Masa saya taip entri ini, hujan tak habis lagi di Manjung ini. Tapi, tidaklah selebat semalam. Air dalam saliran atau anak sungai masih tinggi. Sesetengah kawasan rendah sahaja dinaiki air. Rumah saya selamat, sebab kawasan tinggi. Ofis suami pun selamat. Tapi, bila laluan jalanraya yang dinaiki air, jadi kena cari jalan alternatif yang boleh dilalui oleh kereta biasa kita ni. Kalau ada kenderaan pacuan empat roda, tak ada masalah.
Cerita pada 6 November 2025 yang lepas, kami baru ambil Hafizan di Ipoh, dalam perjalanan balik Manjung, semasa tiba di Batu Gajah, kami berhenti makan di Gazebo Abang Nash. Sudah banyak kali nampak kedai makan ini, tapi tak pernah berhenti sebab selalu tengok macam ramai je, dari tempat parkingnya. Hari tu, kami cuba jugalah, sebab perut pun sudah berbunyi, waktu dalam pukul 10 pagi. Elok ler, untuk buka intermittent fasting.
Tokey kedai, iaitu Abang Nash ada di depan pintu masuk, sedang pasang bendera Perak. Waktu itu, semua premis digalakkan mengibar bendera negeri Perak, sempena Hari Keputeraan Sultan Perak pada keesokan harinya. Pada mulanya tak tahu yang itu tuan kedai, bila sudah masuk baru tahu sebab banyak banner memaparkan wajah beliau di dalam. Peramah Abang Nash ni, sempat bersalaman dengan suami dan Hafizan sebelum kami masuk cari tempat duduk.
Bila duduk saja, ada adik datang bawa buku menu dan ambil pesanan. Pesanan akan dihantar ke meja bila sudah siap. Baguslah, old fashion macam ni, sebab saya perhatikan ramai juga orang kampung atau orang tua datang sarapan di sini. Kalau guna QR Code untuk scan menu bagai, susah juga pada orang-orang tua yang tak guna handphone pun.
Hafizan makan capati. Laju jer dia makan sebaik saja capati sampai, tak sempat mama nak ambil gambar capati.
![]() |
| Suami saya pesan mi kari. |
Banyak-banyak kedai makan, mi kari dia antara paling sedap yang saya pernah rasa. Cukup rasa. Macam orang kampung masak. Ada kedai mi kari dia pekat likat. Ada kedai mi dia kita selak selak, ada warna merah pada mi kuning, tindak balas antara kapur dalam mi kuning dan serbuk kunyit dalam kari, saya rasa. Tapi mi kari di sini, helok kejadiannya, dan helok rasanya. Alhamdulillah.
![]() |
| Mi kari setelah dikacau rata |
![]() |
| Pesan juga cendawan goreng |
Yang ni, lupa harga berapa.
![]() |
| Banner ada gambar tuan kedai sertai program bantuan Lombok 2018. |
Alhamdulillah. Bolehlah singgah lain kali untuk cuba menu lain pula.
Gazebo Abang Nash
Alamat: 2, A117, Kampung Rizab Hujong, 31500 Ipoh, Perak. (dari Taman Botani Ipoh, ikut jalan nak ke Clearwater Sanctuary Golf Resort).
Masa operasi: 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Tutup setiap Rabu.
Jumpa lagi, ye. 💗





Memang rezeki kalau dapat mi kari yang sedap.
ReplyDeleteAda cendawan goreng lagi...syoknya meratah!
Ye kak Amie, Alhamdulillah.
DeleteHa ah, syok. 😁
Susah nak dapat mee kari sedap... Nanti bila² boleh la cuba makan di situ
ReplyDeleteSila², Linda. Sedap, mi karinya.
DeleteLama sudah tak merasa cendawan goreng. Mi kari tu macam best. Pekat kuahnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya sedap.
DeleteKat sini takde kedai jual western breakfast ni.
ReplyDeleteOoo ye ke...
DeleteMI kari + western bfast = fusion gitu....
ReplyDeleteHehe.. suami citarasa kampung, saya citarasa omputih. 🙈
DeleteKalau makan mee kari bila selak mee dia bertukar jadi merah memang potong selera sungguh lah. Sebab kadang mee kuning dia banyak kapur dan tidak di cuci bersih. Set western tu nampak mengenyangkan sebab banyak bahannya.
ReplyDeleteBetul tu, kak.
DeleteHa ah, saya pun kena share dengan suami set western tu.
Sikitnya Hafizan makan, jaga badan betul Hafizan ni ya. Sedap nampak mee kari, western bfast tu sesuailah utk buka IF.
ReplyDeleteHafizan ikut mood juga. Kadang dia tukang perabis makanan.
DeleteAmmi pun tak gemar order guna QR. Nak milih menu pun payah
ReplyDeleteItu la. Kadang menu online tak sama dengan menu terpapar di kedai pun.
DeleteDr fotonya dah nampak sedap mi kari yg dijual kak 😍😍😍. Banyak topping juga. Suka yg kuah pekat, tp tak buat muak.
ReplyDeleteOh itu banner saat lombok kena gempa dulu yaa . Baiknya owner, sampai buat bantuan kesana ❤️
Alhamdulillah, memang sedap mi karinya, Fanny.
DeleteSedapnya mi kari tu. Kalau orang kampung masak mesti sedap. Baguslah kalau mi kuningnya elok tak rasa kapur. Dibasuh dengan air panas dulu kot kan atau jenis mi kuning yang tak rasa kapur. Kalau rasa kapur tu rasa tak best nak makan. Set western dia pun penh pinggan, puas hati. Murah juga set tu. Cendawan goreng tu sekali hadap je boleh habis.
ReplyDeleteHa ah. Betul, Fizah. Alhamdulillah, rezeki juga makanan semua sedap.
DeleteSayapun tidak suka kedai guna QR kod. Bagi saya leceh.
ReplyDeleteMurah juga English Breakfast. Boleh datang lagi sebab mi kari sedap.
Sama la. Benda senang jadi susah.
DeleteHa ah. Insya-Allah, boleh singgah lagi.
sedap tgk mee kari tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap, mama tisya.
Deletetengok gmbar mee kari tu pun mmng sedap lah... murah pula tu
ReplyDeleteHa ah. Sedap dan murah, Mazni.
DeleteKSarie makan sini udah 3,4 kali memang berkenan dekat semua makanan yang pernah cuba. Cendawan goreng dan capati tuh memang order setiap kali ke sana. Kena dengan tekak. Tauke nya tuh ramah betul. Tanya okay ke rasa makanan, etc
ReplyDeleteWah.. banyak kali dah repeat makan situ ya.
DeleteTengok gambar mee kari tu pun dah tau tahap kesedapannya....
ReplyDeleteHa ah. Sedap, SA.
Delete