Hari Ahad pun saya masak
Ahad, 14 Syawal 1446 H.
Pagi ni, lepas subuh, saya masuk dapur. Masak nasi. Simpan air basuhan beras. Kemudian pergi siram pada pokok tanaman. Masa tengah siram, ada bau benda tak best. Ada binatang tinggalkan onar atas rumput, tepi pokok buah naga. Nyaris je, nak terpijak. Adoi. Besar kemungkinan, najis kucing. Dah jadi macam port tempat dia membuang kawasan situ. Rumput pun mati. Rumah saya sudah tak ada kucing. Jadi, kucing orang la ni, datang bertandang dan membuang di rumah kita.
Kembali ke dapur setelah selesai siram pokok. Masak lauk kobis masak lemak putih, ikut resepi CheNom.
Tapi saya tambah satu bahan dalam masak lemak, iaitu udang. Sejak hari tu la, saya terbayang-bayang. Masa balik Kelantan, saya makan kobis masak lemak putih ni, tepi sungai, entrinya ada di sini.
Saya tak pernah masak lauk masak lemak putih ni. Biasanya, saya buat masak lemak kuning. Jadi suka pula. Letak lada hitam lebih sikit. 😋
Lepas tu, goreng ikan siakap.
Sarapan hari ni, lauk ini je. Ada tambahan sambal lada campur budu. Alhamdulillah. Rasa nikmat sungguh makan di rumah lauk simple macam ni.
Rancang untuk mula puasa esok. Jadi, sahur pun lauk ni juga. Orang dah lama start, yang sudah raya puasa enam pun ada. Saya baru nak mula. 🙈
Semoga hari anda semua baik-baik saja, dan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.
Jumpa lagi, ye. 💗



Masak lemak putih dan ikan goreng memang ngam. Ada pulak sambal belacan dan timun memang berpeluh2 la makan nasi.
BalasPadamKan.. kena tahan keinginan nak tambah nasi. :)
Padamkalao menu sayur lemak putih klate tu..ada yg trus letak budu dlm masakan sayur tu..tp kita suka asing....lps tu goreng ikan or ayam...mmg yummyyy
BalasPadamOoo... letak budu sekali ye, baru tahu ni.
PadamKann... nampak simple, tapi sedap!
Teringat dulu² mak sy memang selalu masak sayur lemak putih macam ni, bertambah² ya makan, kadang boleh mengulang², memang nikmat sgt, hihi.
BalasPadamKann... lauk orang lama.
PadamSaya pun baru hari kedua puasa 6 kak. Besok tak bisa, esoknya lagi pun tak bisa. Harap2 bisa terpenuhi 6x puasa. Sebab kuatir juga haid datang 😅
BalasPadamOh, Fanny pun baru start ye. Sama kita. Semoga Fanny sempat habiskan puasa sunat syawal, amin...
PadamNi kalau takde idea nak masak apa, memang buat lauk ni je. Pastu tambah sambal sikit, sedap betull!
BalasPadamOh, ye ke... Kann.... :)
PadamIkan goreng macam tu memang saya suka. Rangup kulitnya.
BalasPadamKannn...
PadamKitapun belum habis puasa ganti dan juga puasa sunat.
BalasPadamMemang Abah suka lauk kobis masak lemak warna putih ni.
Sama kita, ye.
PadamHaa... orang tua-tua suka, kan. Lauk old school.
kalau ammi lauk lemak putih ni suka regukan dengan sambal merah. paling ngam sambal ikan
BalasPadamWah.. lain kali nak cuba la, style Ammi, buat sambal ikan.
PadamMasa sihat Kak SA hari2 masak...hehehe...sejak x sihat ni jarang masak..Abah je masak
BalasPadamUntung, abah masih kuat untuk masak. :)
PadamKucing ni kalau dah tinggalkan najis, nanti akan datang mesti ada lagi tempat yang sama sebab dia dah mark.
BalasPadamSaya pun suka lauk kobis macam lemak putih. Hirup kuah panas-panas. Ngam juga tu tambah udang, tak pernah buat lagi tambah udang. Ada ikan goreng, ada sambal memang ngamlah semua lauknya.
Itu la, Fizah. Kena tuang cuka kot, yek, bagi hilang bau.
PadamAlhamdulillah, memang sedap, kan. Masak lemak kobis putih. :)
Masak lemak putih tu.... Sedapnya ... Lama tak makan
BalasPadamSedap, kan, CCL. Yummy...
Padam