Isnin, 22 Syawal 1446 H.
Hari Sabtu dan Ahad, cuti puasa. Sambung puasa qada serta sunat syawal semula hari ini.
Giveaway Pertama Tot's Blog masih lagi berlangsung. Sudah join ke, belum? Klik sini untuk join. 😊
Saya ni, tak berapa kenal gajet orang zaman sekarang. Hari tu di blog PH, masa PH jaga checkpoint merentas desa tu, saya ingat ke, PH bawa bluetooth headphone, rupanya, neck fan. Hahaha. Saya ketinggalan sikit dalam dunia gajet-gajet terkini orang zaman sekarang. Maklumlah, sejenis old school. Dulu masa zaman aktif naik bukit, saya pernah bawa kipas orang niaga sate tu, yang jenis anyaman tu. Hahaha... lagi kuat kot angin masa mengipas, banding kipas bateri kena caj orang zaman sekarang ni. Cuma tangan kena exercise sikit la. 😁
Saya ada masalah tangan tak steady bila ambil gambar. Jadi, saya tanyalah ChatGPT. Ni, yang ajar saya guna chatGPT ni, Encik Hanafi la. Hehe.
Saya tepek sini perbualan saya dengan chatGPT, untuk rujukan saya. Nak delete banyak-banyak gambar dan tangkap layar di handphone. Takdelah ambil perbualan penuh, cuma info tentang gajet yang boleh bantu saya ambil gambar dengan lebih baik.
![]() |
Selain chatGPT, saya baru tahu tentang Gimbal dari blog Azhafizah |
![]() |
ChatGPT tanya, saya nak ambil gambar apa? |
![]() |
Saya jawap, suka ambil gambar bunga. |
![]() |
Sudah dapat jawapan yang dicari |
Sebab hobi saya bercucuk-tanam, saya suka perhati bunga, dan ambil gambar. Saya biasanya buat kerja menanam ni, pagi, sebelum sarapan, bila hari tak puasa. Kadang tangan saya tak steady untuk ambil gambar close-up. Tapi, saya nak kongsikan juga la, hasil tangkapan gambar, guna handphone saya, cap ayam je, Oppo A76 (CPH2375). Cuma saya dan handphone. Mana mampu beli iphong tu. Guna apa yang ada je.
![]() |
Zinnia |
![]() |
Barbados Cherry (tak tahu nama dalam bahasa Melayu. Tapi kalau makan, rasa macam buah cermai) |
![]() |
Bunga pokok Barbados Cherry |
![]() |
Bunga pokok letup-letup. PH ada share tentang bunga ni di entri ni. Saya rasa, bunga ni ada rupa macam kapal angkasa makhluk asing. |
![]() |
Thai Jasmine, atau bunga melati Thailand |
![]() |
Sayur Pak Choy. Sengaja saya tak crop gambar, boleh nampak serangga yang makan daun pak choy ni, di bahagian kanan gambr, warna oren badannya. Baru nak tepuk macam nyamuk, dia dah terbang lari. |
![]() |
Bunga matahari |
![]() |
Gambar keratan membujur bunga. Kredit foto Weacademia |
Tak Ada Ciptaan Allah yang Sia-sia
Al-Quran Surah Ali-Imran, ayat 191 yang bermaksud, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
Semua benda, dari besar-besar sampai sekecil-sekecil benda, ada fungsi atau peranan masing-masing.
Ok la. Saya stop dulu.
Jumpa lagi, ye. 💗
subhanallah... indah sungguh ciptaan Allah...
ReplyDeleteand semua ada peranan masing2....
Kannnn....
DeleteOh? Kita boleh borak2 cam tu eh? Uncle belum fasih chat GPT ni....
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Boleh, uncle. Borak macam member. :D
DeleteTahniah, tau, uncle! Hebat la dia, masuk MBOR. Tumpang bangga, uncle.
Mudah kan ada ChatGPT. Macam-macam boleh tanya. Saya ada la tanya pasal itinerari. Membantu jugaklah sebagai panduan saya merangka itinerari sendiri.
ReplyDeleteWalaupun tak rajin menanam, tapi saya suka ambil gambar bunga, tumbuhan. Pendek kata, gambar alam. Gambar bunga letup-letup belakang rumah pun ambil juga. Masalah saya pulak, malas buat entri blog. Jadi tak publish semua gambar-gambar tu.
Itu la. Bagus juga ada chatGPT ni. Wah, boleh membantu juga ye, nak travel.
DeleteMesti cantik gambar-gambar Ujie ambil. :)
Cantik apa gambar yang Nur ambil. Takde nampak kabur atas menggigil.
ReplyDeleteNanti hendak beli itu fikir kalau memang hendak guna selalu.
Sebab saya ambil banyak kali, macam 10 take, lepas tu saya pilih mana paling ok. Yang blur, saya delete. :)
DeleteItu la, kena fikir 1000 kali, takut nanti tak guna dengan kerap pun.
Saya setuju dengan cadangan ChatGPT tu. Pacak tripod, guna macro lens dan guna remote. So tak ada lah gegar bila ambil close up tu. Banyak bunga hasil tanaman kak Nur.
ReplyDeleteBaik. Alhamdulillah, ada la sikit-sikit, Fizah, hasil cubaan banyak kali menanam.
DeleteLawa je gambar kak Nur ambil tu..takde lah blurry...betul2 kalau tengok dekat2 seram...hihihi
ReplyDeleteAkak kena ambil banyak shots, Linda, lepas tu akak pilih yang terbaik. Ada juga yang blur antara shots akak ambil.
Deletetu blm guna gadget2 tambahan dah cantik dah gambar2 tu, kalo beli macro lense & lain-lain mesti lagi aummmmm gambarnya! ehh tapi kan, betul lah org pmpuan ni mcm-mcm benda lain lg nak beli.. gadget masak lagi penting hehehe
ReplyDeleteAkak setuju sangat dengan komen Ana. Kena pikio 1000 kali nak beli gajet ambil gambar. Kalau gajet masak atau tudung, tak banyak pikio sangat. :D
DeleteSaya suka juga ambil gambar, tapi jarang dah ambil gambar.
ReplyDeleteSibuk kerja, ye.
DeleteSy pun takde la up to date sangat haha... Org bagi kita guna je la ahak!
ReplyDeleteGimbal tu Sy pun baru kenal, anak buah darjah 5 yg kenalkan. Advanced depa !
Sy pun suka ambil gmbr bunga tak kisahlah bunga yg di tanam ke, bunga yg hasilkan buah ke atau wildflowers. Asalkan bunga hehe
Haha.. budak-budak sekarang memang advance.
DeleteSebab bunga cantik, kan. Seronok, tengok. :)
Tak tahulah sy sejak dah remaja purba ni malas dah nak ambil tahu hal gajet-gajet ni. Paling2 pun sy pakai tripod aje la, hihi.
ReplyDeleteOoo... SK pakai tripod untuk ambil video masak kat tiktok tu ke? Hehe...
DeleteCeri barbados tu saya ada tanam jugak. Masih dalam proses membesar.
ReplyDeleteSaya lebih suka pakai kipas tangan. Lagi praktikal. Selain dapat kurangkan panas, boleh guna untuk elak pencemaran bau. 🤣
Wah... 👍
DeleteHahaha... Elak pencemaran bau. Paham. 🤭
Gambar2 kakak di atas sudah bagus sebenarnya. Ada yg bilang hasil foto itu bukan tergantung dari gadget. Tp siapa yg memegang kamera 😄. Mau pakai mahal sekalipun kalo memang tak jago pakai, hasilnya pun biasa saja
ReplyDeleteSaya sendiri Krn suka traveling,, tak terlalu suka bawa banyak peralatan foto, sebab beraaat 🤣. Makanya saya prefer beli hp dengan kamera yg sudah bagus. Di dalamnya sudah ada stabilizer, jadi tak perlu bawa gimbal.
Sudah bisa memotret micro, jadi tak payah bawa lensa micro. Memang sometimes tak bisa juga dibandingkan dengan hasil lensa micro betulan, tp at least dah mendekati.
Tp saya memang tak terlalu suka foto jarak dekat, Krn saya prefer foto alam kan. Lebih praktis kalo bawa 1 gadget saja asal dah punya features yg kita butuhkan ☺️.
Cuma kalo alasannya tremor, saran dari AI sudah oke juga. Memang hrs pakai tripod biar tak gegar
Terima kasih, Fanny. Akak cuba. Akak tak ada pula terfikir dari sudut itu. Faham, terima kasih atas pendapat Fanny. :)
DeleteCCL kadang² pun suka ambil gambar .. tak kisahlah pokok ke bunga ke .. langit..pastu terperam dalam galeri phone .. heheh
ReplyDeleteHehe.. lain kali share ye, kat blog.
Delete