Assalamualaikum semua... harap kome semua sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu.
Entri kali ini, saya nak cerita tentang saya dan suami pergi briskwalk pagi Isnin, 20 Oktober yang lepas. Hari cuti umum, iaitu Hari Deepavali. Hari sebelumnya, hujan. Guruh dan kilat berdentam dentum. Waktu tengah malam pukul 12, bunga api dan mercun meletup atas bumbung rumah. Meriah sungguh deme beraya, ya. Masa orang nak tidur la, deme pergi bakor mercun.
Pagi itu, saya pergi briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan. Cuaca mendung macam nak hujan. Baguslah, tak panas.
![]() |
| Kucing lepak tepi padang |
![]() |
| Gambar diambil hujung padang |
Lawa langit pagi itu. Cuti umum, ramai juga orang berjalan di padang. Yang bawa seisi keluarga pun ada.
![]() |
| Briskwalk selama 1 jam 18 minit, jarak 6.11 km. |
Dua setengah pusingan padang, saya berjalan, sampai cukup 10 ribu langkah.
Ada dengar bunyi guruh di kejauhan. Balik ke tempat parking kereta, suami saya tengah tidur dalam kereta. Dia baru habis kerja pukul 6 pagi tapi teman saya briskwalk juga. Cuma tak perasan bila dia hilang di padang. Mula-mula jalan sama-sama. Lepas tu, dia berjalan sambil tengok handphone. Dia slow, saya makin laju. Lepas tu dah hilang.
Suami kata, dia jalan 3 km juga.
Saya order kopi melalui aplikasi Zus. Pickup di cawangan Sitiawan.
![]() |
| Zus cawangan ni besar. Refuel dengan kopi. |
Boleh lepak sini lain kali. Tak ada orang pun, pagi-pagi hari cuti.
![]() |
| My daily dose of coffee |
Alhamdulillah. Sudah 2 hari minum kopi hazelnut. Hari ni, kembali ke americano kosong.
Saya tengok kalendar, hari Jumaat ni, cuti umum negeri Perak, sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Long weekend la orang Perak. Jangan jeles... hehe.
Jumpa lagi, ye. ๐





lps briskwalk layan kopi fav tenang tu
ReplyDeleteHa ah, nikmat!
DeleteOK..Sy jeles la sbb teman pun org perak jgk...Tp tak cuti =D
ReplyDeleteAlo lo lor... takpe takpa, lain kali boleh amik cuti sendiri ya. ๐คญ
Deleteammi ni dah lama tak briskwalk...last dngan anak buah 2 hari sebelum deepavali. pastu angan2 je lebih.
ReplyDeleteEh, samalah. Ini pun kejadian masa Deepavali. Lepas tu, tak pergi pergi dah. Haha...
Deleteuntungler orang perak. orang selangor punya next cuti umum masa bulan 12 nanti, huhu
ReplyDeleteHehe.. sabor, sabor, nanti cuti, ya.
DeleteSA ni lagi la..hari2 jalan jauh ke MRT, dari MRT ke office, dari office ke MRT, almost berjalan aje...belum naik turun office lagi
ReplyDeleteBagus tu, SA. Exercise, badan jadi sihat. ๐ช๐
DeleteSaya harapkan 'briskwalk' berjalan di ladang, naik tangga turun tangga saja. Dapatlah sedikit langkah, ulang-ulang dari pagi sampai habis sesi persekolahan. Itu jew mampu dibuat hihihi.
ReplyDeleteOk la tu, kak Amie. ๐
DeleteLamanya tak BW. Jalan atas walking pad pun malas sekarang ni. Tolong seru sikit kerajinan ni tot ๐
ReplyDeleteSemoga Cie rajin briskwalk fuuhh fuuuh fuuhh... nak hamik ni... saya kasi. ๐
DeleteWak pon tumpang cuti jumaat ni walopon wak bukan org Perak naa.. ๐๐
ReplyDeleteSilakan, Wak. ๐
DeleteAmericano memang pilihan terbaik, lebih-lebih lagi lepas briskwalk
ReplyDeleteYe, Encik. Minum kopi atau teh panas kosong memang nikmat rasa, pagi-pagi.
DeleteOkeh! Uncle nak jeles jugak!
ReplyDeleteHehehe....
DeleteWak cuma larat slow walk aje
ReplyDeleteLagi slow lagi bagus Wak, bakor lagi banyak kalori.
DeleteHari jumaat nie, sempena orang pErak tapi bekerja di Selangor .Linda pun ambil cuti juga..kikiki..
ReplyDeleteMasa Deepavali tu Linda tido dekat Tronoh, takde dengar bunyi mercun pun
Hehehe...
DeleteBagus la. Kawasan akak sini memang meriah, sama-sama naik gitew, apa jenis perayaan pun, malam-malam mercun KLCC segala ada. Huhu...
Kiter park jauh2 jadi briskwalk pagi dan petang masa pergi dan balik kerja. hehehehe
ReplyDeleteBagus tu, kak. Exercise juga tu.
DeleteSini meriah juga bunyi mercun masa Deepavali.
ReplyDeleteIngat esok nak jalan laju. Insya Allah.
Selamat berjalan laju, NA. ๐ช
DeleteSeronok tengok Tot yang semangat briskwalk. Bestnya ada kopi selepas bersenam
ReplyDeletePaksa diri juga, KSarie. Nak mula keluar tu yang payah. Bila dah ada di lokasi, jalan jer.
DeleteMemang nikmat dapat pekena kopi, umpama bagi penuh balik bateri badan yang hampir habis sebab banyak berjalan.
Saya terkejut jam 3 pagi dan hampir subuh tu bunyi meletop. Kita dah risau kot ada apa-apa bencana ke. Rupanya depa main bunga api tak sudah lagi. Sakan betul depa.
ReplyDeleteLuas padangnya puas hati terus dapat 10 ribu langkah. Saya pun dah tak minum hazelnut latte. Sekarang pilih latte je, cut sugar.