Assalamualaikum, semua... Salam Jumaat yang mulia hari ini... Cuti umum negeri Perak sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
Entri kali ini, saya nak tulis cerita pada hari Rabu, 22 Oktober 2025 yang lepas. Hari terakhir cuti sekolah sempena minggu Deepavali yang lepas.
Hafizan sudah pulang ke Poli, sementara suami saya pula outstation ke Kedah. Saya tak boleh ikut, kerana suami carpool dengan officemate-nya. Tinggallah saya dengan Sulaiman di rumah. Hujan sejak pagi pada hari itu, on and off. Sekejap renyai, sekejap lebat.
First meal of the day saya pada pukul 4 petang. Saya masak burger je.
![]() |
| Sulaiman punya |
Sulaiman nak 3 biji burger. Dua burger ada cheese. Satu burger ada telur. Tiga-tiga burger ayam.
![]() |
| Mama punya burger |
Untuk mama, dua burger daging dengan telur, ada bawang yang digoreng. ๐Walau pun ada kurang, iaitu tak ada sayur. Kalau letak tomato dan salad, mesti lagi syok.
Alhamdulillah, sedap. Saja tukar selera. Tak adalah makan burger banyak sekaligus. Makan sebiji, sebiji sampai ke malam.
Macam tu la bila tinggal dua beranak saja di rumah. Masak yang ringkas saja.
Entri pendek kali ini. Hari ni, kome nak masak apa? Sudah makan ke?
Jumpa lagi, ye. ๐


Haah tengok kalendar, Perak cuti hari ini. Alhamdulillah dapat cuti lekat, lama cuti.
ReplyDeleteMakan lauk semalam untuk tengahari insya Allah sebab masak asam daging banyak.
Asam daging? Dapnye! ๐๐
Deletetak terfikir pulak buat burger special camni kat rumah. padahal kadang2 beli je dagng burger ramly tu
ReplyDeleteHa ah, buat kat rumah, tak lawa la, sebab nak balut burger dalam telur, akak tak reti. Lantak pi la dia nak rupa camana pun, kita sendiri juga nak makan.
Deletejika sikit je org kat dlm rumah tu mmg sy n isteri makan yg ringkas2 je. Buat letih je memasak...
ReplyDeleteBetul, betul!
DeleteBagus masak banyak terus jimat tenaga dan masa. Kalau tak, nanti jadi macam sy, roti burger 1 pek 10 biji, lepas tu masak 3 biji, yg lain berkulat, hahah. Lain kali sy pun nak masak banyak terus la.
ReplyDeleteLagi satu, kena ada ramai kat rumah. Sebab ada 10 roti dalam tu. Kalau tak, kena repeat masak 2-3 hari makan burger. Kikiki...
DeleteSama la Sy pun. Kalau suami outstation makan simple² je dgn anak². Time tu la nak makan lauk sardin ka, telur kicap je ke hihi
ReplyDeleteTelur kicap? Sedapnya! Kan, masak simple-simple je, senang.
Deleteterus masak banyak dari pagi sampai ke malam.. makan sebiji-sebiji.. ok lah
ReplyDeleteYe, Encik, sebab malas masuk dapur banyak kali. Hehe..
DeleteNampak sedap sungguh burger daging telur tu lah ๐
ReplyDeleteSaya cuti masak beberapa hari ni, ikut suami out station.
Wah.. bestnya, boleh jalan².
DeleteLama tak buat burger sendiri.
ReplyDeleteSila, sila, Cie. Tapi lagi senang kalau beli tepi jalan. Hehe...
DeleteTengok burger di sini, teringat beef burger Ramly. Lama tak jumpa burger tu, ayam jew yang ada.
ReplyDeleteOh ye ke... saya memang guna burger Ramly. Sini banyak, kak, ayam dan daging.
DeleteLama pula rasanya tidak makan burger bula tengok entry ni. Malam karang cari burger Ramli la๐
ReplyDeleteSila, sila, KSarie. Syedap!
Deletemenu ringkas camni ank mmg suka...kita kalo beger camni mmg suka daging dr ayam
ReplyDeleteSama la kita, suka burger daging lagi dari ayam.
Deletemasa Perak cuti tu.. saya sebagai orang Perak yang keroje di Selangor pun ambil cuti.. hihihi
ReplyDeleteBaguih! Amik semangat, walau di mana saja berada, gitew.
DeleteGebuuu je nampak rotinya. Lama dh tak makan burger buat sendiri kat rumah
ReplyDeleteHa ah, rotinya lembut sikit kali ni. Sila, sila, Ammi. Tapi lagi senang beli je. Hehe..
DeleteUntung orang Perak ada extra cuti bulan Oktober lepas. Negeri lain perati je. hihi...Tudia sekali 3 biji burger dia request. Mama pun layankan je. Burger buat sendiri ni lain sedap dia kan. Mana cukup satu.
ReplyDelete