Mengopi 989 Kopi dan sambung jalan - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Sunday, August 17, 2025

Mengopi 989 Kopi dan sambung jalan

 Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025

Bersambung dari entri sebelum ini

Selepas sarapan di Restoran Nasi Ulam Lumut, saya dan suami singgah pula di 989 Kopi, mengopi pula.

Americano panas kosong, latte ais dan croissant yang dinikmati di 989 Kopi, Lumut.
Americano panas kosong, latte ais dan croissant sebiji.

Bila order croissant, dia bagi satu kiub kecil butter. Bila saya mula mengopi di sini, baru saya tahu makan croissant tu, calit butter. Kalau tak, saya makan croissant begitu saja, atau celup kopi panas. Ha.. Dari kad chop yang saya simpan, dapat claim biskut chocolate chip sebiji. Setiap kali mengopi, kita bagi kad cop tu, dia cop sekali. Cukup 4 kali cop, boleh claim apa-apa yang di bawah harga sekian-sekian.

989 Kopi, Lumut.
Kedai 989 Kopi, ambil gambar dari tempat duduk mengopi.

Kedai ni ada keluarkan merchandise dia sendiri. Ada baju, dan totebag. Totebag dia lawa, ada design doodle, lebih kurang macam cookie wrapper dia kat gambar bawah ni.

Kami kongsi makan croissant dan biskut chocolate chip.

Chocolate chip cookie tinggal separuh, beli di 989 Kopi, Lumut.
Suami tinggal separuh cookie untuk saya.

Cantik cookie holder atau cookie wrapper dia.  

Sebab saya tak cukup 10 ribu langkah lagi (refer entri sebelum ini), selepas habis mengopi, saya pun pergi jalan-jalan.

Pemandangan di jeti Lumut. Feri nak ke Pulau Pangkor.
Pemandangan di Esplanade Wing Lumut. Feri nak ke Pulau Pangkor.

Sebab cuaca pun tak panas. Hujan baru berhenti.


Pokok besar di Lumut
Suka ambil gambar pokok besar.

Rasa nyaman. Burung merpati di bawah sedang mandi dalam lopak air hujan. Bila saya ambil gambar dia, terus dia duduk tegak. Hehe..

Burung merpati dalam lopak
Burung merpati

Pintu masuk 989 Kopi
Pintu masuk 989 Kopi

Kedai ni dari kontena yang diubahsuai.

Saya masih tak cukup 10 ribu langkah. Lepas tu, kami pergi beli barang dapur di Pasaraya TF

Data berjalan kaki di sekitar Esplanade Lumut.
Data berjalan kaki selepas mengopi, di kawasan Esplanade Lumut.

Selepas shopping TF, baru cukup. Misi 10 ribu langkah, hari ke-9.

Update terkini: Saya sempat buat 10 hari saja misi 10 ribu langkah ni. Haha.. Memang payah, sebab ada je komitmen lain lebih penting kena utamakan dulu. Takpe la. Ada rezeki lain kali, boleh mula semula. 

Jumpa lagi, ye. 💗

20 comments:

  1. Wah, ada croissant! Saya suka roti bulan sabit ni.

    ReplyDelete
  2. Jalan2 mall je baru senang cukup 10k langkah. Hihi. Kalau tak memang susah la. Kena berjalan banyak kilometer baru la cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh.. setuju, dan ada aircond juga, tak panas, kan, Cie.
      Ha ah, kena lebih 6km juga untuk cukupkan 10 ribu langkah.

      Delete
  3. Croissant 🥐 dgn coffee ☕ mmg pair yg sangat sinonim hihii.. 10k langkah sehari ye.. hebat hebat.. kita nak dpt 5k sehari pun payah hihii.. mungkin sbb malas kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... nikmat minum kopi panas celup croissant.
      5K pun dah cukup banyak, Encik. 👏👍

      Delete
  4. Tahniah Tot dapat buat 10 hari berturutan 10k steps 👏🏽
    Yelah, cantik cookie wrapper tu. Memang menariklah design totebag gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Itu je yang mampu. Alhamdulillah.
      Itu la, cantik totebag-nya saya tengok. Harga je, saya tak sempat belek.

      Delete
  5. Bestnya lepas jalan mengopi terus. Kalau dapat butter kadang macam malas juga nak mencalitkan tu. hihi..Cicah air panas sedap juga. Bagus kedai kopi kumpul cop ni. Menggalakkan orang datang membeli. Dapatlah juga biskut chocolate chip.
    Cantiknya view di Esplanade Wing Lumut tu. Kiranya naik feri dari sini ke Pulau Pangkor lah ye.
    Comel je burung tu macam tahu-tahu je nak ambil gambar. Kalau zoom dan buat potrait mode cantik tu.
    Yeay, akhirnya cukup juga misi 10k langkah tu. Keep it up Kak Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Sebab kena guna sudu, tak diberi pisau butter.
      Boleh naik dari jeti Lumut, atau ada lagi satu jetti Marina, dekat Teluk Batik, untuk ke Pangkor.
      Akak kalau zoom-in, gambar jadi blur. Handphone cap ayam je.
      Terima kasih, Fizah. Alhamdulillah.

      Delete
  6. 10 hari untuk setiap 10 000 langkah setiap hari. Tahniah.
    Sayapun bukan selalu dapat jalan laju setiap hari. Tapi ada hari dapat buat 2 kali-pagi dan petang, ada hari tiada langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA. Alhamdulillah. Lepas tu, dah start sibuk, tak sempat briskwalk.
      Itu la, kadang boleh buat, kadang ada komitmen lain kan, NA.

      Delete
  7. Sy morning walk tadi baru dapat 3.5k steps... ni dok pusing kot dalam rumah dgn harapan cukup 10k steps for today...
    Seronok tengok suasana dekat sana, macam tenang je kan.. laidback no rush

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... chaiyok, PH! 💪👏
      Lumut di hari bekerja, kurang orang, PH. Itu yang banyak peniaga terpaksa tutup kedai. Ramai pergi Pangkor ikut Marina lagi, dari Lumut. Tapi hujung minggu Sabtu Ahad, barulah ramai sikit.

      Delete
  8. tahniah kak...linda semenjak duduk Selayag nie, M dia besar sangat, tu yang badan pun naik kot...purata boleh dapat 5k steps je...
    kat tempat lama, balik kerja je dah nak masuk 8k.. tambah2 la kat rumah jadi 10k..tu yang kurus agaknya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Linda. 5K steps pada akak, sudah cukup banyak. 👍
      Boleh jadi, kot. Tapi bersenam 20 percent je, pemakanan 80 percent. Pemakanan main peranan lebih besar.

      Delete
  9. Pandai pulak merpati tu pose ye. Ammi ni max dpt sehari 6k steps je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, comel je merpati.
      Banyak juga tu, Ammi. 6 ribu steps. 👍👏

      Delete