Rabu, 25 Ramadan 1446 H
Assalamualaikum semua...
Harap semua pembaca sekalian sihat-sihat belaka.
Sudah siap masak dah lauk berbuka hari ni. Saya masak ayam masak sup siam, tumis darat.
![]() |
Rebus dulu ayam dengan kentang. |
Masa dah naik mendakan atas air rebusan tu, guna sudu, ceduk keluar.
Sementara tunggu ayam dan kentang empuk, hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili api. Saya takde daun ketumbar. Kalau ada, boleh masuk sekali dengan akar dia.
![]() |
Guna pes sup siam Saji. |
Pertama kali guna pes ni. Sebelum ni, pernah guna yang perencah sup siam Adabi.
Masukkan pes dalam ayam dan kentang yang sedang direbus.
Dalam kuali lain, tumis bawang, halia, serai, cili hingga kekuningan.
![]() |
Sudah siap untuk masukkan dalam sup. |
Bila nak masukkan tu, barulah saya sedar yang saya terlupa satu benda. Masa tumis bawang awal-awal tadi, saya lupa masukkan 4 sekawan. Halaaa.... mabuk betul. Takpelah, dah lepas.
![]() |
Dah siap! |
Lepas masukkan bahan yang ditumis asing tadi, masukkan garam, lada sulah dan serbuk perasa. Kacau-kacau, tutup api. Masukkan air limau kasturi. Siap!
Macam kurang menarik dalam gambar. Kalau ada benda warna hijau macam daun ketumbar tu, sedap juga. Hmmm... takpe la. Guna apa ada di rumah.
Ni pertama kali saya masak sup, tumis darat. Kalau tak, masak macam biasa la, tumis dulu bawang, baru tambah air dan bahan-bahan lain. Lain macam bau dia, wangi semerbak. Tak sabar nak tunggu waktu berbuka.
Ok. Kome masak apa hari ni?
Jumpa lagi, ye. 💗
tak tau lagi kak nak masak apa..tekak teringin nasi lemak,tgk la sampai rumah nanti rajin ke tak haha
ReplyDeletebaru agaknya pes sup siam tu kan,saya belum jumpa lagi dekat sini
Sedap tengok orang makan nasi lemak ayam goreng ye, Afzan. Akak pun macam teringin juga. Hihi..
DeleteHa ah, akak pun first time jumpa pes sup siam Saji.
Sup ayam makan dengan nasi saja pun dah sedap..
ReplyDeleteBetul! Nikmat hirup sup yang panas dan masam-masam tu.
DeleteSaji pun ada sup siam ya. Sedapnya sup ni.
ReplyDeleteSaya pun first time nampak.
DeleteAwalnya Nur siap masak. Bolehlah lepak2 dulu, lama lagi ni nak berbuka. Sedap jugak Sup Siam Ayam, kan. Sukalah anak² bujang Nur.
ReplyDeleteHa ah, SK, saya petang suka terbongkang depan tv. Sebab petang, dapur luar tu panas.
DeleteSenang sekarang ini semua ada perencah untuk buat sesuatu makanan.
ReplyDeleteHa ah, senang nak masak.
DeleteApa maksud 'tumis darat' tu?
ReplyDeleteTumis darat tu, kita tumis asing, tak masak dalam periuk yang sama, uncle. Biasanya, kita masak sesuatu, kita tumis dulu.
Deletewah dah tukar langsir rumah ni ye.
ReplyDeleteammi tak pernah masak apa-apa pun guna konsep tumis darat ni.
Ha ah, tukar langsir.
DeleteSaya pun baru nak cuba, Ammi.
PH kalau buat sup tulang suka juga tumis darat ni sbb tulang rebus dulu dlm pressure cooker. Nanti tukar air, letak sayur semua then bawang² ni tumis asing baru masukkan dlm sup tu
ReplyDeleteWah, sedapnya, sup tulang tumis darat.
DeleteTerasa nak buat sup juga lah hari nie.. Sebulan puasa nie, tak pernah lagi masak sup
ReplyDeleteHihi... sila, sila, Linda.
DeleteSedap sup siam ni buat masam2. Tambah telur dadar. Sedapnya.
ReplyDeleteBetul! Saya pun suka sup ada masam-masam. Selera makan.
DeleteTak pernah guna pes Saji. Tak perasan pulak masa masuk pasar raya. Nanti kena cari ni.
ReplyDeleteAkak pun first time nampak.
Deleteoh saji pn ada perencah sup siam juga..tk pernh nmpk..biasa guna yg adabi
ReplyDeleteKan, saya pun pertama kali jumpa Saji ni.
DeleteFuhh ni pun dah nampak sedap tauuu
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap. :)
DeleteWaah pasti sedap. Saya memang suka yg berbau SOP begini kak. Apalagi kalo utk berbuka. Segar badan makan yg berkuah
ReplyDeleteBetul! Rasa lapang dada, hirup sup panas.
Delete