Hadiah dari CCL

 Rabu, 24 Syawal 1446 H.

Hari ni hari raya. Alhamdulillah, saya sudah habis puasa ganti dan sunat Syawal. 

Rezeki hari raya hari ni, saya terima hadiah dari CCL, sempena menjadi Top Commentators of March di blog Cik Cappuccino Latte.

Meh tengok saya dapat apa.

Parcel selamat sampai tengahari.

Lawanya... Telekung la.. 😍

Saya tak pernah ada telekung bunga macam ni. Terima kasih banyak pada CCL. Saya suka! ♥️

Marilah kita test tengok.


Muat! Pandainya CCL pilih. Terharu campur teruja, dapat telekung baru. Jatuh elok kain telekung ni. 

Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih, CCL. Semoga murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Jomlah melawat blog CCL

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 

Share:

26 ulasan:

  1. Alhamdulillah hadiah yg sangat berguna & cantik sangatttt!
    Tahniah Nur 👍🏻👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  2. Uncle suka la hijau tu... lembut je

    BalasPadam
  3. wahhh tahniah kak tot dah berjaya habiskan puasa 6 advance siap ganti semua. Syoknyaaa! SS tak terkejar dah ni. harap sempat habiskan sebelum Syawal melabuhkan tirai.

    Cantikkk warna telekungnya. Bestnya dapat hadiah yang sangat bermanfaat. Besar pahala CCL...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga SS sempat habiskan sebelum habis Syawal.
      Kann...

      Padam
  4. Hijau! Warna kegemaran. Banyaklah pahala CCL apabila Nur guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... Warna kegemaran NA, hijau. Kann...

      Padam
  5. Alhamdulillah dan Tahniah cantik telekung dan warnanya.

    BalasPadam
  6. Tahniah! Mesti terharu CCL tengok ni. 😆

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..rezeki kak Nur. Cantik telekung dan warnanya. Memang ngam tu dengan akak.

    BalasPadam
  8. Cantiknya lace telekung tu. Yg penting selesa memakai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Memang selesa, fabriknya, tak panas. Alhamdulillah.

      Padam
  9. Alhamdulillah dapat hadiah telekung...

    BalasPadam
  10. Waah baguus renda dia yaaa. Warnanya pun cantiiik kak. Hijau lembut 👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Jenis kain lembut, jadi selesa memakai. Alhamdulillah.

      Padam
  11. Alhamdulillah ..terima kasih Tot sudi ziarah blog CCL ni ,dan terima kasih juga sudi terima hadiah pemberian dari CCL . Moga Tot suka 🫶🏻

    BalasPadam