Assalamualaikum, semua... Haiii.... 😊
Entri kali ini, saya nak ceritakan kisah saya dan suami sarapan pada 30 Oktober 2025 yang lepas. Kami pergi PAKAR. Bukan hospital pakar tu. Tapi singkatan dari Pasar Komuniti dan Karavan Seri Manjung. Rasa macam sudah lama tak datang sarapan sini. Kalau datang berdua, seorang kena chop meja dulu. Seorang lagi pergi order makan. Sebab masa order makan tu, kena bagitahu nombor meja, supaya mudah dia nak hantar makanan ke meja kita. Ok, jom tengok apa kami makan.
![]() |
| Roti bakar dua keping dengan telur separuh masak. |
Dekat sini, ada pelbagai gerai jualan makanan. Pusinglah dulu, jalan depan setiap kedai yang buka, dan tengok apa yang ada. Takut baru jalan sikit, sudah jumpa, terus beli. Tengok-tengok belah sana, ada lagi makanan yang kita jarang jumpa. Alamak, menyesal, sebab kita dah beli makanan belah sini. Ha, gitu caranya. Masa kami sampai, sudah bertambah pula gerai yang dibuka, sampai ke belakang-belakang masih ada, dengan tambahan kerusi meja di bahagian belakang. Baguslah, lebih ramai peniaga, lebih banyak pilihan kita ada.
Roti bakar telur goyang di atas, saya punya. Harga RM4.
![]() |
| Kuih cara crispy berlauk |
Kami pula masa mula sampai, masuk ikut pintu belakang. Sebab parking penuh kat luar. Ini kedai baru di belakang. Jumpa kuih cara crispy ni, nampak menarik, terus beli. Satu set ada enam biji, harga RM5. Sedap! Pertama kali saya makan kuih cara crispy ini. Rasa macam makan Nyonya Pai Tee The Chicken Rice Shop pun ada. Sebab kombinasi banyak benda bila kita masukkan semangkuk kuih dalam mulut. Daging pun terasa, dengan cilinya, daun bawangnya. Kulitnya pula rangup.
![]() |
| Nasi goreng sambal paru |
Ini, suami punya. Harga RM6. Seperti biasa, kami makan kongsi-kongsi la, supaya dapat merasa. Menahan diri selepas itu, untuk tambah beli lempeng dan goreng pisang. Aduh... bahaya, bahaya duduk situ lama-lama. Jom balik cepat.
Balik rumah, saya masuk dapur, masak ikan kerisi berlada.
Ini taktik masakan nak bagi Sulaiman suka makan ikan. Sebab dia suka ikan keli berlado, ikan kerisi pun saya masak berlada. Kalau tak, kena masak dia ayammmmmm je hari-hari, selain ikan keli. Alhamdulillah, boleh pun dia makan ikan kerisi ni. Dia cakap, sedap. Happy Mama. 😊
Sekian, harap segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.
Jumpa lagi, ye. 💗




perak antara negeri yang saya suka lawati terutama kawasan pedalaman .. roti bakar telur separuh masak memang terbaik..tambah pulak dengan kacang panggang dalam tin
ReplyDeleteYa... betul, di kampung-kampung kita boleh explore tempat lebih menarik dan makanan pun yang jarang jumpa dan sedap belaka.
DeleteBanyak gerai yang seronok boleh cuba macam-macam. Boleh datang lagi cuba yang lain pula.
ReplyDeleteBetul, NA. Saya pun belum habis cuba semua. Sebab sedap, kita asyik beli makanan yang sama. Kecuali kalau teringin, ha.. baru mencari yang lain especially yang kita tak reti masak.
DeleteMurah²nya harga makanan dekat sana... Kuih Cara crispy tu tak pernah makan. Mana pulak nak cari ni Nur...
ReplyDeleteDi sini memang murah, itu yang ramai orang makan di PAKAR. Tempat lain, mahal juga.
DeleteCer tengok kat tempat orang jual banyak kuih, PH. Kat vendor-vendor, ke.
Pujian dari anak memang membahagiakan... sukur
ReplyDeleteYe, uncle. Hilang penat memasak bila anak kata sedap. Alhamdulillah.
DeleteKuih cara crispy…belum pernah jumpa.
ReplyDeleteKebetulan, tadi ke blog Nona cakap pasal bubur paru. Ni blog Tot cakap pasal nasi goreng paru. Saya ni suka makan paru, terus rasa teringin 😄
Apa lagi, silalah cari, Ujie. Hehehe... sedap, kan, paru. 😋
DeleteSedapnya nampak kuih cara crispy berlauk tu. Banyak isi lauknya. Samalah kita, suka makan kongsi-kongsi je. Harga pun murah tu. Tersangatlah bahaya kalau nampak itu ini semua sedap. hihi..
ReplyDeleteSulaiman jenis makan yang kena ada sambal ye. Nak tak nak kena jugalah masak begitu kan barulah dia makan. Ikan kerisi memang sedap. Kalau goreng garing dengan garam dan serbuk kunyit pun dah sedap.
Itu la pasal, Fizah. Kena control juga kalau ikutkan nafsu, semua benda nak beli sebab tengok sedap. Ha ah. Sulaiman suka yang ada sambal. Betul, ikan kerisi goreng camtu je pun dah sedap.
DeleteSedapnya menu-menu tu, bikin perut jadi lapar
ReplyDeleteHehe.. silalah pergi makan, Mas. Nanti perut masuk angin.
DeleteNampak sedap kuih cara crispy berlauk tu...mana plak SA nak beli ni...dapnyaaa....wah..Sulaiman pandai makan ikan kerisi..kena selalu mencuba ye Sulaiman...so xde la makan ayam aje...
ReplyDeleteMungkin boleh cari di tempat orang jual banyak kuih, SA. Atau di vendor-vendor, ke.
Deleteanak2 memang tak makan ikan snagat...susah betul.. linda pula, tak rajin nak masak banyak lauk...
ReplyDeleteEh, samalah kita. Kena juga masak ayam, demi anak-anak. Tapi kalau hari-hari ayam, bosan juga. Huhu..
DeleteNah sayapun kalau ke tempat banyak jual makanan, akan jalan dulu dr ujung ke ujung 🤣. Baru setelah itu pilih makanan. Takut menyesal kalau langsung beli 😅.
ReplyDeleteIsssh sedaaap kue cara 😍😍😍. Ini kue fav saya juga. Susah jumpa kue ini kalau di JKT. Dulu mama sering buat sendiri . Tapi baru2 ini saya dibelikan kak Ezna kue cara ❤️
Betul, betul! Kuih cara tradisional dari pandan itu memang sedap kan, Fanny. Yang ini telah difusionkan. Tapi, masih sedap.
Deleteikan kerisi memang sedap. bagi saya makan kosong gitu je pun dah sedap. hebat sulaiman suka makan yg berlado lado ni, ahakss
ReplyDeleteBetul, goreng pun sodap, kan, Mazni.
DeleteDia memang dah biasa makan sambal sejak kecil, arwah opahnya ajar. Itu yang sampai besar suka lauk bersambal.
di Seremban pun ada PAKAR tapi ammi tak tau pun jualan apa yang ada disana disebelah pagi. Kami selalu pergi malam utk makan di food court
ReplyDeleteOh ye ke.. wah, lagi best, malam pun buka.
DeleteMenyesal baca post ini di kala masih belum makan apa-apa ni. Kuih cara crispy berlauk tu geram je tengok. Lama juga tak makan ikan kerisi
ReplyDeleteHehe.. sedap KSarie, 😋
Delete