Assalamualaikum, semua...
Pagi tadi hujan. Sulaiman pergi sekolah naik motor juga. Saya nak hantar dia, tapi dia kata tak perlu, nanti sesak naik kereta. Suruh dia pakai wind breaker ada hooded. Bila pakai macam biasa, dengan beg sekolah di dalam, tak boleh zip di depan. Bila pakai terbalik, maknanya sarung kedua-dua tangan, dan galas beg di depan, baru ok. Dia kata, takpe belakang basah, asalkan beg sekolah tak basah. Nanti nak cari proper baju hujan untuk dia, yang cover atas sampai bawah.
Tak berkebun saya hari ini, sebab pagi hujan lebat. Alhamdulillah. Hujan rahmat. Sulaiman Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) SPM 2025.
Saya rasa lantai ruang tamu macam berlengas. Jadi saya vakum, jumpa beberapa pembalut gula-gula. Ini siapa punya kerja ni, macamlah rumah tak ada tong sampah. Bawah sofa juga dia campak. Ini mengundang ceramah percuma ni. Lepas vakum satu rumah, kecuali bilik Sulaiman tak boleh kacau, dan tingkat atas pun saya malas naik, saya mop pula. Giler dekat pukul 12 tengahari baru siap. Dengan pantas masak nasi dan panaskan lauk apa patut yang ada dalam peti ais.
Panjang mukadimah. Hari ni saya nak cerita benda saya masak pada hari Khamis, 23 Oktober 2025 yang lepas. Tak habis-habis lagi cerita bulan Oktober, walau pun dah masuk bulan November. 😁
![]() |
| Kutip ulam raja dan bendi tengah hujan. Pakai payung. |
Sebiji, sebiji tuai bendi tanam sendiri. Ulam raja ada banyak kat depan rumah.
![]() |
| Ayam masak lemak cili api. |
Amik serai tengah hujan sambil pakai payung. Mungkin saya pun kena beli baju hujan. Susah nak amik pokok sambil pegang payung dan pisau. Letak kentang dalam masak lemak ayam.
Tumis pucuk paku dan bendi nan sebatang yang diambil tadi. Sebab bendi ada sebatang je, dia menyorok di dalam gambar. Tu, boleh nampak seketul.
Simple je masak.
Ok. Jumpa lagi. 💗



Sedapnya ayam masak lemak dan tumis pucuk paku tuh. Siapa tuh ye buang pembalut gula-gula merata tu. Nak kena piat telinga ye😅Semoga Sulaiman cemerlang dalam SPM
ReplyDeleteHaha.. itu la pasal. Adoi, budak-budak ni.
DeleteAminn... YRA... 🤲 Terima kasih, KSarie.
SA sedang craving pucuk paku..bila nak pi beli x tau..yg kat supermarket dah layu2 di tasik madu...SA MC hari ni...dh jadi penguin...ntah bila nak elok ni
ReplyDeleteEh, macam tajuk lagu la, SA.
DeleteSemoga SA makin sihat dan kuat, ya. You are stronger than you think. 💪
Alhamdulillah...sedap tu...lama tak kena pucuk paku tu..
ReplyDeleteBetul, masak pucuk paku tu memang sedap.
DeleteKerja-kerja rumah ni memang tak pandai habislah kan Nur.
ReplyDeleteYang bagusnya, banyak kalori terbakar hihihi.
Betul sangat, kak.
DeleteYeh, itu pun betul. Motivasi untuk buat kerja rumah.
Giliran Kyra UBBI esok pagi disidang 1.
ReplyDeleteMesti Kyra dah lepas. Semoga Kyra lulus dengan cemerlang.
DeleteAnak Cie pulak letak tepi sofa. Pembalut gula-gula ke, coklat ke mujur tak bersemut. Bukan yang jenis melekit tu.
ReplyDeleteHa, dia selit-selit ya, Cie. Hiii... budak-budak ni.. 😂
DeleteBest nya dapat makan hasil tanaman sendiri. Alhamdulillah moga capai impian ni nanti. Lauk ayam dan pucuk paku memang sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah... sedap.
Deleteulam raja my favv! sesuai makan dgn lauk masak lemak, tambah sambal belacan sikit!
ReplyDeleteBahaya ada sambal belacan, Mazni. Karang bertambah nasi. 😁
DeleteHujan tak melunturkan semangat Sulaiman ke sekolah. Bagus dia tak nak susahkan maknya hantar. Saya pun baru nak cerita bulan oktober punya kisah dalam bulan November. Lambat sikit nak up cerita.
ReplyDeleteBila hujan banyak akitiviti dalam rumah pulak. Bila mood tu dah datang memang lamalah kita mengemas buat kerja.
Sedapnya pucuk paku tumis. Nampak segar pucuk pakunya tu.