Tuesday, April 22, 2025

Gambar makanan dan tudung solat ready

 Assalamualaikum semua...

Ada 6 hari lagi untuk join Giveaway Pertama Tot's Blog. Sila klik sini jika belum join. 😊

Entri ni ada banyak gambar makanan. Minta maaf awal-awal kalau ada pembaca yang sedang berpuasa. Eh, tapi saya pun puasa hari ni, last day. Suami sudah raya hari ni. Saya esok baru raya, Insya-Allah. Yay! 😁

Benda yang nak cerita, memang banyak. Tapi masa untuk update blog tu, kurang. Sibuk dengan kerja rumah. Blog kawan-kawan pun saya belum habis singgah balas. Nanti saya jalan sikit-sikit ye, bila free. 

Misi untuk kurangkan gambar dalam handphone. Jadi, saya update mengikut kronologi, walaupun sudah berlalu agak lama, dari cerita lepas habis raya lagi. Tapi saya nak share juga la sini, sebagai rekod saya.

Tarikh gambar, 6 April 2025.

Bukan selalu dapat masuk ke asrama Hafizan (anak kedua) bila hantar dia balik PUO, Ipoh. Selalu, kena campak dia luar pagar asrama sahaja. Tapi pada hari tersebut, hujan lebat. Encik pengawal telah membenarkan ibubapa masuk sampai depan blok. Alhamdulillah.

Tapi bila dapat masuk je, hujan pun beransur reda. Kami adalah antara kereta yang lepas masuk la. Lepas tu, pagar asrama sudah ditutup balik.

Bapak budak tunggu barang budak.

Kena 2 trip Hafizan hantar barang ke bilik, kemudian turun balik. Hafizan cerita, ada kawan dia tanya, kenapa bawa tong cat? 

Itu bukan tong cat. Itu, mass gainer protein. Hafizan tengah usaha tambah berat, nak tambah otot jadi sasa. Macam-macam. 

Kami dah terangkan pada dia, tak perlu benda serbuk protein ni. Makan nasi 2 pinggan, 3 kali sehari, mesti tambah berat. Tapi dia kata, tak dapat makan nasi selalu sebab dekat cafe, lauk dia suka selalu habis. Pulakkk...

Nasi goreng biasa

Lepas hantar Hafizan, singgah makan di Bandar U, Seri Iskandar. Lupa sudah nama kedai. Pertama kali kami makan sini. Tengok nasi goreng dia, membukit! 


Suami mestilah pesan menu feveret dia, nasi goreng kampung, mesti ada sambal belacan dan telur dadar. Dia bagi sup kosong sorang satu. Sedap. Alhamdulillah. Lain kali, boleh singgah lagi makan kedai tomyam ni.

Gambar pada 8 April 2025.

Daging goreng kunyit. Masak sepenuhnya guna pressure cooker. Ya Allah, berbunyi perut saya masa upload gambor daging kunyit ni.

Gambar 10 April 2025.

Masak nasi goreng, ada letak daging kunyit yang tak habis. 

Gambar 11 April 2025

Makan nasi lemak paru untuk sarapan. Pada hari tersebut, tidak IF. Hari-hari sebelumnya, sudah 3 hari ber-IF (first meal pukul 12 tengahari, last meal 7 pm). Belum mula puasa qada serta sunat syawal kerana uzur. Hari tersebut juga, pergi klinik, ambil ubat selsema dan demam. Berat badan semasa timbang: 57.5 kg.

Ini suami punya, nasi lemak rendang kerang.


Dua-dua sedap, ok! Nasi lemak paru dan nasi lemak rendang kerang. Tapi ambil keputusan tidak beli selalu, sebab dia punya sambal, minyak berlinang-linang. 

Gambar 17 April 2025

Masak ayam goreng. Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan paprika, kemudian goreng.

Bihun goreng, masak pada 18 April 2025


Buat bekal, bersama telur rebus 3 biji. Bawa sebagai lapik perut, buka puasa dalam kereta. Pergi ambil Hafizan di Ipoh. Haha.. tadi hantar Ipoh, ni ambik dia pulak dari Ipoh, bawa balik rumah. Bila entah dia nak pandai naik bas untuk balik rumah. Saya dan suami buka puasa di Batu Gajah, dalam kereta. Parking dekat Richiamo.


Dah alang-alang duduk depan dia, masuk la, beli kopi. Besar ye, Richiamo cawangan Batu Gajah ni. Takde orang pulak tu. Oh, memang la takde orang, time maghrib, kot. Hehe..

Lepas tu, kami singgah Petron Tronoh, solat maghrib situ. 

Dah banyak dah surau kami singgah sepanjang kerja mengambil dan menghantar Hafizan di Ipoh ni. Boleh kot buat entri, ulasan surau mana besar dan selesa. Hihihi... lagi satu, review tudung solat ready. Saya tak bawa telekung, sebab saya berpakaian jubah dan tudung. Tapi walaupun tudung solat ready, bila surau tu punya kipas volume 5, terbang-terbang, tudung boleh menyorot pula ke bawah ke arah tengkuk di bahagian belakang bila tengah sujud. Nasib baik tudung tak terobang tutup kepala terus. Haaa... bukan mudah rupanya nak berpakaian solat ready ni. Banyak dah tudung labuh saya cuba. Tapi kalau material dia ringan, walaupun bagus untuk pakai cuaca panas, ia tidak lah praktikal untuk dibawa solat. Itu yang saya pakai mini telekung je tu. Memang gerenti tak nampak aurat kita bila solat.

Ni contoh mini telekung, saya pakai masa di Kelantan. Mini telekung ni saya beli masa nak pergi umrah bulan 1 hari tu. 

Malangnya bila di Perak, cuaca panas, rimas juga keluar pakai mini telekung ni. Itu lah pasal saya masih mencari tudung solat ready yang bagus. Belum jumpa lagi. Kalau kome tahu, drop la komen, mana beli ye, tudung solat ready yang bagus.

Boleh kita kongsi-kongsi ilmu. Bak kata Riwayat Ibn Hibban (4163), yang bermaksud,"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya (maruah dan aurat) dan taat pada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendaki."

Cadangan tudung, tau. Kalau pergi mana-mana bawa telekung, tak ada masalah la nak solat. 

Tudia, jauh saya melencong. 😁 Balik ke topik makanan semula.

Gambar 19 April 2025

Jumpa nasi lemak harga seringgit, di Pasar Minggu Bota. 


Dalam dia, nasi lemak dan sambal sahaja. Cukup rasa. Tiada telur. Tapi ada la ikan bilis seekor dua. Orait gak la, sebab nasi dan sambal dia cukup lemak dan rasa.


Sebab dah boleh agak nasi lemak singgit mesti tak dak lauk, jadi dah beli siap-siap ayam bakar seketul. 😋

Gambar 19 April 2025

Bihun sup ada ayam, daging dan perut. Makan di kedai dekat rumah. Harga dia RM13. Kongsi dengan suami. 

Gambar 20 April 2025

Masak nasi goreng, ada letak kacang panjang tanam sendiri, 2 batang je, tuai. Kemetot pula tu, kacangnya.

Gambar 21 April 2025

Gigih masak sayur campur waktu sahur, sebab terasa nak makan sayur.

Gambar 21 April 2025

Pergi pasar, beli ikan kembung, 6 ekor, RM16. Balik, suami tolong goreng ikan. Pastu, saya masak ikan kembung goreng cili api, ikut resepi Khairul Aming. Ikan banyak, sambalnya sikit. Hihi.. tapi sedap.

Ok lah. Banyaknya gambar dalam entri ni. Terima kasih, kerana sudi baca dari awal hingga akhir. 

Mungkin lain kali, saya patut update sikit-sikit, jadikan entri pendek, daripada kumpul gambar makanan banyak-banyak. Saya cuba ok, lain kali.

Jumpa lagi. 💗

32 comments:

  1. ok la ni.. all the one...
    MA kalau makan mesti nak kena ada sayur..baru la rasa mcm balance, gitu.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, sayur sebagai fiber, baru senang nak membuang.

      Delete
  2. Senang semua sekali bercampur dalam 1 entry. Hihi. Takpe je asalkan update kan.

    ReplyDelete
  3. Naseb baik igt juga.. Kalau linda lupa kisahnya... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ada tulis dalam diari, peristiwa satu hari.

      Delete
  4. Tengok gambar-gambar makanan, terliur dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. Cuya pon macam akak, suka letak gambar banyak2 dalam
    satu entri. Cuya selalu tulis entri ' Photodumps/ Campakan Gambar'. Sebab sejenis yg tk suka tulis entri pendek tanpa gambar banyak2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Gambar tu bagi cerita kita lebih menarik, kan.

      Delete
  6. Saya pakai tudung biasa sahaja untuk solat kadang-kadang.

    ReplyDelete
  7. Sama lah. Dalam phone banyak gambar sepanjang raya. Tak sempat nak update entri.

    Suka makan nasi goreng macam kat kedai tu. Siap ada sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.
      Ha ah, selera makan nasi goreng, hirup sup panas yang masam² tu.

      Delete
  8. Bersiri-siri pulak ceritanya ye.. sy pun ada byk gambar dan cerita, mcm xde mood lg nk update

    ReplyDelete
  9. Betul tu...kalau nak naikkan berat badan...pastikan makanan solid yang tinggi kalori..umur masih muda memang mudah sedikit kerana hormon Testostone masih berfungsi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Tapi anak sejenis tak makan banyak, jadi susah nak capai jumlah kalori yang dia nak.

      Delete
  10. kalau tak bgtawu tu bukan tong cat, mmg kami ingat tong cat ehehe.. sedapnyaaa semuaaa juadahhh aduhai~ haah bila pakai mini telekung kat tmpt cuaca panas, jd tak selesa pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Susah nak cari tudung sesuai bawa solat.

      Delete
  11. All in one..senang kan...sedap plak tgok semua gambar makanan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Entri orang malas. Semua campak satu entri.

      Delete
  12. Banyak jugak kisah belum cerita sbb nak habiskan kisah Dalat. Mood pulak kadang lari ke timur barat utara selatan hehe.
    Sedap semua makanan tu. Kelakar la kawan Hafizan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Ke serata arah, mood lari ye.
      Ha ah, kelakar kawan Hafizan, tapi baik² belaka, Alhandulillah.

      Delete
  13. Tahniah la second last day and suami dah raya.. kita ni lagi dua hari nak raya.. asyik terbatal jer hahaha... tu dia .. sekali dia share bab makan.. hurmmm berbunyi perut ni tgk hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbatal? Haha... semoga dapat habiskan ya, encik.

      Delete
  14. Bagus juga sampai bawa serbuk protein 👍👍. Tp memang kalo nak tambah otot, protein yg dibutuhkan. Kadang kalo beli makanan di cafe, LBH banyak jumlah karbo daripada proteinnya kak 😄. Susah nak tambah otot 😁

    Nasi goreng kampung nih fav saya juga. Sukaaa, tiap ke Malaysia pasti cari itu. tp kdg dpt penjual yg nasi goreng kampungnya asin sangat, sebab ikan teri yg dipakai asiiin.

    Sekali dpt yg sedap, tak asin, baru lah puaaas 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kalori intake pun tak cukup, Fanny. Dia kurang makan. Huhu..
      Betul, ada kedai, ikan bilisnya sedikit masin. Jadi, kurang sikit la rasa tu.

      Delete
  15. Nasi goreng letak kacang panjang ..ok boleh try niii .

    ReplyDelete