Makan apa minggu lepas
Tiba giliran entri memuatkan gambar makanan saja untuk minggu ini. 😊 Seperti biasa, ada hari masak. Ada hari, malas, jadi makan di luar atau beli bungkus dan makan di rumah.
Jom tengok, jom...
![]() |
| 20 Julai 2026 |
Gambar di atas sebenarnya adalah nasi goreng. Tapi tak nampak macam nasi goreng pun. Nampak macam sayur campur saja. Ini adalah kerana nasinya sikit saja. Kurang dari separuh pinggan. Tapi tetap sayang. Makan hari sebelumnya, nasi campur beli di mamak, tidak habis. Simpan juga nasi putih walau secoet dalam peti ais. Kemudian saya masak seperti biasa masak nasi goreng. Saya tambah sayur dengan banyaknya. Brokoli besar-besar, campak sekali. Cendawan pula ada dua jenis. Pecah telur juga. Jadilah hidangan nasi goreng ciput sayur banyak. Makan berdua dengan suamiku.
![]() |
| Buah dokong |
Beli buah dokong ini di pasar minggu Batu 10, Lekir. Harga RM10. Elok kejadian buahnya. Kome suka buah dokong tak?
![]() |
| 17 Julai 2026 |
Ayam panggang, tumis pucuk paku yang dimasak oleh suamiku dan telur rebus. Makan lauk saja, no nasi. Ayam panggang beli di Aeon.
![]() |
| 21 Julai 2026 |
Memang rancangnya, tak mahu makan nasi, makan lauk saja. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Gambar di atas adalah nasi lemak sambal sotong bersama telur mata. Suami bawa balik dari ofisnya. Dia ada seminar bersama SPRM.
![]() |
| 21 Julai 2026 |
![]() |
| 21 Julai 2026 |
, |
| 24 Julai, first meal of the day, pukul 12 tengahari |
Kali ini, ayam bakar masak sendiri di rumah. Perap ayam dengan kicap manis, sos tiram dan madu. Letak herba kering seperti thyme, rosemary dan parsley. Telur rebus sebiji. Sayur campur ada timun, cendawan tiram dan telur kasi pecah.
Tidaklah diet yang begitu ketat. Kalau ada rezeki nasi depan mata, makan saja. Kalau tiada, barulah masak lauk protein dan sayur.
Makanan proses seperti mamee cup itu selera makan, sampai hirup kuah. Kalau ayam bakar dalam oven, kunyah perlahan-lahan saja, kurang selera nak makan.
Tak ada pula ambil gambar makanan setiap hari. Bila ingat saja. Alhamdulillah atas rezeki dariNya.
Hari ni, kome makan apa?
Jumpa lagi, ya. 💗







Itu biasa kak Nur. Masak kadang ikut mood dan selera juga. Sayur terlebih tenggelam terus nasi. hihi..Selaku pencinta sayur, suka nasi goreng banyak sayur.
BalasPadamSaya suka buah dokong. Manis manis masam tapi tak kelat mmacam buah langsat.
Hihi..kadang kalah juga dengan nasi kan. Hentam sajalah, janji perut tak lapar.
Dokong memang kesukaran saya, dan tahniah rajin masak walau simple² je
BalasPadamTenggelam nasinya. Nampak brokoli je. Sedapnya dokong tu lama tak makan.
BalasPadamHai dokong! Ada lebih?
BalasPadamBegitulah, kadang kita nak diet tapi ada rezeki Allah bagi kita nikmati saja. Dekat tempat Sy ada macam² buah tempatan dijual. Tunggu anak² balik hujung minggu ni nak borong rambutan, pulasan dan dokong. Durian pun nak pergi cari juga kalau masih ada
BalasPadamWahh...Bestnya dpt mkn lauk saje..Sy x kuat...hahaha
BalasPadamYa nikmati makanan yang ada.
BalasPadamMe time saya petang ini dan esok serta hujung minggu ini. Insya Allah. Ya Allah berilah saya keikhlasan untuk khidmat ibubapa.
bila saya nak mula ni.. hahaha...
BalasPadammoga tahun depan berat turun sikit.. (berangan je)
Haha biasa tu Nur, merancang nak kurangkan nasi tapi bila ada rezeki depan mata, nikmati saja dulu! Paling suka tengok nasi goreng sayur banyak tu, nampak segar dan tak rasa bersalah sangat bila makan 😄
BalasPadamSamalah sini, masak kalau rasa nak makan, kalau rasa malas, beli jerr.. tapi lauk Tot semua sedap-sedap.. janji ada benda nak makan, alhamdulilah
BalasPadamHampir tiap minggu suami beli dokong, musim kan memang banyak sekarang
BalasPadamKalau duduk sorang dirumah mmg makan semua pun kelaut kadang2. Makan je apa yg ada asalkan tak lapar
BalasPadam🤤🤤🤤 nasi lemak sambal sotong 🤤🤤🤤 kalau boleh keluar pinggan dalam skrin Faa dah sua pinggan dah 🤭
BalasPadammenu sayur lg byk dr nasi..mmg tk nmpk nasi gorengnya
BalasPadamHahahahahah tetep makan mie cup ya kak 🤣. Saya jadi termotivasi juga utk makan protein dan sayur, less Karbo kayak dulu. Itulah, terkadang dah plan tp sering tak sesuai kenyataannya 🤣
BalasPadamWah dah musim dokong ya. Bestnya. Sayur banyak le best.
BalasPadamGambar first tu kalau tak baca Ai ingatkan ayam bakar goreng dengan brokoli and mushroom.
BalasPadam