Wednesday, November 12, 2025

Tudung bawal

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang saya hormati sekalian... 

Ini cerita pada 25 Oktober 2025. Ha ah, saya ni bila masukkan gambar dalam draft entri, mesti tulis tarikh. Untuk rekod sendiri di masa hadapan, gitew.

Sebenarnya, saya masih mencari tudung yang sesuai. Tudung yang senang dipakai. Tudung yang tak perlu gosok. Tudung yang boleh pakai solat. Suka cuba-cuba pelbagai jenis tudung. Masih mencari. Bila blogwalking, saya perati jer tudung kawan-kawan blogger pakai. Tiba-tiba, saya terjangkit dari blogger SA. Saya terbeli tudung bawal. 🙈

Walaupun saya ni, bukan suka sangat tudung yang kena gosok ni. Dulu-dulu, kita semua pakai tudung bawal, kan. Masa tu, tak ada lagi shawl. Tudung empat segi je yang banyak. Tudung sarung pula, style budak sekolah. Tak ada macam sekarang, dari fabrik ringan untuk sukan. Sekarang ni kalau tengok tutorial tudung bawal di youtube, macam-macam cara boleh kita gayakan. Tak perlu lipat separuh dah, boleh lipat jadi segi empat tepat, dan lain-lain lagi. 

Ini kalau pembaca blogger lelaki yang baca, mesti pening. Macam suami saya la, pada dia, tudung semua sama je. Pada kita orang perempuan, mana sama, kan? Kena tengok acara atau agenda apa kita nak buat, keadaan cuaca lagi yang perlu diambil kira. Hehe...

Dulu-dulu memang saya banyak tudung bawal, tapi banyak juga dah sedekahkan. 

Contoh saya pakai tudung bawal
Contoh saya pakai tudung bawal. Yang ini, saya beli kat pasar pagi Kuala Kangsar je.

Saya tak kisah sangat, kalau corak sweet, bunga-bunga kecil, harga RM5, RM10, saya beli je, kalau terjumpa di pasar minggu atau pasar malam.

Berikut adalah yang saya baru beli, brand Shawlpublica dekat shopee. Terpengaruh dengan SA 👉 Wanita dan Tudung Tak Dapat Dipisahkan.

Waktu saya scroll Shopee, tak banyak yang ada stock. Maknanya, laris ye, brand Shawlpublika ni. Ini pertama kali saya cuba beli.

Beli tudung ShawlPublika
Tadaaa... 

Beli whimsical collection, kod adore, RM29.

Beli Maharani Raya, kod kenchana, RM29.

Beli safari chic collection, kod bloomie, RM49

Selamat, sudah beli. Lepas tu, malam yang sama, saya tengok, seller buat live. Yang harga RM29 turun jadi RM10. Alamak... takpe la, takde rezeki nak dapat harga diskaun.

Corak tudung ShawlPublika
Buka tengok corak tudung.

Dari kiri Adore, Bloomie dan Kenchana.

Ok. Boleh gosok tudung dan pakai nanti.

Nak pergi berkebun
Nak pergi berkebun

For safety reason, bila berkebun terpaksa ikat tudung macam tu. Pernah sekali pakai macam biasa ke depan, sangkut daun berduri, kita pula tak perasan. Sedang fokus cabut rumput. Tiber tengok bawah, OMG, my tudung berlubang already! Sejak itu saya tak masuk dah tempat sempit-sempit untuk cabut rumput ni. Kena clear laluan dulu. Tudung baru, pakai berkebun je. Suami cakap comei. Saya pun happy. 😊 Betul la, tudung ShawlPublika ini senang dibentuk, berbanding tudung beli di pasar malam. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

11 comments:

  1. Sukanya ada yang terjebak dengan entry kita...hahaha..SA sebenarnya ada beli lagi tau..memang suka beli time Live kat Shopee atau kat Tik Tok...suami dah geleng kepala je..eh ornag lelaki mana tau kepuasan kita orang perempuan bila bab tudung kan...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Cumin bah....pandai Nur pakai bawal. Saya masih rak lurus, herot petot saja. Mungkin kena pandai pilih jenis kainnya juga kan.

    ReplyDelete
  3. Wah ternyata banyak aneka macam tudung , saya juga baru tahu
    Di kampung saya mungkin namanya kerudung
    Eh saran nih aktifkan tampilan blog respponsivenya. Tinggal pilih menu di tema html, nanti ada pilihan responsive
    Biar enak baca saat pengunjung buka via hape.

    ReplyDelete
  4. yang nak pergi berkebun dah gaya budak form 5 nak ambil Spm
    cantik comel sangat kakakku

    ReplyDelete
  5. Last Cuya beli tudung masa tahun 2023 sebab nak konvo. Pastu Cuya tak beli sebab masa kerja kan ada uniform, jadi pakai tudung hitam je.
    Akan dtg tkthu la beli ke tk, sebb dh 2 tahun tk beli, sebb tudung pon bnyk tk terpakai hehe

    ReplyDelete
  6. sokong kak afzan...comey ngat... linda tengah menahan diri dari beli tudung nie.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Cantik juga tudung bercorak macam ni. Mudah dipakai dan sangat sesuai dipakai dengan baju atau jubah yang kosong (tidak berbunga atau bercorak).

    ReplyDelete
  8. Cie memang pemakai bawal. Lama dah tinggalkan shawl. Zoe Arisa pun best beli kat Shopee murah je.

    ReplyDelete
  9. Orang pakai tudung bawal ni nampak muda katanya. Dulu zaman remaja dan zaman study suka pakai tudung bawal. Sekarang lebih suka pakai shawl instant dan warna plain. Bersukan pula pakai tudung khas untuk sports. Shawlpublika tu tudung bawal dia cantik-cantik coraknya kan.

    ReplyDelete
  10. Sy pemakai tudung bawal forever haha... Dari zaman belajar sampai skrg, bawal je sokmo. Tapi di rumah pakai juga la tudung sarung, senang nak keluar masuk rumah.

    ReplyDelete
  11. Pengakuan: Uncle memang pening hal2 tudung ni....

    ReplyDelete