Tarikh: Rabu, 30 Julai 2025.
Pagi-pagi, saya goreng stok roti sardin yang masih ada dalam peti ais. Cerita saya buat roti sardin ni, ada di entri ini 👉 Cerita hari Isnin.
![]() |
Homemade roti goreng inti sardin. |
Hari itu, ada urusan ke Ipoh, hantar Hafizan (anak kedua) daftar asrama. Alhamdulillah, Hafizan dapat kolej kediaman lama. Kolej kediaman baru, khas untuk pelajar baru duduk untuk 2 semester sahaja. Lepas tu, boleh apply untuk kolej kediaman lama atau sewa rumah di luar saja.
Dulu, masa duduk kolej kediaman baru, yuran asrama RM600 untuk satu semester. Sekarang, turun banyak, jadi RM60 semester. Jimat banyak. Walau pun kedudukan kolej kediaman lama ini di luar Politeknik, tapi cuma seberang jalan sahaja. Tak jauh mana. Dekat dengan masjid pula tu.
Cuma itu la, ada politeknik, boleh daftar asrama online sahaja. Tapi untuk Politeknik Ungku Omar (PUO), kena pergi sendiri di pejabat untuk daftar asrama.
![]() |
Kafetaria kolej kediaman |
![]() |
Laundry, sebelah cafetaria. |
Dobi dibuka 24 jam. Berhadapan dengan pondok pok guard pula tu. Jadi, boleh basuh baju malam-malam, tak perlu takut.
Tak silap saya, ada 3 hari kot, pelajar boleh daftar asrama ni. Masa hari kami pergi, tak ramai sangat. Mungkin sebab masih awal pagi. Lepas selesai daftar di pejabat dan diberi kunci bilik, Hafizan pun angkut barang-barang masuk bilik.
![]() |
Hafizan bawa beg, masuk bilik |
Suami ikut sebab Hafizan panggil, ada malfunction sikit locker dia di bilik. Nasib baik ada bawa toolbox yang mengandungi screw driver dalam kereta. Jadi suami tolong repair locker Hafizan. Saya teringin juga nak tengok bilik penginapan anak. Saya cakap nak pergi pejabat dekat encik pok guard, boleh lepas. Dapatlah ikut Hafizan, tengok bilik.
![]() |
Masa ni, tak tahu lagi ada jalan shortcut ikut dalam. Ikut laluan luar. |
![]() |
Rezeki Hafizan, dapat bilik ground floor. |
Tak perlu naik turun tangga macam semester lepas. Buka pintu je, boleh rasa yang bilik Hafizan sejuk. Di bahagian atas pintu, ada lubang-lubang udara. Macam rumah orang dulu-dulu, selalu ada lubang di bahagian atas, kan. Later bila Hafizan sudah mula semester, saya tanya dia, nyamuk banyak tak, masuk ikut lubang. Dia kata, takde nyamuk. Sejuk lagi bilik dia dari rumah kita. Di rumah kena pasang aircond, di bilik takde aircond pun sejuk. Wah...
![]() |
Cer klik dan zoom-in gambar ini. |
Kat luar tingkap, nampak ada seekor ayam jantan. 🐓
Video dalam bilik.
Satu bilik, untuk 2 orang pelajar. Roomate Hafizan, pelajar semester 5. Baik orangnya, tapi jarang tidur di bilik.
![]() |
Ruang membasuh pakaian. |
Bagi yang nak cuci baju sendiri, ada ruang membasuh. Tiba-tiba saya teringat zaman membasuh baju macam ni, masa belajar di Itm Jengka (masa saya masuk, belum tukar nama ke Uitm). Huhu.. menggamit memori.
Asrama lama. Barang-barang dan perabot lama. Alhamdulillah. Asal selesa tidur dan berehat. Semoga Hafizan suka dan selesa di rumah baru Hafizan ni.
Settle semua urusan masuk asrama, kami pergi makan di Aeon Kinta City. Kemudian, Hafizan ikut balik sebab kelas dia belum mula. Minggu seterusnya baru mula belajar.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Jauh beza bayarannya ye dari RM600 ke RM60. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kak. Beza dari segi tempat je, asrama baru, cantik, cuma asrama lama, nampak usang sikit.
Deletejauh beza betul rm600 turun ke rm60. betul2 jimat banyak
ReplyDeletesyokla dia dpt bilik sejuk, bangun pagi2 boleh nampak ayam jugak hehe
Itu la, duit jimat boleh guna untuk benda lain, Alhamdulillah.
DeleteHehe.. itu la, musykil mana datang ayam, warden kot yang bela.
Jauh sungguh beza sewa tu ye... Alhamdulillah jimat berganda². Best bilik sejuk, selesa nak rehat/tidur
ReplyDeleteAlhamdulillah, PH. Itu yang penting. Bilik kena selesa, tempat belajar dan rehat, kan.
DeleteMujurlah tak jauh nak daftar asrama tu. Kalau yg jauh² payah jugak kena datang semata utk daftar asrama. Rezeki tu dapat asrama lama, kalau tak kena carik rumah sewa kongsi ramai². Mananya nak dapat rumah sewa yg murah kat situ, semua demand sebab ramai pelajar cari rumah sewa sebab tak dapat kediaman poli. Iman pun dulu dah siap booking rumah sewa tapi duit depo burn pasal pkp.
ReplyDeleteBetul, kesian deme yang duduk jauh.
DeleteBetul juga, kawan Hafizan yang tak dapat asrama, sewa serumah duduk 10 orang. Agak jauh juga, kena naik motor. Jalan kaki, peluh keti.
Oh.. zaman PKP rupanya, Iman duduk sana.
Alhamdulillah banyak jimatnya dari 600 ke 60.
ReplyDeleteBetul, Mulan, Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah banyak jimat sewa tuh. PUO ini politeknik tertua di Malaysia kan? Kalau dekat ofis KSarie ni kalau sebut lulusan PUO memang macam abang long kawasan orang respect begitu😊
ReplyDeleteBetul, KSarie, politeknik pertama di Malaysia. Saya pun ada dengor camtu. Orang suka lepasan poli ni, sebab course TVET ni, banyak permintaan ye, sekarang.
DeleteBaguuus nya dapat lantai bawah, dan sejuk pulaaa 😍😍. Dulu adik saya saat di USM dpt asrama lantai atas. Yg paling ngeri saat libur semester, adik saya dan saya jarang pulang kan. Jadi asrama sepiiii. Palingan hanya anak2 foreign students yg memang tak pulang. 😄. Jadi kalo ke toilet, kami saling menemani lah 🤣
ReplyDeleteHaha.. itu memang, Fanny. Pergi toilet harus berjemaah gitu. Bahaya pergi seorang lagi-lagi di waktu malam. Serammm...
Deletenape jauh sgt beza bayaran tu....kalini dpt bilik di ground floor bagusla tkperlu nk naik tangga kan
ReplyDeleteAsrama baru tu, baru dibina, dan satu bilik sangat besar, itu yang mahal kot. Bilik asrama lama, boleh duduk 2 orang je, style lama.
DeleteItu la, Alhamdulillah, tak perlu turun naik turun naik tangga dah.
Jimat banyak tu, untung juga dapat asrama. Walaupun jauh sikit tapi okay sangat dengan kemudahan yang ada. Bilik bawah lagi mudah. Sejuk pula tu ada air ventilation bagus. A'ah lah kak Nur, tempat basuh baju teringat zaman study di UiTM. Dapat juga Kak Nur masuk tengok bilik Hafizan. Baik guard tu bagi keizinan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Fizah. Bukan akak saja sibuk nak masuk tengok asrama anak. Ada perasan mak budak lain pun ikut masuk asrama budak lelaki. Sebab masa asrama sebelum ni, memang tak dapat tengok. Hehe..
DeleteBagus dapat bilik tidak payah guna penghawa dingin. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki Hafizan.
Deleteginilah juga tempat membasuh di ITM Shah Alam. Tapi kalau nak membasuh walaupun siang memang berteman sebab serremmmmm
ReplyDeleteBetul, Ammi, ada rasa seram juga bila masuk tempat membasuh tu.
Delete