2 Syawal
Assalamualaikum semua...
Catatan peristiwa pada 1 April 2025 yang lepas, bersamaan 2 Syawal 1446 H.
Lepas Subuh, keluar bilik hotel.
![]() |
| Pemandangan depan hotel Kota Bharu. Sungai Kelantan. |
Tenang waktu pagi, hari raya kedua.
Pergi kampung suami. Tak jauh dari hotel, kurang 10 kilometer. Pergi kubur dulu. Masa kali terakhir suami ziarah, waktu Mek baru pergi, tak ada batu nisan lagi. Masa kenduri tahlil 40 hari Mek meninggal pun, belum pasang batu nisan. Jadi, suami agak-agak mana dia rasa, kuburnya.
Rumah pertama beraya
Lepas ziarah kubur yang dipercayai pusara Mek, pergi rumah Mek Yah, kakak suami saya, yang rumahnya paling dekat dengan rumah Mek. Sembang punya sembang, salah ziarah kubur orang tadi, bukan kubur Mek. Kubur Mek sudah pasang nisan dan ada nama. Mek Yah cakap, penyewa rumah Mek pandai jaga rumah. Rumah bersih je.
Ha ah. Kami ada lalu rumah peninggalan Mek. Rumput pendek, ada tanam pokok baru di tepi rumah. Macam pokok ubi kayu. Keluarga imam muda yang menyewa. Anak-anak ada dua orang, masih kecil. Isteri imam muda suka bercucuk tanam. Cantiknya rancangan Allah. Arwah Mek yang rajin menanam, tinggal banyak pokok keliling rumah. Sekarang penyewa yang masuk pun, rajin bercucuk-tanam. Isterinya minta izin nak jaga pokok pisang yang Mek tanam. Alhamdulillah. Rezeki tu, dapat penyewa yang sama jiwa suka menanam, pandai jaga rumah. Suaminya yang juga seorang imam, mesti rajin mengaji dan solat. Rasa sejuk bila dengar Mek Yah bercerita tentang penyewa baru. Rezeki juga tu.
![]() |
| Bunga pokok buah naga, di halaman rumah Mek Yah. |
![]() |
| Kacang pistachio, Mek Yah bagi. |
Mek Yah ni, ada kedai runcit depan rumah dia. Dia bagi sebungkus kacang pistachio. Kami beli beras siam, sebalang kuih goyang, dan sebalang rempeyek dari Mek Yah. Mek Yah bagi ketupat palas manis dan inti serunding.
![]() |
| Sedap! Feveret saya, ketupat palas dalam ada serunding! 👍😋 |
Masa Mek Yah tahu kami nak balik kampung, nangis dia. Dia ingat, kami tak mahu balik kampung dah, sebab Mek dah takde. Tak ada orang tua pun, adik beradik suami kan masih ada. 💗
Lepas rumah Mek Yah, kami pergi balik ke kawasan perkuburan. Cari kubur Mek. Baru jumpa.
![]() |
| Alhamdulillah, dapat jumpa Mek. |
![]() |
| Lembu-lembu meragut rumput di padang. Bila ada lembu, mesti ada burung bangau duduk dekat dengan lembu. |
![]() |
| Sebelum balik, Nira bagi pisang, sendiri tanam belakang rumah. |
![]() |
| ... dan buah ciku juga. |
![]() |
| Dalam punya tempat duduk penuh, saya tunggu kat luor je la. |
![]() |
| Alhamdulillah, dapat juga kopi. |
![]() |
| Pemandangan waktu petang dari jendela bilik hotel |
![]() |
| Pita Legend, Pelangi Mall, Kota Bharu. |
![]() |
| Pesan chicken grill. |
![]() |
| Luas kedai makan dia. |















Seronok beraya beraya di kampung² gini. Orang kampung baik², mesti ada buah tangan yg nak diberi wpun dah jamu kita makan macam² kan.
BalasPadamScary juga ye...kenapa tak pergi reception je kalau betul nak ubat gigi ke apa ke 🤔
Betul, PH, malu juga nak terima, buah tangan dari tuan rumah. Tapi, tak baik pula menolak. Nanti kecik hati tuan rumah. Alhamdulillah la, rejeki.
PadamItu ler.. boleh pulak ketuk pintu bilik orang minta ubat gigi. Padahal dekat reception, ada je jual barang basics macam toiletries, sabun, maggi cup, bagai. Huhu...
Alhamdulillah....dapat beraya lima buah rumah sehari. Banyak tu.
BalasPadamBoleh sendat perut tiap rumah ada hidangan.
Uish...pelik sungguh orang tu boleh pulak mintak ubat gigi kat orang tak dikenali. Aneh-aneh je. Kalau kita sorang diri memang tak berani bukak, tanya di balik pintu jelah.
Betul. Nasib baik ada gap, 3 rumah pagi, 2 rumah tengahari. Hehe..
PadamItu la pasal, Ujie. Kalau saya seorang, tak buka pintu dah. Yor lantak dia ketuk.
Seronok time raya dapat jumpa saudara mara.
BalasPadamAlhamdulillah. Itu la, jumpa setahun sekali je.
PadamKalau tak jumpa ketupat palas jangan beraya kat kelante la kan?
BalasPadamBetul, betul, betul! :)
PadamBanyak tempat beraya. Untung dapat luang masa ziarah kenalan. Semoga dimurahkan rezeki.
BalasPadamAmin, yarabbalalamin..
Padamketupat klate yg ada serunding tu fav sgt
BalasPadamKannn... sedap! :D
PadamHahaha mujur dia kutuk laki dia sendiri. Memalam hari cari ubat gigi apa halnya yeop? Aterrrr ngape tak dibeli tadi? Esok pagi bilik mana pulak dia nak ketuk mintak ubat gigi agaknya ahakss
BalasPadamItu la pasei... Sabor je la. Takut juga kot dia ada niat buruk lain. Naye je...
PadamBoleh rasa keletihan seharian di hari raya kedua ini. Kubur kalau tak ada batu nisan org tanam pokok. Dan cari pokok lebih mudah dari batu nisan dgn nama huhuu.
BalasPadamHa ah, kan. Entah la, suami saya boleh lupa pula kedudukan kubur.
PadamAlhamdulillah , time raya ni laa kita nak ziarah sanak-,saudara . Time raya ni laa nak eratkan, nak jumpa sanak saudara yg duduk jauh . Bila balik kampung boleh berkumpul ramai-ramai
BalasPadamAlhamdulillah, betul cakap CCL.
PadamDapat penyewa rumah yg baik dan bersih memang senang sangat. Krn banyak juga yg tak pandai menjaga rumah.
BalasPadamSaya pun kalo beraya di rumah orang, tak nak foto makanannya kak. Malu pula 😅. Makanya saya tak pernah tulis kalo makan2 di rumah orang.
Kalo lihat orang hidup hanya dari hasil kebun dan ternak, jadi teringin juga kan 😄. Tp tuhlah tak mudah menjaganya. Papa saya ternak ayam petelur, tp memang tujuannya utk bisnis, bukan utk dimakan sendiri. Dan tak mudah merawatnya. Tapi hasilnya memang sangat mencukupi.
Lamaaa menunggu si Zus yaa 😅.
Btw agak pelik yg orang minta pasta gigi tu. Sebab itu kan hotel. Di semua hotel ada sedia toiletries kan. Termasuk pasta gigi. Dia bisa minta dari resepsionis. Kenapa minta dari kamar sebelah. Mencurigakan memang
Betul. Rezeki dapat penyewa yang baik.
PadamSama kita, Fanny.
Ooo... jadi Fanny bisa belajar dari papa sendiri, cara betul untuk ternak ayam petelur. Nahh... untung ni Fanny, tak perlu beli di kedai lagi. Hihi...
Iya, Fanny. Itu yang akak rasa, macam orang tu ada niat tak baik, tapi nasib baik tak ada apa-apa.
Seronok dapat beraya rumah adik-beradik, saudara-mara...bagus Nira, banyak tanaman, bela haiwan ternakan...feveret ciku...pelik kan minta ubat gigi malam2, Alhamdulillah, tak jadi apa2..
BalasPadamItu la. Alhamdulillah. Dapat beraya banyak rumah.
PadamItu la, first time jadi camtu, duduk hotel.