Ahad, 5 Julai 2026

Om nom nom

 Masa untuk entri memuatkan gambar makanan saja. Berikut adalah koleksi gambar makanan yang saya sempat ambil baru-baru ini. Campur-campur, ada yang saya masak di rumah, ada juga yang saya makan di luar. Jom tengok... 😊

Nasi goreng masak di rumah
26 Jun 2026

Bersamaan dengan 10 Muharram. Hari Asyura. Tapi saya tak puasa. Adeh.. teruk betul, kan. Pada hari itu, saya masak nasi goreng.

Tapi saya boleh pula IF, makan pukul 11 pagi. Dasar hantu betul.

First meal of the day
First meal of the day
Saya ambil nasi goreng sikit, bersama sup petola suhun yang saya masak hari sebelumnya dan saya panaskan. Tak cukup telur dalam sup, ada buat telur separuh masak, juga saya pecahkan dalam pinggan yang sama.
Nasi berlauk daging kerutuk
Makan malam hari yang sama

Ini, makan luar, di Restoran Mek Kelate. Saya makan nasi berlauk daging kerutuk. Sedap juga. Daging lembut. Sambal lada je sedikit pedas. Berpeluh-peluh makan dalam kedai.
Lepas makan malam nasi berlauk, suami ajak cari durian.

Durian black thorn
Durian black thorn

Akhirnya, lepas keinginan untuk makan durian. Kami makan dua tiga ulas di tempat jual durian itu. Lepas tu baki durian, minta dia letak dalam bekas dan bawa balik, makan di rumah. Campur-campur, beli durian black thorn dan musang king. Dekat sini, durian black thorn harga RM20 sekilo dan musang king pula RM15 sekilo. Alhamdulillah. Isi durian yang kuning, memang sedap betul.

Nasi goreng ikan rebus, beli di pasar pagi Bota Kanan
27 Jun 2026

Beli nasi goreng ikan rebus di Pasar Pagi Bota Kanan. Ini beli dari orang yang masak dalam kuali besar tu. Nasi goreng saja ada dua jenis, satu seperti yang saya beli di atas, satu lagi warna merah sikit nasi gorengnya. Selain itu, ada juga mee, bihun dan kuetiau goreng kuali besar. 
Nasi goreng ikan rebus yang saya beli, sedap rasanya. Ada diberi sambal belacan sekali. Kenyang sampai ke petang. 

Apam Perak atau apam Kuale
Ini apam Perak

Beli di pasar Bota juga. Apam Perak atau juga dikenali sebagai apam Kuala Kangsar, mempunyai tekstur gebu, manis berlemak, dan dihidangkan bersama kelapa parut kukus.

Putu Perak
Putu Perak

Putu Perak ni, ada dua jenis. Yang saya beli di atas, dalamnya inti gula merah. Satu jenis lagi, inti kelapa manis. Cara masak, macam putu piring juga, iaitu dikukus. Satu ketul, harga 50 sen.

Bihun goreng masak di rumah
28 Jun 2026

Saya masak bihun goreng. Masak sebungkus, dan habis. Sulaiman balik, lepas selesai orientasi. Mula-mula dia tak pasti nak balik atau tidak minggu itu. Tapi dia kata, roommates dia semua balik, dia pun balik ler. Juga, Hafizan pun balik. Saya bekalkan bihun goreng untuk anak-anak bawa balik makan di poli. Seronok sebab bila masak, semua habis, tak ada makanan disimpan bila anak-anak ada. Baru berbaloi mama masuk dapur. 
Bila tinggal berdua dengan bapa budak, kita pun jadi malas masak. Itu yang keluar one pot meal itu. Makan itu saja, tak masak nasi pun. 

Nasi lauk ikan keli dan sayur acar
Sarapan pukul 10 pagi, 2 Julai

Sarapan dengan suami di Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai. Saya ambil ikan keli masak berlada dan sayur acar. 
Lepas makan sarapan, pergi mengopi pula, di tempat biasa.

Mengopi di 989 Kopi Lumut
Mengopi lepas sarapan

Mana lagi, kalau tak 989 Kopi Lumut. Suami minum latte panas, saya americano panas. Dua-dua kopi tanpa gula. Ambil brownie sepotong dan scones. Sedap! Menikmati kopi panas sambil termenung. Kita tengok dia, dia tengok handphone. Tengok laut. Tengok pokok. Tengok playground yang tiada seorang pun. Ye la, pergi hari orang bekerja.
Okay. Sekian rangkuman gambar makanan yang saya sempat ambil minggu ini. Alhamdulillah, rezeki dariNya, dapat makan sedap-sedap. 😋
Salam hujung minggu untuk semua pembaca sekalian.
Jumpa lagi, ya. 💗

39 ulasan:

  1. I love your photos. Boiled fish fried rice sounds delicious!

    BalasPadam
  2. Sama kat Lipis black thorn rm20. Sedap BT ni Cie suka.

    BalasPadam
  3. Menggodanya rupa black thorn durian tu. First time KSarie tau kewujudan Apam Perak. Macam kena buat siasatan nanti ni. Kalau KSarie ke Lumut nanti in sya Allah memang hendak singgah Kopi Lumut 989 sebab sokmo Tot cerita pasal cafe yang satu ini. Langsung masuk bucketlist. Tengok post aneka makanan di waktu pagi di kala cubaan untuk mengganti puasa ini memang mendebarkan😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. itulah, padahal ada je cafe lain, tapi yang itu juga yang selalu singgah. Bagusnya, KSarie puasa. Selamat mengganti puasa ya, KSarie.

      Padam
  4. Oh nom nom.. sy rasa ni macam satu nama game kan. Sy pun jadi oh nom nom bila nampak banyak makanan dalam ni, dari atas sampai bawah semua memikat selera.

    Harga MK tu sama harga kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal game tu, saya tak tahu. Cuma original om nom nom dari cookie monster (sesame street). 😁 Hehe.. agaknya deme meeting harga MK tu standardize satu negara gitu yek.

      Padam
  5. Ingatkan tajuk tu menu Om Ali, rupamya nom nom nom hahahaha.. menu semua menyelekrakannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya google apa itu Om Ali, oh.. hidangan dari Timur Tengah. Kalau Sis Lin tak sebut, saya pun tak tahu.

      Padam
  6. kena cuba nie kopi 989 lumut ni...
    bila la free nak ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mai la, jalan-jalan Lumut, bila Linda cuti, naa..

      Padam
  7. nasi berlauk daging kerutuk sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, mama tisya, memang sedap. Portion besor, memang gendut bila makan kat kedai Mek Kelate tu.

      Padam
  8. Sy peminat setia putu perak tu sis =q

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sama lah kita. Panjang jumpa orang jual kan, mesti mau beli. 😁

      Padam
  9. Apa maksud tajuk entry ni Nur? Sy suka betul tengok bihun goreng tu, favourite sokmo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Om nom nom tu, seperti kita sedang mengunyah atau menikmati makanan dengan penuh selera, PH. 😁Asalnya, dari watak Cookie Monster dalam rancangan kanak-kanak Sesame Street, bila makan biskut, dia suka buat bunyi nom nom bom.
      Samalah feveret kita PH, bihun goreng, always and forever. 😋

      Padam
  10. Apam Perak tu seingatnya tak pernah jumpa/makan.
    Putu Perak pernah makan yang inti kelapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang jumpa orang jual apam perak ni, Ujie. Sini dekat Bota dan Kuala Kangsar saja saya pernah jumpa.

      Padam
  11. Seronok juga pergi pasar pagi, kat sini paling dekat kat Stadium Shah Alam tapi rasa jauh pula nak ke sana.
    Akak pun baru belajar beli nasi goreng kuali kat pasar malam, sedap rupanya. Biasa beli sebungkus je boleh makan ramai-ramai sebab banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak. Memang sebukit nasi dia. Harga pun tak la mahal mana.

      Padam
  12. Sweet betul bab 'kita tengok dia, dia tengok handphone' tu, tapi yang penting dapat layan kopi tanpa gula dengan brownie sambil tengok laut. Healing habis!Sama macam blogger lain, SA pun first time dengar pasal Apam Perak/Apam Kuale ni..nampak menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. itu ler, nyampah, kan.. huhu...
      Haha.. kot SA mai sini, bolehlah try beli.

      Padam
  13. sedap pulak nasi goreng ikan rebus tu

    BalasPadam
  14. Hari Asyura tu pun saya lupa puasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. faktor usia, ya. Tak apa, Sueann sibuk menjaga orang tua.

      Padam
  15. Murahnya durian BT itu yaaaa 😍😍😍. Datanglah suami tak dapat ikut saat saya Juni kemarin ke KL dan Johor. Berharapnya December, kami akan ke KL lagi, semoga msh ada durian 😂. Memang teringin makan dengan suami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah... Fanny repeat datang Disember ya. Semoga masih ada duriannya. 😊

      Padam
  16. Selamat menjamu selera, Nur. Murah betul durian sekarang eh. Rezeki utk semua dapat merasa. Mama balik dari sabah terus craving durian saje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Faa. Betul, time dulu harga mahal, kena fikir 10 kali untuk membeli.
      Hehe.. harap Mama Faa sudah jumpa durian.

      Padam
  17. Sedap kan sesekali pekena kuih traditional. Kuih lama. Nom nom nom mata memandang tekak meragam nak. Hahaha

    BalasPadam
  18. Gambar makanan cukup menyelerakan

    BalasPadam
  19. Durian black thorn, scones..... Sedapnya

    BalasPadam
  20. Hehe saya makan durian kampung sahaja.
    Kebanyakan nasi yang Nur makan banyak dari Kelantan.

    BalasPadam
  21. Petang-petang ni tengok gambar makanan jadi lapar semula. Mulalah rasa nak makan itu ini. hihi...
    Baru tahu ada putu perak juga ye.

    BalasPadam