Assalamualaikum semua... dan selamat pagi, salam Jumaat yang mulia... 😊
Semalam, saya tukar template blog baru lagi. Saya baru tahu dari seorang pengunjung dari seberang, yang blog saya ini tidak responsive. Saya view blog guna laptop dan handphone, ok saja. Tapi beliau sebut sesuatu yang saya tidak familiar. Jadi, kalau view menggunakan apa yang beliau cakapkan, layout blog saya ini lari la ye. Sejujurnya, saya tidak tahu hendak edit HTML untuk buatkan blog saya lebih responsive. Boleh kot, jika saya punya banyak masa untuk mengadap komputer ini. Tetapi disebabkan kekurangan waktu, jadi jalan mudah untuk saya adalah mencari template blog lain yang featurenya responsive. Nah... sudah tukar. Semoga blog saya ini boleh diview dengan lebih baik sekarang, tidak kira screen besar mana pun atau browser apa pun, atau app apa pun, yang anda gunakan. Saya pernah perasan di google Adsense, yang lebih ramai pembaca menggunakan mobile dari desktop. Malah, ada yang guna tab. Jadi, saya harap, moga paparan blog saya lebih baik sekarang, dengan template yang baru ini. Itu pun, jika anda buka guna desktop, header blog saya kecil saja di tengah. Lantak la kau di situ. 😁
Eh, hari ini, saya nak cerita tentang makan malam saya dengan suami pada 25 Oktober 2025 yang lepas. Makan di Restoran Kasma Seafood. Kedai tomyam yang lokasinya di taman sebelah perumahan saya.
Biasanya, kalau makan di kedai tomyam, kami pesan makanan goreng-goreng. Tapi pada hari itu, kami order set nasi putih.
![]() |
| Ini set yang kami pilih. |
Pilih set B. Ikan kembung masak singgang. Ayam goreng kunyit, ulam dengan budu, nasi dan air teh o ais.
Air teh o ais suami cakap bungkus, untuk Sulaiman. Kami minum air kosong dan air suam. Order juga lauk tambahan, iaitu telur dadar.
![]() |
| Tertarik tengok pilihan bingsu yang ada |
Tapi kami tak minum manis dan sejuk, jadi tak order la.
Ada bingsu strawberry, thai tea, bandung thai, green tea, chocolate, keladi, green tea strawberry, choco banana, choco oreo dan mangga. Wow.
![]() |
| Hidangan kami |
Dah sampai makanan. Makan guna tangan. Sedap. 😋 Selera makan. Ikan kembung dalam singgang tu, agak besar.
Nasib la ada Sulaiman kat rumah, jadi saya masak macam-macam lauk selama ini. Kalau tinggal saya dengan suami saja di rumah, kami nak makan ikan rebus dengan budu je hari-hari. Tak perlu lauk banyak-banyak.
Alhamdulillah.. rezeki makan malam sedap. Kasma Seafood ini lokasinya di No. 373, Taman Samudera, Seri Manjung. Buka 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗



Rajinnya akak tukar² template..tapi, yang ni nampak ok sikit, tak serabut sangat macam sebelum nie. Linda punya pun, biasa² je..hihi..
ReplyDeleteTerima kasih, Linda. Oh, ok. Takpe biasa-biasa, asalkan orang boleh baca apa kita tulis, kan.
DeleteNur, kombinasi lauk-pauk yang sungguh enak!
ReplyDeleteSukanya singgang ikan, ada budu lagi.
Saya pun tak pandai hendak mekap-mekap rumah maya. Nanti usik sana usik sini habis berterabur, belum hilang segala aksesorinya. Tak tahulah kalau pengunjung datang, ada masalah ke tidak nak buka blog .... yang penting saya boleh menulis dan siarkan entri.
Lantak lah kau situ hehehe.
Alhamdulillah, kak Amie, memang sedap. Itu la, singgang dan budu memang gandingan yang mantap. 😋
DeleteBlog kak Amie elok-elok saja. Cantik dan senang dibaca, pada pendapat saya.
Akak pun sama. Jenuh dulu tukar2 tapi tak nampak cantik di mata akak. Nak balik asal dah lupa namanya jadi hentam saje lah bila akhirnya ok. Janji macam kata amie boleh buat entry dan orang boleh baca
ReplyDeleteHehe.. kan kak, betul dah tu. Yang penting orang boleh baca apa kita tulis.
DeleteNice template...=)
ReplyDeleteTerima kasih, Nieza. 😊
Deletesedap sengoti make nasi dgn lauk ike singge. Pah tu ada ulam cicoh budu pulop! Nyakkut sungguh!
ReplyDeleteHaalaa, Abe Kie. Mujur tak mintak nasi lagi sepingge. Punoh diet. 😁
DeleteSy harap orang boleh view dan baca blog sy dengan selesai sbb sy mmg tak pandai sangat nak godek² blog ni.
ReplyDeleteSedap² makanan tu ...
Blog PH ok je. Orang boleh baca dan design blog pun elok.
DeleteAlhamdulillah, memang sedap.
Nasib baik ada dh...ni SA komen guna hp..guna laptop xde ruang komen..x tau la kenapa....dh banyak kali SA refresh..SA kena baca guna hp la blog Nur ni nampaknya...lepas ni jangan tukar template lagi tau..yg sblom.ni ok je responsive..laptop ok dan hp pun ok dan laju je...
ReplyDeleteBaik, SA. Hehe.. sori, ye. Saya pun pernah alami di blog orang lain, ruang komen tiada, tapi lepas refresh page, ia keluar. Kadang blogspot pun ada glitch kot.
DeleteSaya blogging guna tablet. Tulisan blog Tot yang ini jadi lebih kecil, sebelum ini lebih selesa dibaca. Tapi ok je, masih boleh baca.
ReplyDeleteSaya kan belum pernah makan yang nama bingsu 😄
Oh, Ujie rupanya yang guna tablet. Ha, orait. Betul tu, setuju, tulisan di blog jadi lebih kecil.
DeleteEh, samalah kita. Tak pernah makan bingsu. 😁
Penat sudah tukar template sebenarnya, ada saja tak kena pandangan mata..akhirnya guna yang lama juga..
ReplyDeleteYe la, memang agak leceh juga bila tukar template blog ni.
DeleteRasa macam better lagi template baru ni Kak Nur. Makan guna tangan tu nikmat. Tapi kalau makan di kedai makan, saya memilih guna sudu garpu sebab malas nak bangun basuh tangan. hihi...
ReplyDeleteSedap-sedap pesanan menu Kak Nur.
Terima kasih, Fizah.
DeleteHehe.. akak pun suka guna sudu garfu, tapi sebab ada lauk ikan, itu yang kena guna tangan juga, boleh rasa tulang. Alhamdulillah, Fizah, sedap.
Molek template blog yang baru ni. KSarie nak tukar template blot tapi tak reti la pulanya😅Alhamdulillah rezeki makanan yang sedap untuk mengenyangkan perut.
ReplyDeleteTerima kasih, KSarie. Alhamdulillah.
Deletetemplate lama haritu okay, template sekarang pun okay jugak. mungkin juga sebab saya view di laptop, tak nampak apa masalah. yg penting kemas dan tersusun tu dah cukup
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas Mazni. Betul cakap Mazni, Alhamdulillah, mekasih, ya.
DeleteTukar lagi. Rajin Nur tukar-tukar cuba yang sesuai. Sebelum ini ok yang ini ok juga. Saya tengok daripada telefon bimbit.
ReplyDeleteHa, nak bagi pembaca dapat view blog dengan baik tak kira apa medium digunakan, itulah NA. Ni last la kot saya tukar. Terima kasih atas maklumbalas NA. 🤗
DeleteSaya guna laptop nampak okey template blog kak nur. Ia kemas dan tersusun. Bingsu itu nampak sedap ya
ReplyDeleteMekasih, Encik, atas maklum balas. Alhamdulillah.
DeleteNampak memang sedap. Itulah, tak pernah try lagi.
ammi try buka blog nur guna hp...elok je boleh baca. Cuma kalau boleh add tab older entry, new entry lebih mudah sikit kot kita nak baca next post.
ReplyDeleteBenda tu dah sekali dengan template, Ammi. Itulah, saya pun baru perasan takde older entri atau new entri di kanan kiri bawah post. Tapi, saya letak gajet recent post, jadi harap senang nak baca entri lepas-lepas.
Delete