Assalamualaikum semua... Selamat pagi Ahad. Semoga hari ini adalah hari yang ceria dan anda semua sihat-sihat selalu.
Cerita pada 29 Oktober 2025 yang lepas.
Saya ingat, pokok bunga pink rain lily saya sudah mati. Entrinya ada saya tulis di sini 👉 Sabtu Long Weekend Cuti Merdeka. Memang ia agak layu, macam kena jangkitan penyakit. Yang tinggal cuma daun, pada waktu itu. Tapi saya tetap buangkan bahagian yang ada biji-biji putih di pangkal daun. Rumput liar yang tumbuh di celah-celah, saya buang. Daun-daun yang nampak macam terkesan atau kekuningan pun saya buang. Tetap siram. Pada hari tersebut, saya perasan, bunga telah keluar sekuntum. Alhamdulillah. Panjang umur lagi pokok pink rain lily ini.
![]() |
| Pink rain lily |
Dah nak mati jadi tempat ulat gonggok bertelur. Itu la, biji-biji putih itu rupanya telur ulat gonggok. Sebab bila saya buang daun yang terkesan, saya nampak ada banyak ulat gonggok kecil dalam tanah. Banyak. Geli juga.
Benda-benda merayap ini, suka bertelur di tempat yang kita tak sangka. Lagi satu contoh, semut hitam tu, yang telur dia putih-putih halus kecil-kecil. Yang itu, suka sangat bertelur bawah pasu. Bila kita alih, penuh keluar beribu-ribu lemon semut hitam. Huii... terus tak boleh sambung kerja. Sebab nanti menatang itu naik ke tangan, kaki, sebab kita kacau rumah dia. Huuu...
![]() |
| Beli pokok kenanga. |
Mengopi di 989 kopi
Later that day, saya dan suami keluar mengopi di port kegemaran, 989 Kopi di Pekan Lumut.
![]() |
| Red velvet soft cookies, chocolate danish roll dan americano panas. |
![]() |
| Suami minum latte ais |
Kami kongsi makan. Alhamdulillah.
Hari ini, hari minggu, kome. Apa nak buat hari ini, tak tahu lagi. Nak berjalan pun, sudah tak tahu mana nak pergi. Mungkin lepak saja di rumah.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗




Memang gelilah Nur nampak banyak ulat gonggok kecil!
ReplyDeleteSaya memerap saja di rumah. Siapkan menanda kertas peperiksaan tingkatan 4 sambil BW. Kalau lapar cari makan di dapur.
Itu la pasal. Heee....
DeleteBest tu kak Amie, lepak di rumah. Hujan pula tu hari ni.
Selamat berhujung minggu.
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu juga, Wak.
DeleteDatang sini tengok bunga tu. Ceria pagi ni.
ReplyDeleteTerima kasih, singgah sini. 🌹
Deleteanak dara suka soft cookies..baru je die bli kt tiktok..dh pandai skarang
ReplyDeleteHehe.. mesti sedap tu, beli di tiktok.
DeleteBanyak jugak port mengopi di Lumut ni.
ReplyDeleteBoleh ler, Cie.
DeleteAlhamdulillah ada rezeki lagi dengan pokok lily nya. Cantik pokok kenanga. Semoga tumbuh sihat pokoknya nanti. Selalu Tot share pasal kopi 989 ni nanti nak kena singgah juga satu hari😅Hari minggu hari untuk mendobi😅
ReplyDeleteAminn... terima kasih, KSarie.
DeleteSila, sila, kalau datang Lumut. Selamat mendobi, KSarie.
Semut² tu, kdg² bawah bekas bawang Linda dia dok berkumpul.. hahaha..geram je
ReplyDeleteAlamak... nape la dia duduk bawah bekas bawang, yek.
DeleteCantik bunga lily tu...
ReplyDeleteSelamat mengopi dan berhujung minggu. Dah nak habis dah hujung minggunya..
Terima kasih, Naniey. Ha itulah, dah petang.
DeleteEiii.. itulah salah satu sebab sy takut nak bercucuk tanam. Sy tak tahu la nak kata, geli ke takut, sy macam terbayang benda tu boleh meloncat kat kita, hihi. Iye ke tak pergi mana² tu hari ni?
ReplyDeleteHehe.. memang la, SK, saya pun seram juga.
DeleteTak la, mestilah merayap punya. Hehehehe....
Putih-putih itu rupanya telur ulat gonggok.
ReplyDeleteHehe sampai dah tak tahu nak pergi mana, banyak tempat sudah pergi.
Itu la, banyakk sangat. Habis daun kena buang.
DeleteItu la NA. Tak ada idea dah nak nyongket ke mana.
Sy suka bunga kenanga, wangi!
ReplyDeleteSama, laa... 🥰
DeleteLetih menanam ni kalau ada musuh tersembunyi. Saya pun ada beli pokok bunga kenanga. Tanam kat kampun. Elok suburnya dan banyak bunga. Setiap kali balik mesti petik. Suka baunya.
ReplyDeleteSaya agak fobia nak makan soft cookies. Risau dapat yang manis. Lepas tu rugi tak makan. Encik suami jugak kena habiskan. huhu...
Sama kita, suka petik bunga kenanga. Wangi sangat kan, Fizah.
DeleteOh ye ke.. yang akak makan tu, tak berapa manis. Tapi ada la rasanya.
Allah cantiknya bunga tu...pink warnanya...nanti nak minta nur tanamkan untuk SA la....SA x leh tanam..asal tanam je mati..asal tanam je mati..kalau beli yang dah ready tu elok plak suburnya
ReplyDeleteHehe... beli yang sudah besar, SA, pokok bunganya. Yang itu senang sikit nak jaga. Kalau tanam dari benih, saya pun kadang tak menjadi.
DeleteSalah satu yg buat saya tak terlalu suka gardening, selain tangan panas 🤭, sebab takut ketemu dengan segala macam ulat, cacing, telur2 yg saya tahu apa, di dekat tanah, pot atau dalam tanahnya 🤣🤣🤣. Bisa menggeletar itu kak 😅😅. Memang geli sangat. Makanya saya jarang, bahkan dah tak pernah gali2 tanah begini 🤣. Zaman kecil mungkin trakhir. Tapi sebab memang takut cacing, sejak ketemu, langsung tak nak mendekat 😅🤭
ReplyDeleteHehe.. akak pun geli juga Fanny. Tapi pakai gardening glove, Insya-Allah, selamat.
DeleteSedapnya dapat sarapan soft cookies dengan kopi americano panas-panas. Kalau ada surat khabar, bertambah seronok lagi
ReplyDeleteBetul, betul. Tapi saya sekarang beli surat khabar hari Ahad je.
Deletekena standby baygonlah kalau gitu tiap kali nak buat projek diluar rumah
ReplyDeleteKadang-kadang je semut tu ada, Ammi. Kadang entah mana hilang taktau, buat sarang tempat lain ler tu.
Delete