Monday, November 17, 2025

Sarapan di PAKAR

 Assalamualaikum, semua... Haiii.... 😊

Entri kali ini, saya nak ceritakan kisah saya dan suami sarapan pada 30 Oktober 2025 yang lepas. Kami pergi PAKAR. Bukan hospital pakar tu. Tapi singkatan dari Pasar Komuniti dan Karavan Seri Manjung. Rasa macam sudah lama tak datang sarapan sini. Kalau datang berdua, seorang kena chop meja dulu. Seorang lagi pergi order makan. Sebab masa order makan tu, kena bagitahu nombor meja, supaya mudah dia nak hantar makanan ke meja kita. Ok, jom tengok apa kami makan.

Roti bakar dua keping dengan telur separuh masak
Roti bakar dua keping dengan telur separuh masak.

Dekat sini, ada pelbagai gerai jualan makanan. Pusinglah dulu, jalan depan setiap kedai yang buka, dan tengok apa yang ada. Takut baru jalan sikit, sudah jumpa, terus beli. Tengok-tengok belah sana, ada lagi makanan yang kita jarang jumpa. Alamak, menyesal, sebab kita dah beli makanan belah sini. Ha, gitu caranya. Masa kami sampai, sudah bertambah pula gerai yang dibuka, sampai ke belakang-belakang masih ada, dengan tambahan kerusi meja di bahagian belakang. Baguslah, lebih ramai peniaga, lebih banyak pilihan kita ada. 

Roti bakar telur goyang di atas, saya punya. Harga RM4.

Kuih cara crispy berlauk
Kuih cara crispy berlauk

Kami pula masa mula sampai, masuk ikut pintu belakang. Sebab parking penuh kat luar. Ini kedai baru di belakang. Jumpa kuih cara crispy ni, nampak menarik, terus beli. Satu set ada enam biji, harga RM5. Sedap! Pertama kali saya makan kuih cara crispy ini. Rasa macam makan Nyonya Pai Tee The Chicken Rice Shop pun ada. Sebab kombinasi banyak benda bila kita masukkan semangkuk kuih dalam mulut. Daging pun terasa, dengan cilinya, daun bawangnya. Kulitnya pula rangup. 

Nasi goreng sambal paru
Nasi goreng sambal paru

Ini, suami punya. Harga RM6. Seperti biasa, kami makan kongsi-kongsi la, supaya dapat merasa. Menahan diri selepas itu, untuk tambah beli lempeng dan goreng pisang. Aduh... bahaya, bahaya duduk situ lama-lama. Jom balik cepat.

Balik rumah, saya masuk dapur, masak ikan kerisi berlada.


Ini taktik masakan nak bagi Sulaiman suka makan ikan. Sebab dia suka ikan keli berlado, ikan kerisi pun saya masak berlada. Kalau tak, kena masak dia ayammmmmm je hari-hari, selain ikan keli. Alhamdulillah, boleh pun dia makan ikan kerisi ni. Dia cakap, sedap. Happy Mama. 😊

Sekian, harap segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

26 comments:

  1. perak antara negeri yang saya suka lawati terutama kawasan pedalaman .. roti bakar telur separuh masak memang terbaik..tambah pulak dengan kacang panggang dalam tin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... betul, di kampung-kampung kita boleh explore tempat lebih menarik dan makanan pun yang jarang jumpa dan sedap belaka.

      Delete
  2. Banyak gerai yang seronok boleh cuba macam-macam. Boleh datang lagi cuba yang lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, NA. Saya pun belum habis cuba semua. Sebab sedap, kita asyik beli makanan yang sama. Kecuali kalau teringin, ha.. baru mencari yang lain especially yang kita tak reti masak.

      Delete
  3. Murah²nya harga makanan dekat sana... Kuih Cara crispy tu tak pernah makan. Mana pulak nak cari ni Nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini memang murah, itu yang ramai orang makan di PAKAR. Tempat lain, mahal juga.
      Cer tengok kat tempat orang jual banyak kuih, PH. Kat vendor-vendor, ke.

      Delete
  4. Pujian dari anak memang membahagiakan... sukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, uncle. Hilang penat memasak bila anak kata sedap. Alhamdulillah.

      Delete
  5. Kuih cara crispy…belum pernah jumpa.

    Kebetulan, tadi ke blog Nona cakap pasal bubur paru. Ni blog Tot cakap pasal nasi goreng paru. Saya ni suka makan paru, terus rasa teringin 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi, silalah cari, Ujie. Hehehe... sedap, kan, paru. 😋

      Delete
  6. Sedapnya nampak kuih cara crispy berlauk tu. Banyak isi lauknya. Samalah kita, suka makan kongsi-kongsi je. Harga pun murah tu. Tersangatlah bahaya kalau nampak itu ini semua sedap. hihi..
    Sulaiman jenis makan yang kena ada sambal ye. Nak tak nak kena jugalah masak begitu kan barulah dia makan. Ikan kerisi memang sedap. Kalau goreng garing dengan garam dan serbuk kunyit pun dah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal, Fizah. Kena control juga kalau ikutkan nafsu, semua benda nak beli sebab tengok sedap. Ha ah. Sulaiman suka yang ada sambal. Betul, ikan kerisi goreng camtu je pun dah sedap.

      Delete
  7. Sedapnya menu-menu tu, bikin perut jadi lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. silalah pergi makan, Mas. Nanti perut masuk angin.

      Delete
  8. Nampak sedap kuih cara crispy berlauk tu...mana plak SA nak beli ni...dapnyaaa....wah..Sulaiman pandai makan ikan kerisi..kena selalu mencuba ye Sulaiman...so xde la makan ayam aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh cari di tempat orang jual banyak kuih, SA. Atau di vendor-vendor, ke.

      Delete
  9. anak2 memang tak makan ikan snagat...susah betul.. linda pula, tak rajin nak masak banyak lauk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, samalah kita. Kena juga masak ayam, demi anak-anak. Tapi kalau hari-hari ayam, bosan juga. Huhu..

      Delete
  10. Nah sayapun kalau ke tempat banyak jual makanan, akan jalan dulu dr ujung ke ujung 🤣. Baru setelah itu pilih makanan. Takut menyesal kalau langsung beli 😅.

    Isssh sedaaap kue cara 😍😍😍. Ini kue fav saya juga. Susah jumpa kue ini kalau di JKT. Dulu mama sering buat sendiri . Tapi baru2 ini saya dibelikan kak Ezna kue cara ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul! Kuih cara tradisional dari pandan itu memang sedap kan, Fanny. Yang ini telah difusionkan. Tapi, masih sedap.

      Delete
  11. ikan kerisi memang sedap. bagi saya makan kosong gitu je pun dah sedap. hebat sulaiman suka makan yg berlado lado ni, ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, goreng pun sodap, kan, Mazni.
      Dia memang dah biasa makan sambal sejak kecil, arwah opahnya ajar. Itu yang sampai besar suka lauk bersambal.

      Delete
  12. di Seremban pun ada PAKAR tapi ammi tak tau pun jualan apa yang ada disana disebelah pagi. Kami selalu pergi malam utk makan di food court

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. wah, lagi best, malam pun buka.

      Delete
  13. Menyesal baca post ini di kala masih belum makan apa-apa ni. Kuih cara crispy berlauk tu geram je tengok. Lama juga tak makan ikan kerisi

    ReplyDelete