Sarapan Roti Canai Pak Tam dan ikan sumpit
Assalamualaikum, semua...
Semoga hari Ahad ini anda semua berbahagia dan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Entri kali ini, saya nak cerita tentang sarapan di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan pada hari Isnin, 20 Julai 2026 yang lepas. Agak lama juga tidak pergi sarapan sini. Rindu dengan roti canai yang lembut dan pemandangan cantik di muara sungai waktu pagi. Ater.. jom kita.
Eh, saya pernah cerita tentang kedai Roti Canai Pak Tam ini banyak kali, tapi semuanya entri tahun lepas. Kalau nak baca, sila, sila... 👉
![]() |
| Bakul-bakul nasi lemak pelbagai jenis. |
Nanti akan semakin bertambah sampai penuh meja dengan bakul nasi lemak dan kuih-muih yang orang hantar. Nasi lemak daun pisang pelbagai jenis, dari nasi lemak ikan bilis, sambal ikan, sambal udang, dan sambal sotong. Pilihlah mana satu yang teringin nak makan.
Saya dan suami ambil nasi lemak sebungkus seorang dan cari tempat duduk. Oleh sebab awal sampai, ada tempat duduk tepi. Cantik...
![]() |
| Kuih-muih yang ada |
Bekas kuih-muih itu pun akan bertambah juga nanti. Masa kami baru sampai, popia sira kegemaran suami belum dihantar. Kuih wajib diambil kalau makan di sini.
![]() |
| Nasi lemak daun pisang |
Kecil saja saiz nasi lemak sini. Jadi, kami pesan juga roti canai seorang sekeping. Sambal nasi lemak sedap. Saya ambil nasi lemak bilis.
![]() |
| Roti canai dan kuah kari |
Lembut saja, roti canainya. Kuah kari pun sedap.
![]() |
| Suami pesan roti canai kuah banjir. |
Sedap pula tengok waktu taip entri ini. Bila roti canai meresap kuah kari itu, lagi syokkk makan. 😋 Lain kali nak pesan kuah banjir la.
![]() |
| Banyak ikan dalam sungai |
![]() |
| Boleh nampak tak, ikan-ikan dalam sungai? |
![]() |
| Ini gambar ikan sumpit. Kredit Wikipedia. |
![]() |
| Keindahan pagi di Kampung Sitiawan |
Sambil menikmati sarapan, boleh tengok bot nelayan yang pulang atau baru nak pergi menangkap ikan. Sini juga banyak bot-bot nelayan berlabuh di jeti. Kampung Sitiawan juga ada banyak kedai menjual umpan untuk pemancing dan juga menyediakan khidmat sewa bot kepada pemancing.
Kedai Roti Canai Pak Tam ini juga separuh di atas tanah, separuh lagi di atas air. Walaupun kukuh kerana adanya tiang-tiang penyokong di bawah kedai, tapi kalau ada orang berat lalu tepi kita, bergegar juga meja makan kita. Hehe..
Lepas habis makan roti canai dan nasi lemak, saya perasan ada adik baru letak bekas kuih besar atas meja sana nun. Haaa... popia sira baru sampai.
![]() |
| Baru buat ni. Kuih kegemaran kami. |
Rangup makan popia sira. Satu ketul harga 60 sen. Ambil 5 ketul.
![]() |
| Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak. |
Saya ambil gambar waktu kami sudah nak balik. Orang mulai ramai di kedai roti canai. Port sarapan yang sangat menenangkan. Boleh healing tengok aktiviti nelayan. Tempat ini hujung minggu, penuh orang. Kedai Pak Tam ini tutup setiap hari Jumaat.
Baiklah. Sekian laporan.
Jumpa lagi, ya. 💗











Seronok baca coretan Nur. Sambil makan sambil mengenang cerita lalu dan menambah ilmu. Saya ingat ada sejenis kerang di Pantai Remis yang suka pancutkan air. Penjual kata itu tandanya dia masih hidup. Tak silap nama kerangan tu Puteri Dua Sebilik, kata peniaga itulah.
BalasPadamCara² ikan nak minta makan sikit..kalau kucing boleh la nak gesel² kaki..hihihi
BalasPadamPandai eh ikan minta makan 🤭 rezeki ikan dapat roti canai, kalau popia sira tu takut ikan kepedasan pula 😁
BalasPadamBtw, Nur tukar template blog eh ? Nampak kemas dan teratur 👍👍
BalasPadamIkan sumpit salah sumpit mangsa.
BalasPadamManakan jatuh kena sumpit.
Bahagianya dapat nasi lemak daun pisang tu. Terasa aroma daun pisang.
BalasPadamPemandangan pagi yg indah sambil mengisi perut, good choice!
BalasPadamUncle selalu jumpa popiah sira ni dalam bulan puasa je...
BalasPadamCanai kuah banjir dengan canai yang puan pesan tu sama ja kah, puan?
BalasPadamAgaknya orang nama Pak Tam mmg pandai buat rotj canai kot. Dekat tempat Sy pun roti canai femes ni roti canai Pak Tam hehe...
BalasPadamLawa kedai ni, tepi laut. Seronok tengok bot² tu.
Baru tau pasal ikan sumpit ni.
Comel lah pancut air mintak roti canai. Haha
BalasPadamI enjoyed all your photos. Fish are smart!
BalasPadamTak pernah dengar ikan sumpit nak makan. Makan kedai macam ni seronok sebab makanan murah Dan sedap. Akak suka roti canai banjir. Selalu kalau beli minta kuah lebih lepas tu tuang dalam roti canai yg dah Di carik kecil. Rasa puas Dan Kenyang Perut makan roti canai banjir.
BalasPadamKawasan tu tak ada jual ikan fresh dari laut ke. Macam ada heti kapal je
BalasPadamSeronok makan tempat gini, makan sambil menikmati suasana jeti nelayan.
BalasPadamAgaknya ada orang jual ikan fresh kalau sesuai masa ikan baru naik.
Seingatnya saya pernah jugak tengok ikan pancut air, tapi tak nampak ikan apa cuma air memancut dari permukaan air. Unik kan.
KSarie suka baca perkongsian Tot tentang slow life briskwalking, makan-makan, dsb. Keep on sharing ye Tot. Dulu KSarie masa buat degree ada bela ikan sepat nama Bobo. Dia rajin juga menyumpit air
BalasPadamMenarik gerai makan tu ada view sungai. Makan santai².
BalasPadamTapi ok ke kalau kita campak makanan kat dalam sungai tu. Kot sungai jadi kotor kang marah pulak Pak Tam.
Subhanallah. Pandai pula ikan itu minta makan takpun ia nak makan Nur. Haha sumpit pada Nur supaya jatuh dalam air.
BalasPadamBestnya pagi-pagi kalau dapat makan nasi lemak bungkus daun pisang tu. Kuih muih pun banyak. Dapat makan roti canai pulak tu kan. Happy tummy macam ni.
BalasPadamOo boleh ek ikan pancut air kat kita. Syok juga duduk tepi tengok permandangan.
Mujur juga datang awal. Kalau tidak bersesak juga waktu orang ramai datang.
Bestnya port sarapan Pak Tam ni, pelbagai menu ada. Bagus juga info pasal ikan sumpit tu, sekali dapat belajar fakta baru dari Gemini. Semoga murah rezeki selalu Nur & suami
BalasPadamRoti canai Melayu selalu lembut kan, sedap
BalasPadamIkan pun main kasar eh.. memula ammi ingat kat kedai ni ada ikan yang ditangkap dengan cara sumpit. Ahaksss
BalasPadamYa Allah, macam tak sabar menunggu Desember, nak kesana. Saya dah teringin cari nasi lemak, popia Sira, canai pakai kuah kari 🤣😍😍😍.
BalasPadamAiiih ada skill ikan di sungai tuh yaa 😄. Sukaa melihat tempat makannya kak.