Tarikh: Ahad, 29 Jun 2025
Hari Ahad ialah hari di mana kita boleh bermalas-malasan di rumah. Bagi saya, tidak perlu bangun pukul 4 pagi untuk memasak, kerana anak tidak perlu pergi sekolah.
Hari Ahad, boleh berkebun lama sikit. Ambil bangku kecil, khas digunakan semasa berkebun, letak depan pokok bunga ros, dan boleh perhati bunga-bunga yang sedang kembang mekar, sambil cium bau wangi bunga.
Hari Ahad, boleh buka peti ais, kumpulkan stok barang basah yang ada, dan masak ikut suka hati.
![]() |
Saya masak kuetiau goreng |
Bila pergi kedai runcit, kalau beli sebungkus kuetiau, saya selalu beli juga 5-6 ekor udang, untuk diletak dalam kuetiau. Kuetiau goreng tak ada sayur. Letak fish cake juga, selain udang.
Saya suka refer resepi Che Nom, untuk goreng kuetiau.
![]() |
Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam |
Buat lauk protein tambahan, telur hancur atau scrambled egg dan sosej frankfurter ayamas yang dikukus. Rasa masin, sosej tu. Ambil keputusan tak mahu beli lagi frozen food macam sosej di atas.
Bila kita kurangkan pengambilan gula, deria rasa jadi lebih peka. Makanan proses rasa lebih masin.
![]() |
Suami saya masak nasi goreng |
Ada nasi secoet, dalam rice cooker dalam fridge. Suami goreng nasi, guna perencah. Bila guna perencah nasi goreng Seri Aji ke, Maggi ke, tak perlu letak garam kalau nasi secoet sahaja. Rasa dahulu, nanti takut masin pula.
Kena ada extra makanan, sebab kuetiau goreng kalau masak sebungkus, dua orang anak saja boleh habiskan.
![]() |
Alhamdulillah, rezeki pagi Ahad |
Home cooked meal adalah yang terbaik. Rasa puas hati dan gumbira dapat sediakan makanan untuk dimakan seisi keluarga. Bersyukur dengan rejeki yang Allah berikan.
Perasan tak, hari Sabtu dan Ahad berlalu dengan sangat pantas, banding hari-hari lain? 😁
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Kat rumah SA kuew Teow kureng laku...yang laku bihun ngan mee goreng..tapi sesekali SA buat gak la kuew teow..
ReplyDeleteOh, ye ke... lain orang ada citarasa masing-masing, kan.
DeleteSedap kuetiaw goreng. Lagilah kalau ada cili jeruk. Cepatlah menambah kuetiaw dalan pinggan.
ReplyDeleteBetul Cie. Memang cepat hari berlalu. Perasan hari jadi gelap sebelum maghrib.
Eh, saya Tot, bukan Cie. Hehe...
DeleteSetuju dengan kak Amie. Kalau ada cili jeruk, lagi sedap jadinya, kuetiau goreng.
Linda memang buat kuetiau goreng je..mudah nak goreng...hihihi...
ReplyDeleteKan, Linda.
DeleteProcess food mostly banyak garam and MSG...sedap kuetiau goreng tu...
ReplyDeleteSetuju dengan Sueann.
DeleteAlhamdulillah. 😋
Ya betul. Kalau hari kerja lambatnya nak hari Jumaat. Tapi kalau hari sabtu ahad eh dah hari ahad. Isnin dah blues monday melanda.
ReplyDeleteItu la pasal. Hehe...
Deletepelbagai menu tu...kuehtiaw suka letak kerang or daging...
ReplyDeleteSaya kurang rajin guna kerang segar. Sebab kena rebus dulu. Kalau kerang tanpa kulit tu, khuatir berapa lama punya. Tapi sedap juga kan, goreng kuetiau letak daging.
DeleteTaufik belajar makan kuey tiaw ni masa sekolah menengah...itu pun sebab lapar...nasi, bihun dengan mee goreng dah habis...hasil nya sampai sekarang makan kuey tiaw goreng
ReplyDeleteHehe.. selalunya macam tu la ye. Bila tak ada makanan lain, kena makan apa yang ada. Sedap juga kan, kuetiau.
DeleteSamalah aktiviti kita, hari Ahad, hari bermalas-malasan di rumah, kutip2 bahan dlm peti ais, clearkan baju2 yang tak berlibat, kosongkan bakul baju yang nak dibasah. Saya suka hari ahad tp bila sampai waktu malam, mula 'ngeri' nak mengadap hari Isnin..hehehe
ReplyDeleteKan, saya petang Ahad tu, dah rasa kurang best, sebab weekend berlalu dengan sangat laju. 😁
DeleteHari Ahad memang seronok tapi cepat berlalu pergi. Tahu-tahu dah Isnin, kena hadap Monday Blues pulak. Saya suka kuetiau halus, kurang sikit bau dia. Sedap pun sedap. Tambah udang bertambah sedap, lagi lagi kalau ada kucai dan tauge. Saya setuju dengan rasa frozen food tu. Memang masin. Saya pun dah lama tak beli process, frozen food. Makan bila teringin atau tak ada pilihan lain di kedai. Home cooked memang terbaik.
ReplyDeleteOh ye ke. Lain kali, akak try kuetiau halus pula.
Deletewaahhh Ana paling suka k.teow goreng! sedapnyaaaaaaa nampakkk siap ada side dishhh nyummmm!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sedap, sedap.
DeletePH pula hari Sabtu Ahad super duper busy. Nak melawat anak² di asrama la, uruskan kain baju la, memasak la...
ReplyDeleteSedap kue tiau dgn udang, ngam
Ooo.. faham, faham. Ye la, kan. Hujung minggu la, dapat melawat anak-anak di asrama.
DeletePagi dengan nasi goreng, ada juga kue tiau goreng untuk seisi keluarga, ah nikmat sekali Mbak.
ReplyDeleteKalau hari libur semacam sabtu atau ahad terasa lekas usai ya Mbak, demikian yang saya rasakan dahulu ketika saya masih bekerja.
Salam,
Hehe.. tak sabar nak jadi macam Pak Asa. Mungkin lepas anak bongsu saya habis sekolah, dapatlah saya santai hari-hari, macam Pak Asa. Boleh la rileks sikit.
DeleteSebungkus kuetiau 450gm je beratnya. Selepas masak jadi makin mengecut. Memang tak cukup la.
ReplyDeleteBetul, Cie. Tapi kalau goreng 2 bungkus, tak habis pula. Hehe..
DeleteCantiknya scrambled egg dia... tak nampak scrambled pun. Macam di potong2
ReplyDeleteKalau halus sangat hancur, kang susah nak makan, uncle. Hehe..
Deletefikiran kita sama dik hehehehhe hari minggu utk hari santai...sedap keowteo
ReplyDeleteKan, hari bermalas-malasan.
DeleteKuetiau kalau ada seafood pasti best.
ReplyDeleteSetuju!
DeleteYe la, Tot. Lagi² hari ahad, sekejap jer dah petang. Hilang penat masak kalau semua makanan anak makan habis, kan.
ReplyDeleteItu la. Tak puas weekend. Rasa nak pause sekejap masa. Hehe..
DeleteBetul, betul! Alhamdulillah.
Best kan hari cuti..santai2, takde stress...tengok pula bunga2 yg cantik...terapi jiwa & minda...
ReplyDeleteBetul, betul!
DeleteRajin suami Tot masak sekali. Terus jadi banyak hidangannya.
ReplyDeleteMakin tua, saya makin mudah rasa masin. Dulu ok je makan sosej, sekarang saya dah tak boleh nak makan. Potong masuk dalam mi atau nasi goreng pun masih rasa susah nak telan sebab masin.
Ha ah, Ujie, nak habiskan stok makanan dalam peti ais.
DeleteSetuju dengan Ujie. Saya pun rasa masin bebenor, sosej-nya.
banyak jugak tu ada dua jenis hidangan, nasi dan kueyteow.
ReplyDeleteweekend memang berlalu dengan pantas, masa mencemburui tengok kita sedap bercuti huhu
Kan, Mazni. Huhu...
DeleteNampak Kuetiaw goreng terus terliur sebab favorite sangat2.
ReplyDeleteOh, sama kita. Hehe..
DeleteSemua makanan tu masuk tekak saya,maksud saya makan ..lazat sekali tu ya
ReplyDeleteYa, Encik. Alhamdulillah.
DeleteNampaksedap semuanya
ReplyDeleteSelamat menyarap selera
Terima kasih, Wak.
DeleteBetul…masakan dirumah is the best tp saya selalu malas masak
ReplyDeleteAmmi kerja, jadi hujung minggu deserve untuk berehat.
DeleteSaya pun kalo dah Masin, memang stop makan. Tak kuat. Dah lama mengurangi garam, jadi lebih sensitif dengan yg masin2.
ReplyDeleteBagus la begitu, Fanny.
DeleteAla....langsung kelaparan bila baca post ini di waktu rehat tengahari. Ketiaw goreng tuh KSarie paling suka sebab tidak ada sayur😋Suka sangat kalau dapat bermalas-malasan di hari minggu tetapi kadang-kadang tidak dapat kesempatan begitu kan. Bila ada rezeki boleh bersantai di hari minggu ayuhlah kita tidur sampai lebam begitu. Tapi benar sekali hari Sabtu Ahad sangat cepat berlalu
ReplyDeleteWah, boleh geng dengan anak-anak saya, sebab suka kuetiau tanpa sayur. Hehe..
DeleteIya la, KSarie. Tak sempatnya nak tidur atau tergolek, mesti ada projek nyongket mana-mana. Huhu..