Kerja berkebun 3 hari

 Dah 3 hari berturut-turut saya tak pergi briskwalk. Bercucuk-tanam di rumah saja. Lebih menenangkan jiwa, dan boleh tahan jumlah langkah terkumpul lepas habis berkebun.

6,950 langkah, pagi Ahad.

Walaupun tak cukup 10 ribu langkah, tapi masih pukul 10 pagi, hari masih panjang. Kehulu, kehilir, boleh capai, macam semalam.

Lepas encik suami pergi kerja pukul 7.30 pagi lebih kurang, saya pun mula bercucuk-tanam. Habis, pukul 10 lebih, baru masuk rumah. Yang buat lambat siap tu, sebab saya menebas rumput. Saya clearkan laluan saya ke pokok-pokok.

Sudah clear, laluan ke bougainvillea dan pokok limau kasturi. 

Yang lain-lain tempat tu, biar encik suami buat guna mesin rumput. Saya malas nak set-up mesin tu. Sebab mesin rumput elektrik, kena sambung guna extension heavy-duty, barulah boleh sampai ke seluruh halaman rumah. Saya lebih suka guna sabit je, untuk menebas. Old school sangat, kan?

Perkenalkan, inilah sabit saya... 

Walaupun rupa dia dah tak cantik, tapi ia sangat tajam. Habis guna je, saya selalu asah depan dan belakang. Kalau terjadi apocalypse ke, atau zaman zombie ke, saya rasa, saya guna sabit ni je untuk bunuh zombie. Hihi... rindunya nak tengok the Walking Dead. 

Tengok, membukit rumput yang ditebas.

A good workout untuk biceps. 💪 


Selain menebas, saya sambung kerja hari sabtu iaitu memindahkan anak pokok cili dari pasu kecil ke tempat lebih besar. Settle hari ni, ada 2 anak pokok saya tanam atas tanah je. Nanti kita boleh tengok ada beza tak, pokok cili merah yang kita tanam dalam pasu dan atas tanah. Mana lebih subur ke, atau sama je ke. Eksperimen.

Suka saya kongsikan di sini, pokok kacang botol sudah keluar hasil pertama!

Yay! Suka, suka! 😍

Tapi, ternampak kumbang hitam di tempat lain.

Banyak, wei...

Black bean bug atau kumbang hitam. Ia adalah sejenis serangga perosak. Ia akan menghisap nutrien yang ada pada tanaman kita. Jahat, kan? Dia hisap dan hisap, lalu pokok boleh jadi terbantut atau mati.

Saya guna google lense. Ambil je gambar sesuatu, upload di google lense. Boleh identify apa yang kita tak tahu, boleh kenal pasti sama ada ianya bahaya pada tanaman kita atau tak.

Saya punya penghalau serangga homemade sudah lama habis. Tapi, saya ada beli baru, yang di shopee. Saja, nak cuba.
Ni dia...

Dah guna pagi tadi, sembur di mana ada serangga perosak. 

Sayuran selamat dimakan selepas disembur.

Kalau penghalau serangga homemade saya tu, bau kuat bawang putih dan cili, penghalau serangga shopee ni pula, ada bau macam balm atau minyak angin. Hmmm... kita tengok camana, sama ada serangga perosak berkurang atau tak. 

Sekian cerita gardening hari ni. 💗

12 comments:

  1. besar betul laman...ni kalau anak2 masih kecil confirm dorang seronok berlari2 kat luar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Memang masa anak-anak kecil, jenuh nak kepung time dia orang main petang-petang.

      Delete
  2. bagus tot ni.. kalau x briswalk, berkebun... 2-2 aktiviti pun mmg mengeluarkan peluh... keep it up

    ReplyDelete
  3. Tahniah dah muncul buah kacang botor. Saya masih menunggu bunganya muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih. Rejeki, pertama kali dia keluar. Cer letak kulit telur atau kulit bawang sebagai baja. Saya letak itu la, terus keluar bunga.

      Delete
  4. Semoga serangga perosak terhapus nanti. Ini salah satu sebab sy malas nak bercucuk tanam (alasan), hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takde, SK. Lepas sembur, hilang terus esoknya. Alhamdulillah.
      Hihihi... itulah cabaran seorang petani.

      Delete
  5. Nanti KSH tahu hasilnya ya kak. Ampuh tak obat serangga itu.

    Memang sabit rumput ada lah cara paling efektif utk menambah massa otot di lengan, juga di kaki Krn harus jongkok kan 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkesan, Fanny. Keesokan harinya, tiada lagi serangga perosak pada tanaman sayuran kakak. Produk yang bagus!
      Hihi.. betul, betul!

      Delete

Powered by Blogger.