Friday, March 14, 2025

Review: KCK Insect Repellent / Pembasmi Serangga

 Merujuk kepada entri yang saya ceritakan tentang semburan halau serangga ini, boleh klik sini untuk entrinya.

Di sini saya nak bagi review tentang produk KCK Insect Repellent / Pembasmi Serangga / Anti Serangga

Saya telah beli produk ini yang dalam botol hijau pada 31 Disember 2024 melalui aplikasi Shopee.


 Berat produk: 1000ml

Saya telah beberapa kali guna. 

Keberkesanan

Pandangan saya, produk ini bagus untuk sesetengah tumbuhan. Ia memang menghalau serangga perosak. Namun begitu, kesannya tidaklah berpanjangan. Kita harus sembur dari masa ke semasa juga. Serangga lari bila kita sembur produk ni. 

Bila saya sembur pada pokok kacang botor (winged bean), kumbang hitam tu berkurangan. Tapi selang beberapa hari, ada balik kumbang tu. 

Tapi pada sesetengah pokok, kesannya sangat bagus. Contoh, pokok kari.


Yang saya bulatkan merah adalah daun lama, yang rosak, kerana ada serangga hitam tu, tak tahu la apa nama entah, duduk atas daun kari. Dulu memang susah sikit, bila nak masak kari, kena beli daun kari. Sebab pokok kari rumah, daun dia tak cantik. Bawah daun pun, ada macam serangga kecil warna putih tu. 

Bila saya sembur produk ni, Alhamdulillah, serangga hitam tu sudah tiada. Bila naik daun baru (yang saya bulatkan biru dalam gambar atas), daun baru tumbuh sihat dan cantik, tanpa serangga perosak. 

Jadi, berkesan jugalah semburan insect repellent ni, tapi bergantung pada jenis pokok la ye. Kebanyakan pokok memang berkesan. Cuma jenis serangga yang degil macam kumbang hitam tu, mula-mula memang berkurang serangga perosak, pastu ia datang balik.

Saya risau juga masa nak guna, nanti takut serangga baik (agen pendebungaan, selain dari angin) pun tak singgah juga, sebab sudah sembur produk ni. Tapi, tak juga. Sebab lepas sembur, pokok kacang botor masih keluar kacang beberapa kali. Tembikai pun ada keluar buah, setelah saya sembur pada daun pokok tembikai.

Ciri-ciri Produk

Semburan ini ada bau macam minyak angin. 

Bila sembur banyak kali, kadang ada yang menitis pada tangan. Jadi, elok pakai sarung tangan semasa guna. Walaupun produk ini selamat pada manusia, haiwan dan tumbuhan.

Tiada penerangan tentang isi kandungan pada botol semburan. Bagus juga kalau sertakan apa kandungan semburan ini, untuk pengetahuan pengguna.

Tapi di laman jual semburan ini di Shopee, penjual ada beritahu yang semburan ini mengandungi citronella essence dan plant extracts. Dari carian google, citronella adalah sejenis tumbuhan penghalau nyamuk semulajadi. Dulu orang tua selalu tanam pokok ni. Sesetengah orang tak suka, sebab pokok ni ada bau lain macam.

Review

Saya bagi 4 ★★★★ dari 5.

Sebab ia senang, sembur je, serangga lari. 

Tapi hanya berkesan pada kebanyakan pokok, bukan semua. 

Pada pembaca blog yang ada tanam pokok tapi daun asyik rosak je, kena makan dek serangga perosak, boleh la cuba cari semburan ini. 

Sekian review saya tentang semburan ini.

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Alhamdulillah...naseb baik akak kenalkan diri...nie pun dah ketinggalan dengan blog akak nie..moga sihat2 selalu ye kak...
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. Oh, Nur ada tanam buah tembikai jugak ke? Macam belum tengok hasilnya, sy terlepas keretapi ni.

    ReplyDelete
  3. satu review yang menarik....boleh cuba jika ada keperluan suatu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Hehe citronella macam pernah dengar.

    ReplyDelete