Salam Ahad, kome. Apa khabor? Harap semua pembaca sekalian sihat-sihat belaka. Duduk mana tu? Tengah bercuti ke, atau kat rumah?
Pagi tadi seperti biasa, saya pergi morning walk bersama suami. Sometimes, saya rasa kesian kat suami saya. Dia setia menemani saya jalan pagi, walau pun saya dah cakap, saya boleh pergi sendiri. Dia balik kerja semalam pun jam 12 tengah malam. Jadi, tidur pun tak cukup.
Bila berjalan, walau pun kami jalan langkah seiringan, tapi diam seribu bahasa. Kadangkala je bercakap, bila ada benda timbul. Bila sudah kawin lama, tak borak pun takpe, cukup dengan kehadiran di sisi.
![]() |
Morning walk 6km, durasi 1 jam 16 minit. |
Alhamdulillah. Sempena masuk bulan baru, Jun, saya nak nyatakan di sini, misi saya untuk lengkapkan 10 ribu langkah setiap hari. Saya akan maklumkan sampai bila bertahan.
Hidup kena ada target. Jadi kita akan stay focus, dan tidak hanyut.
Balik rumah, sarapan, mandi, siap-siap. Ada jemputan kenduri officemate suami, di Sungai Siput. Anak sedara officemate suami punya kenduri kahwin. Kenalan kami juga, sejak zaman bujang lagi.
On the way to Sungai Siput, singgah Seri Iskandar, beli kopi. Anak sulung, Amirul, pun ikut juga. Amirul sudah beberapa hari sampai, dari Dungun. Uitm sedang cuti mid-sem.
![]() |
Dapat keychain Zus free. |
Sebab beli kopi sampai 3 cawan, melebihi RM25, melayakkan kami dapat keychain percuma. Kami takde yang pesan teh. Kalau ada, layak dapat sticker Zus juga.
Teruskan perjalanan ke Sungai Siput. Sampai di rumah kenduri betul-betul time orang makan tengahari, pukul 1 lebih.
Betul-betul dalam kampung rumah kenduri. Dari jalan besar, pemanduan lebih 2km juga untuk sampai. Lorong kecil. Bila selisih dengan kereta arah bertentangan, kena berhenti, beri laluan sebab jalan sempit.
![]() |
Tepi bukit, kome, rumah pengantin. |
Kami parking di tapak ke depan sikit, bukan tempat yang Rela sedang berkawal. Tepi bukit kome. Kami masuk pun ikut dapur rumah pengantin. Lalu tepi kawah periuk orang masak. Kenduri orang kampung masak, wei. Tak pakai katering. Dari nasi, lauk, kuih, semua orang kampung buat. Hebat!
Salam-salam tuan rumah. Paraga... Beratur amik nasi minyak. Tempat tak dak takpa, kawan baik tuan rumah. Amik kerusi 3 biji, kami duduk makan di meja kuih. 🙈 Member cakap, senang mau amik kuih lepas makan nasi. Muhahaha...
![]() |
Nasi minyak dikelilingi lauk |
Banyak lauk, wei. Nasi ambil satu senduk. Lauk pun amik sikit-sikit. Itu pun, ada yang tak amik lauk. Ada ayam merah, kurma daging, kambing kerutuk, sambal belacan tempoyak, kerabu umbut kelapa. Alhamdulillah. Masa lepas settle makan nasi, apam balik sudah habis. Jadi, ambil kuih putu perak, kek marble, cucur badak, dan kek butter.
Makan sambil sembang dengan bapa officemate suami, iaitu tukang masak. Umur 67 tahun, masih kuat masak untuk kenduri.
Ada photo booth kome, dengan deko ala kampung, gitu. Apa lagi, jom bergambor..
![]() |
Belakang dari kiri, Amirul, suami dan Encik Nizam. Depan, Kak Ros dan saya. |
![]() |
Free style, satu! |
Kami kawan baik sejak zaman bujang. Sejak zaman nakal, sampai dah kahwin, sampai anak-anak dah besar sekarang. Terima kasih atas undangan. Semoga tuan rumah semakin murah rejeki dan anak saudaranya iaitu pasangan pengantin, berkekalan jodohnya. Amin...
![]() |
Bunga telor dan door gifts |
![]() |
Bunga telor wire bulu ke apa nama benda ni? |
Eh...sama kita! Tadi saya pergi kenduri kawin di Kedah pun dapat bunga telur. Ada macam bulu gitu jugak. Agaknya trend sekarang.
ReplyDeleteHa, agaknya la, Ujie. Hehe..
DeleteWah umur 67 masih larat masak makanan kenduri ye. Style rewang ni
ReplyDeleteHa ah. Kuat pakcik tu. Dia kata, kalau nak sihat, jangan berhenti bekerja, walaupun lepas pencen. Kena sentiasa bergerak, gitu.
DeleteBila la nak rajin brisk walk ni. Rasa berat sangat dah badan ni. Lama tak nampak telur kat kenduri. Zaman sekarang susah dah orang nak bagi telur.
ReplyDeleteSaya pun kena paksa diri pergi berjalan, Cie. Memang rasa malas tu, mesti ada.
DeleteKan... jarang dapat cenderahati telur dari kenduri kawin.
Syok kalau kenduri di kampung, lauk-pauk semua rewang, bermacam jenis pulak tu, kalau kat sini tuan rumah sediakan plastik tapau, lepas mkn boleh tapau lauk balik rumah.. kalau di bandar, semua catering, mkn pn bercatu..huhu
ReplyDeleteBetul tu, kakmim. Untungla, tuan rumah bagi tapau lauk. :)
DeleteKerabu umbut kelapa, alahai sedapnya. Bunga telur legend tu, masa mak sedara kawin dulu2 mak ada tempah, ke buat sendiri tak ingat dah.
ReplyDeleteItu la, sedap sangat! Hehe.. bunga telur legend.
DeleteSaya dapat jugak keychain tu. 😃
ReplyDeleteBunga telur zaman moden ni. Boleh DIY sendiri.
Ha.. ada baca entri BK pasal tu.
DeleteKalau DIY sendiri, takut tak jadi bunga telur. Hehe..
Femes lah kita lepas nie...
ReplyDeleteSiang tadi pun kita ada dekat Tronoh..
Ada rezeki, boleh lah bertentang mata nanti...
Hehe.. Insya-Allah, Linda. Ada rezeki, boleh jumpa.
DeletePatutlah banyak lauk, ada tukang masak.
ReplyDeleteHa ah. Saya pun terkejut, sampai tak dapat ambil semua lauk.
DeleteSuka sangat kalau kenduri di kampung-kampung sebab lauk pauk memang rare dan masih dimasak secara rewang. Memang akan makan sampai segah perut😅.
ReplyDeleteBetul! Lauk kita jarang jumpa kan. Mesti dah ambil juga sikit.
DeleteBestnya kenduri dekat kampung² gini... Lauk² pulak mmg meriah dan sedap2 belaka...
ReplyDeleteSkrg trend bunga telur gitu, apa namanya ye? Bunga stokin erk? PH pun lupa tapi my bff pun skrg ambil order bunga telur style gini
Ha ah, sedap, Alhamdulillah.
DeleteBukan bunga stoking. Wayar berbulu, kata orang. Hehe..
Wahhh.. atok pengantin ke yg masak tu? Banyak sungguh lauk, sportingnya Nur anak beranak makan tepi meja kuih aje.
ReplyDeleteAtok saudara pengantin. Takde tempat dah, SK. Tersampai betul-betul time orang lunch.
DeleteWha... bagus la ada kawan ketat cam tu... Forevah gitu
ReplyDeleteAlhamdulillah, uncle.
DeleteSalam buat yang punya hajat
ReplyDeletewah itu menu kendurinya nikmat sekali
Semoga bulan ini, semakin lancar rezekinya dan sehat terus
Aminn, atas doanya. Makasih, ya.
DeleteSuka betul tema rewang kenduri ni. Dia punya penat tu kita dapat gambarkan dah macam mana. Tapi paling puas hati bila lauk licin habis.
ReplyDeleteUish bunga telur tuu… dulu suka simpan bunga tu. La dah tak simpan da😅
Love language suami kak tot quality time tu barangkali🤭
Kan.. menahan diri juga untuk ambil lauk lebih. Ingat orang belakang.
DeleteAkak pun sama, SS.
Dah takde idea nak borak apa, SS. Kita tengok muka dia, dia tengok muka kita.
Seronoklah ada orang teman berjalan. Nak bercakap sambil berjalan tu mengah juga kak. Hihi...Comel je keychain Zus tu. Saya kurang sikit Zus ni, lebih suka Kenangan lebih berbaloi pada saya lah. Tudiaa masuk dari dapur terus. Hihi..kalau dah kenal lama tak kisah dah kan. Meriah betul lauk pauknya tu. Lama tak pergi kenduri ada rewang-rewang, masak sendiri ni. Confirm sedap! Trend bunga zaman sekarang kot kak. Ada juga nampak orang buat flower bouquet. Dapat bunga telur kembalikan nostalgia kenduri kahwin dulu-dulu.
ReplyDeleteAla, bukan jalan laju pun, Fizah. Lenggang kangkung je.
DeleteDi tempat akak takde Kenangan Coffee, Fizah.
Betul tu, Fizah. Alhamdulillah. Dapat makan kenduri lauk sedap².
Seronok kalau majlis kahwin kat kampung. Makanan dimasak sendiri lagi sedap serta bunga telur sebagai door gift. Wah rare ni. Dah susah nak jumpa
ReplyDeleteKan... Itu la. Alhamdulillah. Rezeki dapat pergi.
Deleteehh yela tgh trending bunga telur kawad bulu ni!
ReplyDeleteOoo.. itu ye namanya Ana. Bunga telur kawad bulu. Hehe
ReplyDeleteBetuuuul kak. Kalau dah lama menikah, kdg bicara tak diperlukan lagi. Saya dan suami banyak diam, tp saya selalu merasa nyaman kalo dah samping dia, nak tidur pun tak banyak cakap, tp hrs pegang ntah tangan, punggung, pokoknya ada terasa sentuhan. Mungkin Krn kami sama2 love language nya Touching 😄.
ReplyDeleteIsssh tak pernah pula saya rasa makanan kenduri kampung begini, yg dimasak sendiri. Pasti sedaaaap lah 😍😍😍. Salut memang dengan orang2 yg di kampung, tiap acara biasa saling kerjasama saling bantu utk memasak.
Romantis gitu, Fanny dan husbandnya. Semoga bertambah erat kasih sayang seiring usia ya, Fanny.
DeleteIya, Fanny. Bukan mudah mahu gotong-royong masak hidangan kenduri sama-sama. Harus muafakat dan kerjasama.
Dah kembali popular bunga telur wire tu kan..cantik2 plak tu...nanti nak tempah kat Linda la..kalau ada sesapa nak kahwin..leh bagi as sponsor kan...hehehehe....
ReplyDeleteItu la, SA. Betul, cantik, dan tahan bunganya.
DeleteHehe... betul, betul. 👍
Wahhh, photobooth kenduri ala klasik tu memang rare dan penuh nostalgia! 😍 Sesuai sangat untuk tangkap gambar kenangan dengan vibe kampung dan zaman dulu-dulu.
ReplyDeleteHa ah, pandai tuan rumah buat tempat bergambar. Memang sampai tetamu kena ambil giliran la, untuk bergambar. 😁
Delete