang kerja.
PadamGitew... masih on going kelas mengaji ya, SA. Saya punya baru jer habis, Alhamdulillah.
cakap pasal one pot meal, haritu saya buat nasi ayam one pot dalam periuk nasi. mudah dan sedap! campak dan siap
BalasPadamWah.. mesti sedap, kan Mazni. Bila masak semua sekali, flavour ayam dan nasi jadi mesra. Bagi idea betul Mazni ni, rasa akak pula nak cuba. 😁
PadamAmbil masa dulu kak. Krn terkadang kita nih pasti merasa jenuh juga. Kalau dipaksa malah tak baik. Nanti kalau pikiran dah refresh lagi, baru mulai menulis balik.
BalasPadamDah lamaaa saya tak makan petola, di sini sebut oyong. Dulu suka kalau mama yg buat 😁
Iya, Fanny. Memang harus rehat seketika. Makasih, ya. 🤗
PadamOyong. Belajar perkataan baru hari ini. Enak ya, lag-lagi hasil air tangan Mama.
Faa rindu betul makan sup petola dengan suun dan fucuk. Tapi masa sampai dulu, dua kali dapat petola yang pahit. Masakan terbuang macam tu je. Trauma dah, haha.
BalasPadamSana susah kot nak tanam petola agaknya, dia jadi pahit. Nanti balik kampung, boleh la Faa makan ya. Walaupun entah bila tu kan. Insya-Allah, ada rezeki Faa nanti.
PadamPeberet ni supnpetola. Suka letak soohoon banyak. Kentang banyak makan ni je pun dah Kenyang.
BalasPadamYa, kak. Memang kenyang sebab letak kentang juga. Saya pun suka sup petola dan suhun ni.
Padam