Saturday, November 22, 2025

Kenanga

 Assalamualaikum, semua... empat hari juga blog saya ini tanpa entri. Saya sihat-sihat saja, Alhamdulillah. Cuma saja berehat dari blog. Kadang, rasa malas juga nak update sini, mood mengeblog hilang dibawa angin lalu, gitu. Huhu.. ini pun saya paksa diri tulis juga, sebab sudah banyak upload gambar dari handphone ke draft, tapi publish-nya, tidak. Aduh... camana ni? Cer kome tolong tiup sikit angin rajin itu kat saya. 

Cerita saya berkebun pada 1 November 2025 yang lepas. Pokok kenanga tumbuh dengan helok, Alhamdulillah. Saya beli anak pokok dari Pasar Pagi Kampung Gajah. Saya tanam di tepi rumah, dekat dengan tempat sidai kain. Bila lalu tepi sambil sidai pakaian di jemuran, boleh bau harum bunga ini.

Bunga kenanga
Bunga kenanga

Pokok kaktus yang tumbuh cabang baru, sudah semakin membesar.

Cabang kaktus baru tumbuh
Cabang baru tumbuh.

Batang asal sudah patah. Dia tumbuh macam itu pula rupanya.

Pokok ketumbar
Pokok ketumbar

Banyak kali campak benih pokok ketumbar dalam pasu. Ini, pertama kali tumbuh. Daun ketumbar atau coriander dalam bahasa omputihnya, boleh guna untuk tambah aroma dalam masakan. Kalau masak tomyam, sesuai sangat masukkan daun atau akar ketumbar. 

Sambil-sambil tengok pokok tu, selit bunga kenanga tadi petik, pada tudung.

Halo... selfie depan serai

Selain bunga kenanga, kalau jumpa bunga kemboja pun saya suka juga selit pada tudung. Dulu masa berjalan pagi di Esplanade Lumut, selalu jumpa. Suka. 

Bendi tanam sendiri
Bendi keluar lagi.

Dia keluar sebiji, sebiji, simpan dalam peti ais. Kena campur dengan sayur lain seperti carrot, untuk mencukupkan hidangan sayur. 

Masak sayur bendi campur carrot
Masak sayur pada hari itu

Tumis dengan bawang putih jer. 

Hasil berkebun
Hasil berkebun pada hari itu

Walaupun hasil sebiji, sebiji, nak juga tunjuk. Cili sebiji, bendi sebiji. Kopi o takde gula sambil mencabut rumput buat kita bertenaga dan tak ingat nak masuk rumah. Kelihatan juga muncung pistol air dalam gambar di atas, kena standby, senang nak tembak kot ada beruk datang menjengah.

Sekian cerita berkebun pada hari itu. 

Jumpa lagi, ye. 💗

20 comments:

  1. Fuhhh..okay dah tiup dah KakNur. Dapat tak rajin tu? hihi...
    Sukanya bau bunga kenanga ni. Kalau Essential oil dia mahal betul.
    Alamak, pelik pulak dia tumbuh macam tu. Nanti cactusya berat sebelah.
    Seronok tu ada pokok-pokok herba untuk masakan. Senang nak masak petik je. Jadilah kan dapat sikit-sikit buat tambah-tambah dalam masakan. Kalau tembak tu dorang lari lepas tu datang lagi ye? Tak serik betul kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat, dapat. Terima kasih, Fizah. 😁
      Oh ye ke.. tak pernah tengok bunga kenanga punya Essential oil.
      Itu la pasal. Takpe, akak dah sandar pokok kaktus pada dinding tembok, buat penahan.
      Bila tembak, beruk lari. Esok lusa, dia lalu balik. Biasa.

      Delete
  2. Alhamdulillah Nur kembali semula. Tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu pos baru.
    Kalau saya campak tidak hidup, banyak siput babi. Nur takde masalah ini ke? Semangat berkebun Nur.
    Saya belajar sedikit-sedikit tanam sayur yang saya suka daripada Emak. Nak elak siput makan benih baru tanam letak seulas bawang putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takde mood nak online, NA. Ambil masa rehat kejap.
      Ada siput babi, tapi seekor, seekor je la, jumpa dalam sehari.
      Timasih, bagi tips, letak seulas bawang putih. Agaknya itu pasal benih saya tanam tak dapat dikesan kot, siput babi makan. Cuma saya jer tak perasan.

      Delete
  3. Dulu tak suka daun ketumbar. Sekarang sentiasa ada kat rumah buat masak tomyam, masak thai guna daun tu.

    ReplyDelete
  4. Aduh wangi si kenanga tu terbayang² la ... Suka sangat bunga² gini, harum.
    Sy pun tunggu masa nak petik cili nan sebiji dlm pasu rumah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kan, PH. Wangi bunga ni.
      Hehe.. sebiji cili pun jadilah ya, dari takde, hasil tanam sendiri.

      Delete
  5. Nur, saya kalau dah malas menulis entri alamatnya berbulanlah penuh sawang. Pernah sekali dulu begitu tau... ahaks!
    Pagi tadi ke pasar tani, nampak sepasu besar pokok bunga kenanga. banyak bunganya, tapi saya tak sempat nak dekat-dekat nak hidu aromanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. berbulan tu. Hehe... alaa... takpe, lain kali pi pasar tani, boleh cium bau bunga kenanga, kalau masih ada.

      Delete
  6. sedapnya sayur hasil tuaian sendiri :D

    ReplyDelete
  7. Dulu ada satu pokok kenangan depan rumah di kampung. Aruah mak suka bunganya. Malahan di larang menebang walaupun pokok dah tua. Tapi bila aruah mak tak da akhirnya pokok itu mati sendiri. Agaknya dia tahu tuannya dah tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam pokok kenanga mak saya la, kak. Bila mak meninggal, pokok pun mati sendiri.

      Delete
  8. Yg penting tiap Minggu ada tulisan baru di blog kakak, dah cukuplah tuh 🤭😄. Kadang memang rasa jenuh kan. Saya pun sama. Apalagi kalau dekat dengan jdwal traveling, memang lupa dengan blog.

    Trakhir kali lihat bunga kenanga, zaman saya kecil. Lupa harumnya kayak apa. Tp yg pasti memang wangiiiii.

    Mama suka bunga ini. Dan kenanga juga banyak dipakai untuk parfume kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah Fanny, kadang tidak ada idea mahu mengarang apa.
      Oh, seperti Fizah cakap di atas, essential oil juga ada, wangian kenanga ini.

      Delete
  9. Kalo ketumbar ini yg saya kurang suka. Bukan aromanya, tp rasanya strong sangat. Beda dengan rasa seledri. Jadi kdg kalo ada makanan pakai daun ketumbar, biasanya saya memang sisihkan , atau tak makan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu. Iyalah, lain orang, lain citarasanya, ya.

      Delete
  10. Comelnya selit bunga kenanga di telinga. Macam orang zaman kegemilangan Melaka☺️Teruskan menulis blog nya Tot. KSarie suka baca perkongsian Tot. Cumanya itu la KSarie jarang sekali dapat jengah blog sebab tak tau apa la yang sibuk naw😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie, selalu singgah sini. Faham, takpe, bila-bila free bolehlah blogwalking. Utamakan mana penting dulu.

      Delete