Saya dah lama tak makan durian. Lebih kurang setahun kot. Oleh itu, ada rasa teringin. Sebelum ni, waktu suami masih bekerja di lokasi lama, dia selalu bawa balik durian luruh dari pokok durian di ofisnya. Nak tahu apa yang berlaku dengan pokok durian tu? Sudah ditebang, ok. Masya-Allah. Kesian pokok durian. Sebab pihak kontraktor kata, lokasi pokok durian tu, menghalang pandangan CCTV yang dipasang. Huhu.. sudah selamat ditebang pokok duriannya. Dan mereka sudah tanam pokok durian baru. Tapi generasi akan datang la yang berpeluang rasa nanti hasilnya.
Itu tentang lokasi lama suami saya bekerja. Lokasi baru ni, tak ada pokok durian. Hutan batu dan konkrit belaka. Tiada tanah.
Sudah beberapa kali saya suarakan keinginan untuk makan durian. Bila kita tak mencari, ada saja penjual tepi jalan yang jual durian dengan isinya dikeluarkan dan sudah dibungkus dalam bekas plastik boleh dilihat. Jadi, kita boleh nampak isi dalam durian macamana. Tapi bila masa kita mencari ni, semuanya hilang entah ke mana. Cuti balik kampung nak raya haji gamaknya.
Tapi minggu lepas, ada 2-3 tempat mula jual durian pelbagai jenis. Saya bukan seorang yang pandai pilih atau beli durian. Suami pun sama. Jadi, jomlah kita tengok dulu jenis-jenis Raja Buah yang ada.
๐ธ Fakta menarik: ๐ธ
Terdapat lebih dari 200 klon durian berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. Dan masih banyak lagi yang tidak berdaftar.
Berikut adalah senarai 8 jenis durian terbaik di Malaysia:
- Durian Musang King - Isi keemasan tebal dan kuning, berkrim, manis dan kadangkala pahit rasanya.
- Durian Tekka - Ada yang cakap jenis ini lebih baik dari Musang King. Ada juga pendapat mengatakan ini adalah Musang King kedua. Nama lain, Musang Queen a.k.a. D160
- Durian D24 - Juga dikenali sebagai Durian Sultan. Durian paling popular sebelum keluarnya Musang King. Harga lebih mesra dompet berbanding Musang King.
- Durian Udang Merah - Juga dikenali sebagai D175. Isinya pekat, lembut, kuning jingga kemerahan, lemak berkrim dengan rasa manis.
- Durian Black Thorn - Juga dikenali sebagai D200, atau Duri Hitam. Isi warna jingga kuning cerah dan merah jambu. Ia mempunyai teras tebal dan garisan coklat kemerah-merahan di sepanjang bahagian tengah durian. Isi rasa lemak, manis dan berkrim serta ada meninggalkan sedikit rasa pahit selepas makan. Ia tidak ada bau yang kuat. Isi lebih bulat. Harga menyamai atau lebih mahal dari Musang King.
- Durian IOI - Rasa buah yang kuat, warna hampir jingga. Juga dikenali sebagai Durian Hajah Hasmah atau Durian Mas Muar. Durian bentuk bulat dan warna coklat kehijauan.
- Durian Golden Phoenix - Isi kuning pucat yang sedap dan rasa yang sangat komplex.
- Durian Kampung - Lebih ringan dan universal, boleh diterima semua golongan.
Kami jalan-jalan naik kereta, jumpa satu tempat jual durian. Ada pelbagai jenis. Yang banyak, adalah jenis durian kahwin. Durian kahwin ni, durian apa pula? Tak ada pun dalam senarai durian paling popular. Hehe.. kita selidik dulu asal usul durian ye. Eh.. apa la lambat bebenor. Nak beli durian je pun. Panjang pula mukadimahnya. Eh, mestilah. Kalau nak tahu durian kahwin tu apa, sila la baca. ๐
Apa itu Durian Kahwin
Durian saka ialah pokok yang kita tanam guna biji, seterusnya tumbuh, membesar sampai keluar buah. Ini dipanggil durian saka.
Tak kisah baka apa pun, pokok durian saka kelemahannya ialah, ia lambat berbuah, ambil masa 7-10 tahun. Tapi jangka hayat pokok sangat lama, boleh sampai 100 tahun dan lebih tahan penyakit. Semakin lama usia pokok, semakin hebat rasa dan kualiti buah. Kalau kita tanam, nanti anak cucu kita baru boleh rasa buah yang betul-betul sedap dan baik. Hahaha.. tudia la... tanam untuk generasi akan datang la ni.
Durian kahwin (klon) pula, pokoknya ditanam guna biji, biasanya guna benih durian kampung (sebab pokok durian kampung, daya tahan dia kuat). Setelah pokok tumbuh dan tinggi lebih kurang sekaki, pokok dibuat cantuman tunas. Tunas ini diambil dari pokok bermutu contoh D24 (ada dalam senarai durian di atas). Pokok ini akan membesar dan keluar buah dari tunas D24. Batang bawah pokok dan akarnya hanya berfungsi sebagai tapak saja. Buah yang dihasilkan adalah D24.
Pokok jenis kahwin lagi cepat keluar buah. Anggaran ambil masa 4-7 tahun. Isi lebih berkualiti, buah lebat, dan lebih menguntungkan. Jangka hayat pokok tidak lama iaitu sekitar 20-50 tahun.
Haa... gitu. Itulah maksud durian kahwin. Ada faham?
Faham, encik! Sudah tahu apa itu durian kahwin. Jom la kita makan durian!
Durian Kami Beli
Sampai di kedai durian, suami diam seribu bahasa. Tuan kedai tanya nak mana satu? Saya tunjuk satu biji buah durian kahwin yang helok kejadiannya. Dia timbang dengan kulit-kulit. Cakap berapa kilo dan harga, RM41. Saya cakap, ok!
Boleh tolong kopek dan masuk dalam bekas?
Boleh!
Kome jangan gelak, ye. Saya ni nama je orang Perak. Tapi ini pertama kali saya makan durian kahwin. Biasa durian saya makan suami bawa balik dari ofis tu, banyak kelopak boleh kopek dalam sebiji durian. Sebiji durian, boleh dapat lebih 10 ulas, bergantung kepada besar buah.
Durian kahwin kami beli ni, bila dia masuk dalam bekas, seperti berikut:
 |
Selamat beli, durian kahwin. Durian kahwin AA, orang kedai cakap. |
Masuk dalam kereta, bau harum semerbak! ๐ Saya suka, suami mulai pening.
Suami saya dari kedai tadi dan masuk kereta, muka dia masam campur tak puas hati. Sebab dalam bekas kami beli, dapat berapa ulas durian saja. Dia kata, patut viral dulu, ada orang tu marah, beli musang king sebiji, balik rumah kopek buah, ada satu ulas saja buah dalam. Huhu...
Entah. Saya tak tahu. Rezeki masing-masing, kan. Itu yang agaknya sekarang bila orang beli durian, lebih suka kopek di kedai, jadi boleh nampak dapat buah camana. Ishh... Tak sabarnya. Jomlah kita balik rumah, nak makan. Suami pi tawaf pekan Lumut dulu, seperti biasa. ๐
Sedap, tak tau nak habaq, part III
Tu la, google dok cakap blog saya ni low value dan thin content, oleh itu saya pun karanglah entri panjang-panjang. Harap berinformasi juga. Sekurang-kurangnya pada saya yang tak pernah beli buah durian ni. Kalau tak ada yang berminat untuk baca panjang-panjang, tak apa. Saya akan tetap tulis, untuk diri sendiri. Bak kata blogger Afeezz yang tajuk blognya
...dan aku menulis untuk diri sendiri. Google ni tak tahu yang saya SPM dulu, kertas Bahasa Malaysia dapat A1. Jadi, kalau bab karang panjang-panjang ni, bagilah kat saya. Tapi harap ada info yang bermanfaat dalam karangan entri saya yang panjang berjela ni.
 |
4 ulas durian kahwin yang juicy di dalam. |
Nak tahu apa? Suami saya tak makan pun. Dia kata, kenyang. Anak-anak saya, tiga-tiga orang tak makan durian, walaupun tiga-tiga lahir di Perak. Sila rujuk gambar di atas, itu yang suami saya muka tak puas hati dari tadi, sebab bayar RM41 untuk 4 ulas durian.
Camana rasanya? Pendapat peribadi saya, sangat buttery dan rich! ๐๐Makan durian sambil pejam mata, menikmati isinya yang enak dan agak tebal juga. Biji pun besar, patut ada 4 ulas saja. Itu pun sudah pilih buah besar masa di kedai.
 |
Isi kuning dan tebal. Sedap! ๐ |
Alhamdulillah. Syukur. Dapat juga saya merasa makan durian, setelah sekian lama. Satu biji durian, saya seorang pula tu yang makan, tak perlu nak kongsi-kongsi. Syorga, syorga. ๐ Berbaloi setiap sen. Lagi dua tahun pula la, boleh cari durian. Puas sudah makan. Alhamdulillah, rezeki.
Untung betul siapa yang ada tanam durian ni, yek. Tiber teringat Wak
Warisan Petani. Satu biji beli durian kahwin, sudah harga RM41. Huiii... memang untung.
Kome suka makan durian?
Ok, jumpa lagi. ๐
Untung suami isteri je yang makan..
ReplyDeleteKami satu keluarga makan... Jadi, memang jarang lah beli durian.. Kecuali bila dapat "durian runtuh".. Hihihi... Kalau linda memang suka durian kahwin @ kampung.. Sebab yg tu je mampu beli.. ๐คญ๐คญ
Hehe.. bestnya, jadi boleh makan durian berjemaah. Kan.. lain jenis, mahei bebenor.
DeleteDurian kahwin memang sedap. Selain tu saya suka durian udang merah dan IOI. Memang untunglah orang jual durian ni. Berbaloi-baloi. Untung jugalah ada yang tak makan durian, kita dapat makan lebih. hihi...
ReplyDeleteHehe.. betul, betul, betul. ๐
DeleteTernyata banyak aneka buah durian, saya baru tahu nih
ReplyDeleteSaya juga pening jika bau duren, terasa mau pingsan hehehe
Alhamdulillah ya
Saya pun baru tahu bila buat carian.
DeleteKalau bawa durian dalam kereta, memang boleh pening, kuat baunya.
Alhamdulillah.
Cie pulak 4 beranak semua suka durian. Baru ni suami beli sebiji durian kahwin rm30+ je sebiji banyak jugak isinya. Ok la buat ghaso ghaso kan.
ReplyDeleteOk harga tu, dapat banyak isi. Pahang banyak durian. Sini, durian dari Balik Pulau, katanya.
DeleteMemang patut durian jadi Raja Buah...selain harga kayangan rasa juga premium...untuk la awak ya dapat rasa durian
ReplyDeleteAlhamdulillah, merasa makan durian sedap. ๐
DeleteAna ni pun suka mkn durian. Bong tak suka durian hehe
ReplyDeleteBoleh gang dengan Ana la, macam ni. Bong boleh pi main jauh-jauh. Hehe..
DeleteDah nampak banyak orang jual tepi jalan, nak cari jugak sikit kot.
ReplyDeleteSila, sila, Mulan.
Delete4 ulas sahaja? Hehe.
ReplyDeleteSaya ini alhamdulillah selalu disajikan durian ketika musim tapi makan tidak banyak sangat.
Itu la. Tapi 4 ulas yang besar-besar dan mengenyangkan. Alhamdulillah. Atau sebab saya makan seorang.
DeleteYe la. Makan sekadar nak merasa, kan.
THN lalu saya ke Penang, makan black Thorne habis 200 Ringgit utk 1 bulatan durian, beratnya 3 kg. Tp isinya kami makan berlima pun tak sanggub kak. Kenyaaang sangat.
ReplyDeleteSaya rela bayar mahal sebab black Thorne di Jakarta jauuuuuh LBH mahal lagi. ๐คฃ. So Rm200 memang terbilang murah utk black Thorne yg bagus dan manis.
Biasanya tiap june atau July saya ke Malaysia utk hunting durian. Tp THN ini jadi sept pula. So nampaknya tak dapat lah festival durian yg ramai ๐
Mesti isi durian tu tebal. Sebab boleh kenyang.
DeleteInsya-Allah, ada rezeki durian, bolehlah Fanny merasa bila datang nanti.
Banyak juga nama durian kan. Saya peminat durian tapi ada famili tak suka katanya baunya buat pening kepala. Walaupun suka makan tapi makan berpada-pada kalau tak boleh tinggi koletrolnya naik dengan darah tinggi pun boleh naik. Masa dulu ada kawan opis ada kebun durian. Dia bawak durian kucing tidur tak tahu lah nama dia yang sebenarnya apa. Durian ni tak banyak ulas tapi biji dia kepet. Jadi bila makan seulas dia punya rasa macam puas makan walaupun sebiji. Jadi ada kawan lain yang makan. Yang kelakornya lepas makan durian kucing tidur ni dia pulak nak tidur. Tapi rasanya dia memang sedap. Daerah segamat banyak durian yang sedap sebab dia tanah bukit kan. Kalau musim durian plat keter singapore banyak datang nak makan durian. Cina singapore rupanya hantu makan durian.
ReplyDeleteHa ah, setuju dengan ayat akhir. Sini pun ramai juga, kalau pergi di Ipoh. Pernah dengar nama durian kucing tidur dulu.
Deletewak pun tak berapa minat makan durian.
ReplyDeleteMasa mula2 kahwin dulu dapat bini hantu durian
Tu yang wak bukak kebun durian.
Wow.. buka kebun durian untuk isteri yang hantu durian. Romantiknya! ๐
DeleteDurian kahwin ini dagingnya kuning dan tebal ya Mbak. Hmmm...terbayang sedapnya durian ini.
ReplyDeleteSaya suka durian, tapi jarang memakannya, hanya sekali-sekali saja, karena disini harga durian terbilang mahal.
Salam,
Iya, Pak. Saya juga begitu. Makan bila teringin saja.
DeleteAlamak..dia tunjuk durian la..SA tahun lepas dan tahun ni blom makan durian lagi..sedapnya durian ha..SA lebih suka durian kampung..tp layan gak durian kahwin
ReplyDeleteDurian sedap, SA. Hehe..
DeleteSaya memang hantu durian.
ReplyDeleteKalau musim durian boleh makan berbiji-biji hihihii.
Tapi bila tersedar sudah berumur, rupanya durian ini kawan baik dengan darah tinggi dan kencing manis, maka saya pun belajarlah kurang-kurangkan makan durian.
Wow! Hehe..
DeleteYe la, Kak Amie. Makan sekadar nak lepaskan rasa teringin tu je.
Baru tau ada durian saka. KSarie mungkin tekak orang tua dan old school agaknya sebab KSarie paling suka durian kampung. Pernah makan durian spesies yang lain-lain tu tapi tetap berkenan dekat durian kampung. Dalam kereta memang ada simpan bekas kot-kot terjumpa orang jual durian dan terasa hendak beli. KSarie seorang hantu durian dekat rumah. Anak sulung dan suami makan sekadar rasa. Anak kedua langsung tak makan. Jadi sebab itulah KSarie kekal bulat
ReplyDeleteWah.. ada bekas standby dalam kete. Bagus betul! ๐
DeleteMana ada bulat. Comel je, saya tengok KSarie ni.
Best kan, durian kampung. ๐