Paru Masak Hitam

 15 Syawal 1446 H.

Assalamualaikum, semua... Hari ini hari Isnin. 😊

Takde apa. Suami off kerja. Saya pagi-pagi cabut rumput. Hari ni, hari pertama qada puasa. 

Suami ada urusan nak renew roadtax. Lepas bercucuk-tanam, saya pun ikut dia. Oh, sebelum keluar rumah, sempat cuci paru yang hendak dimasak, dan saya masukkan dalam pressure cooker. 

Mula-mula pergi bank. Lepas tu, pergi pos office. Lepas tu, pergi Aeon, beli sandal suami di Mr. Diy. Sandal dia dah putus. 

Suami cakap, lain macam puasa bulan syawal ni. Ye la, pergi shopping mall, telan air liur tengok orang makan. Sabor, sabor, kalau tak, takde la puasa sunat syawal ni pahalanya seumpama puasa setahun. 

Balik rumah, sambung masak. Buat paru masak hitam. Special sikit la, lauk, sebab puasa. Huhuhuhu....

Lepas keluarkan dari pressure cooker, kena goreng dulu parunya.

Masa sedang goreng paru

Saya ada upload video suami saya tengah goreng paru di tiktok. Hihi... link tiktok saya ada di menu atas blog, di Contact

Saya pernah masak lauk ni sekali tahun lepas, masa hari raya. Tetamu yang datang beraya yang makan lauk ni, cakap sedap. 😁 Terus kembang lubang hidung.

Saya sertakan resepinya, ya.

Resepi: Paru Masak Hitam

Bahan-bahan: 

Paru 1 kg

Kicap pekat

Jintan manis

Bahan (dikisar):

Bawang besar

Bawang putih

5 batang serai

5 cm halia

Cili kering

Semua main agak-agak je, ye. Ikut citarasa kome sendiri.

Cara penyediaan:

1. Rebus dan goreng paru.

2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan jintan manis dan kicap pekat, masak sehingga pekat dan likat.

4. Masukkan paru yang telah digoreng ke dalam bahan tumis, perasakan. 

5. Siap!

Siap, paru masak hitam.

Resepi asal guna cili kering. Hari ni, saya guna sambal lada kelantan yang saya sudah buat stok dalam peti ais. Tak tahu la, rasa camana. Budak Sulaiman dah makan tadi, dia balik sekolah, solat dan makan, lepas tu keluar balik, ada kelas tambahan. Dia tak cakap apa pun, makna ok la tu.

Baik. Selamat mencuba. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

37 ulasan:

  1. Kalo masuk pressure cooker nak masak berapa minit..maaf tanya...kita x biasa masak paru..tapi suka makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tekan button untuk daging, dalam 40 minit. Lembut kejadiannya, bila keluar pressure cooker.

      Padam
  2. Wah sedap ni, boleh try.
    Sy selalu masak sambal belado atau goreng tepung je kalau beli paru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama tak goreng paru camtu je atau buat sambal. Sedap juga kan, PH. :)

      Padam
  3. Tak biasa makan paru. Pernah cuba, tapi tak kena dengan tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... gitew.. lain orang, lain seleranya.

      Padam
  4. Dia punya SIAP tu bunyi macam senang je....
    Kalau uncle buat komfom ke laut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. uncle kalau teringin, boleh minta tolong aunty buatkan. :D

      Padam
  5. Sebelum ni saya tk pandai makan paru. Tpi sejak tahun lepas termakan sambal paru yg sedap, terus saya suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah... sambal paru memang sedap. Saya pun suka, kalau beli nasi lemak. :)

      Padam
  6. Sedapnya paru. Cie suka sambal paru.

    BalasPadam
  7. Mesti sedap tu. Selalu jumpa kat gerai nasi lemak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ye ke. Sini, gerai nasi lemak ada sambal paru je. Paru masak hitam takde pula jual.

      Padam
  8. Parupun boleh buat masak hitam. Suka makan paru tapi lauk ini belum pernah rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pelbagai versi juga, Na, paru masak hitam ni. Versi yang tak pakai kicap, masak guna santan je, yang itu berjam-jam baru siap, dan orang lama je pandai buat. Masak taik minyak, orang dulu kata. Yang itu, lagi sedap rasanya, arwah mak saya pernah buat. Sayang tak sempat ambil resepi.

      Padam
  9. Kita jarang² masak paru. Tapi memang favourite ni.

    BalasPadam
  10. kita fav paru..husband pernah masak juga menu ni..kita biasa masak sambal paru or paru berlado

    BalasPadam
  11. teringat jiran depan umah dulu, setiap kali raya mesti ade juadah paru

    BalasPadam
  12. Raya kali ni Kak SA x buat plak paru sambal...selalu buat...sebab itu yang adik2 rebut dulu...

    BalasPadam
  13. Menarik juga paru masak hitam. Biasa nampak daging masak hitam je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. family saya dulu sejak arwah mak, selalu masak lauk paru hitam ni.

      Padam
    2. Baru tahu, ni Fizah rupanya. :)

      Padam
  14. sllunya org buat goreng berlado je paru.. nti boleh cuba juga paru masak hitam hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya tak ramai orang buat paru masak hitam ni. Akak baru tahu, sebab dari arwah mak akak dah selalu masak ni.

      Padam
  15. Makanan fav saya memang 😍😍😍. Paru tuh sedap, walo kolesterol 😂. Tp sukaaaaaa. Dulu suka dibuat oleh asisten masak saya kak. Pandai dia buat, tp memang dia skillnya masak. Trus resign, saya blm dpt pengganti. Asisten satunya tak pandai masak, tp bagus dlm kerjaan mengurus rumah 😅.

    Jadi sampai skr, kalo teringiiin paru, pesan dari teman yg memang jualan balado paru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... sayang, asistennya sudah resign. Boleh la tu, Fanny, buat hilang teringin bila nak makan ya.

      Padam
  16. Nampak sedap .. tapi CCL selalu beli paru goreng . Dia goreng garing² sedap ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka juga tu, paru goreng. Yum yum...

      Padam