Thursday, November 6, 2025

Briskwalk selasa

Assalamualaikum, semua...

Masih cerita semasa cuti hari Deepavali yang lepas. Pada hari Selasa, 21 Oktober 2025, sekolah masih bercuti. Tapi budak-budak Tingkatan 5 tak cuti, ye. Sulaiman pergi sekolah hari-hari. Rajin cikgu buat kelas tambahan. Cuma anak-anak je tak ramai yang hadir. Sebab cikgu upload gambar dalam kelas, boleh la kita nampak. Ye la, cuti long weekend hari tu, ramai yang balik kampung ye, sebab total 5 hari cuti kalau kira dari hari Sabtu.

Pada awal pagi itu, suami saya ada kawad. On the way ke office dia, suami campak saya tepi padang.

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan
Langit pagi.

Haruslah ambil gambar langit pagi yang cantik. Semasa berjalan pusingan kedua, saya baru saja separuh padang, ada rasa hujan rintik mula turun. Sebelum bertambah lebat, saya pun lajukan langkah.

Aktiviti berjalan menggunakan aplikasi Garmin Connect
Sempat 32 minit je. Tengok waktu saya mula jalan, sebelum pukul 7 tu. Huhu... 

Tengok lah awan tebal dalam gambar di atas. Tiba-tiba hujan mulai lebat. Saya tukar gear 4, kome,  terus masuk pace 7. Masuk bawah court basketball yang ada bumbung. Nasib baik lutut ok. Tengok keadaan sekeliling. Sebelah basketball court, ada court bola tampar. Deme punya aktiviti ni, memang sentiasa bawah bumbung, jadi hujan pun masih on.

Ada nyonya menari pakai kipas. Kipas tangan besar. Kadang tutup, kadang terbuka. Bila terbuka kipas tu bunyi kuat, prak prak bunyinya...

Ada group lain menari poco-poco.

Ada group taichi sambung buat taichi bawah bumbung.

Ada uncle jalan kat court. Jadi, saya buat senaman cardio setempat je la.


Lepas buat cardio 15 minit, hujan macam sudah reda. Saya sambung briskwalk semula. Sempatlah berjalan selama 30 minit sebelum suami saya datang ambil, dia sudah habis aktiviti.

Masa semangat ada, layan je mood tu. Bila malas, kita duduk rumah diam-diam ye.

Selamat bekerja kepada semua pembaca sekalian. Harap segala urusan kome dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

17 comments:

  1. Linda pun buat dekat rumah je..malas pula nak bersiap keliling hosp ...panas pun IYE juga..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... kalau cuaca panas tu, baik kita beriadah dalam rumah je, sambil tengok tv, kan Linda kan.... 😁

      Delete
  2. Alahaiiiii sedihnya kena campak tepi padang.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Itu la, nasib akak dapat capture. Sebab awan sentiasa berubah.

      Delete
  4. Betul, tengah ada mood pulun jalan laju lama-lama sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... bila jalan, boleh release stress juga, sebab tengok gelagat orang dan pemandangan cantik di luar.

      Delete
  5. Betul Nur. Kalau rasa malas, memang kena duduk diam-diam hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... duduk rumah diam-diam, makan sambil netflix. 😁

      Delete
  6. Tot cuba bagi tips dan semangat untuk KSarie untuk briskwalk. Asyik la kerojenya asyik tengok Neflix, makan jajan dan tido je ni🥲Lawa sungguh gambar langit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak konsisten, KSarie, briskwalk ni. Tengok mood juga. Tapi kena jaga kesihatan sebab takut result darah tak elok, doktor marah kang, doktor garang. Itu je la motivasi saya. Sebab ada appoinment ujian darah berkala. Nak tak nak, kena la bersenam dan jaga makan, KSarie.
      Kann... waktu tu nak hujan, tapi matahari nak keluar juga waktu tu. Subhanallah.

      Delete
  7. Hebat Kak Nur pace masih berbisa. Meriahlah macam-macam aktiviti ada kat sini. Tak sunyi. Kita nak beriadah pun rasa semangat dan selamat sikit kan.

    ReplyDelete