Morning walk di UTP

 Assalamualaikum, semua dan salam Jumaat...

Pagi tadi, saya dan suami jalan-jalan di UTP. Suami saya ada urusan di Tronoh, pukul 9 pagi.

Jadi, kami morning walk di tasik UTP sahaja.

Morning walk di tasik UTP Tronoh
Pagi di UTP

Cuaca cantik. Mendung, tak panas sangat. Ramai juga orang beriadah di sini pagi-pagi.

Ada company mana tadi, dia buat fun walk. Sebelum event fun walk tu, mereka bersenamrobik beramai-ramai di ruang parkir hadapan taman.

Ada yang berlari. Ada yang berjalan satu keluarga, ibubapa bawa anak-anak. Cuti sekolah, kan.

Burung botak siput atau wood stork di kolam UTP
Burung bangau wood stock atau burung botak siput, di salah satu kolam di taman UTP

Cuaca baik untuk duduk seketika, tengok burung di kolam. Nampak macam kolam di atas tak dalam pun, sebab air sampai paras situ je, di kaki burung tu.

Macam sama dengan burung yang blogger Ujie pernah cerita di entrinya di sini.

Saya rasa macam agak malas untuk terus berjalan. Kejap lagi, mesti kumpulan yang buat program fun walk tu akan mula berjalan, lepas habis deme aerobik. Karang jadi sempit laluan berjalan. Lagi pun, perut saya dah mula berkeroncong. Jadi, cukuplah dua pusingan besar taman UTP.

Berjalan dua pusingan di taman UTP guna jam Garmin
Dua pusingan, bersamaan 4km. Masa tidak sampai 1 jam.

Kami pergi sarapan dulu di Restoran Bunda Seri Iskandar. Sebab lapar, saya lupa langsung nak ambil gambar makanan kami. Lepas makan, kami ke Tronoh, settle-kan urusan suami.

Ok la. Jumpa lagi, ye. ♥️

Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Jarang sekali ada event hari Jumaat. Tak perasan tasik ni masa ke UTP konvo anak buah. Tapi lama dah kejadian tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk² je, tasik ni belah kiri, Fizah. Orang ramai boleh guna je, tanpa melalui pondok pok guard.

      Padam
  2. tu lah seronoknya cuti sekolah boleh briskwalk satu keluarga hehe

    BalasPadam
  3. Berjalan selalu agar sihat-sihat sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn... Insya-Allah. Selagi diizinkan.

      Padam
  4. Berjalan itu nikmat untuk kesihatan...buat ikut kemampuan dan kesempatan masa

    BalasPadam
  5. Dah lama tak ke UTP... Dulu ada kerja di sana... Lama dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. ye ke, uncle.. dulu suami saya pun kerja dalam UTP. Bertahun-tahun kami tinggal di Seri Iskandar.

      Padam
  6. Kalo brisk walk dan cuaca agak mending, tapi tak hujan, memang paling best. Jadi lebih semangat nak capai target agak jauh. Apalagi view nya danau , cantiik memang kak. Pernah lihat juga burung itu di tulisan kak ujie. Mirip bangau tp bukan bangau kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, Fanny. Burungnya agak besar. Seronok tengok.

      Padam
  7. Pernah masuk sekali dlm UTP tu. Waktu zaman uni dulu, ada sukan buat kat UTP tu.

    BalasPadam
  8. Seronok juga kalau fun walk ramai2. Buat aktiviti bersama family. Kalau ada event ramai2 camtu kita segan juga kan nak brisk walk sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Elak tempat sesak, kalau boleh, Cie.

      Padam
  9. Dr petang semlm nak briskwalk tp end up lipat kain je kt rumah.. aduyai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat kerja rumah, sampai bila pun tak habis, Kakmim. Kena ambil masa untuk diri sendiri bersenam.

      Padam
  10. Sy pun tak suka kalau ramai² dan crowded. Kita nak brisk walking tenang² santai² je kan Nur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekepala kita, PH. High-five sikit. 🖐️

      Padam
  11. First time (dan last kot) brisk walk keliling tasik UTP masa anak soleh grad. Cantik dan best lah brisk walk situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... Ada anak lulusan UTP rupanya. Mesti bijak anak soleh Mulan.

      Padam
  12. Rindu UTP. Library situ sangat lawa dan premium.

    BalasPadam
  13. Cuti sekolah mesti ramai singgah.

    BalasPadam
  14. Bila kawasan cantik sure bersemangat hendak briskwalk kan? Burung botak ni burung asal ke burung migrasi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, lagi-lagi tempat jarang pergi. Burung asal, tinggal di Malaysia, tak silap saya, terbaca hari tu. Kalau cari makan pun, takde sampai migrasi jauh-jauh.

      Padam
  15. Angan2 bila dapat pindah dekat Tronoh, petang2 balik keje nak briswalk dulu sebelum balik rumah..

    BalasPadam
  16. Bila la SA nak start morning walk ni...ajak suami payah betul..dia syg nak lemak2 dia la ni...nanati nak pi jugak la...dia x nak ikut biar dia..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. SA takpe sebab kerja, sudah banyak berjalan. Hujung minggu boleh la kot, yek. Beriadah di taman.

      Padam
  17. Langit biru, awan berarak… langkah pun rasa ringan. Briskwalk pun jadi healing bila langit secantik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kadang tu, bukan nak bersenam sangat. Cuma nak tenangkan fikiran tengok pokok dan pemandangan. Alhamdulillah.

      Padam