Saturday, January 17, 2026

# Masak memasak # Movies

Aktiviti Ahad lepas

Ahad, 11 Januari 2026 -  Saya tidak keluar jalan pagi. Lepas subuh, masuk dapur. Saya sediakan sarapan. Disebabkan roti bun hotdog beli hari tu untuk buat roti hamlet masih ada, saya ulang buat roti hamlet kali kedua.

Roti bun hotdog sudah tampal telur dadar
Roti hotdog sudah tampal telur

Kali ini, saya habiskan tampal roti dengan telur dadar dulu, barulah saya sapu kaya dan butter. 

Roti bun hotdog sudah sapu kaya dan butter, jadilah roti hamlet
Sudah disapu kaya dan butter

Butter cair bila disapu kerana telur pada roti masih panas. Jadilah roti hamlet. Alhamdulillah. 
Selain sarapan roti hamlet, nasi tidak habis ada disimpan dalam peti ais. Saya panaskan nasi dalam rice cooker. Ada dua biji telur goreng juga dalam peti ais. Saya goreng lagi dua biji telur mata.

Telur goreng masak sos
Telur goreng masak sos

Saya tumis bawang merah dan cili api sebiji. Bila bawang sudah layu, masukkan sesudu cili kisar. Kacau seketika, kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Tambah air sikit jika terlalu pekat. Masukkan empat biji telur goreng. Jadilah, telur masak sos. Buat lauk makan dengan nasi. Alhamdulillah. Tidak perlu beli makan di luar. Masak simple saja di rumah.

Siri the Walking Dead
Siri the Walking Dead

Sarapan sambil layan siri the Walking Dead. Sudah masuk musim keenam, marathon siri ini. Saya sudah ikuti siri ini sejak masih langgan Astro beberapa tahun lepas. Tapi sudah berhenti tengok. Tawar hati selepas Carl mati. Sedangkan dalam komik Walking Dead, Carl adalah pencerita. Tambah tawar hati selepas Glenn mati, kena bunuh oleh Negan. Berhenti tengok lepas the Whisperers keluar. Manusia pakai kulit muka orang yang sudah mati. Sekarang, saya tengok semula. Slow-slow layan bila ada waktu free. Cerita zaman zombie. Teringat cerita Zombie Kampung Pisang arahan arwah Mamat Khalid. Zomba katik. 😁

Seronok bersenang-lenang di hari Ahad. Hujung minggu Sabtu atau Ahad, rasa lebih seronok lepak di rumah. Masak benda yang simple-simple dan mudah siap. Layan TV. Salam Israk Mikraj kepada semua pembaca sekalian. Kome pergi jalan-jalan ke, atau lepak rumah saja?

Jumpa lagi, ye. 💗

26 comments:

  1. Keluar sarapan dari pagi sampai tengahari terus tapau makanan lunch. Banyak urusan hujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu la boleh top-up barang-barang dapur ya, Cie.

      Delete
  2. Kita menjenguk anak di asrama la Nur :)
    Utk dinner malam ni, sy baru selesai masak sambal telur rebus. Simple² cukup la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itu la, hujung minggu je boleh jenguk anak ya, PH.
      Sedap tu PH, sambal telur rebus.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul, uncle. Lauk simple macam ni, sekejap je habis.

      Delete
  4. Simple menunya tapi ini yang kadang-kadang buat bertambah nasi kan? KSarie tak pernah tengok Walking Dead ni 1 episod pun sebab macam jantung nak tercopot je genre macam ni😅Tapi budak-budak dan apak mereka tengok sampai habis tapi depa melalui fasa macam Tot, berhenti agak la selepas Carl mati, patah betul hati deme😅KSarie pun kadang-kadang suka rehat je kat rumah bila weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul, KSarie.
      Itulah, sebab yang bersiri ni, tak ikut macam dalam komik, kita pun jadi malas nak follow.
      Berehat di rumah lebih best kan, KSarie.. 😊

      Delete
  5. nampak mcm roti john version mini pulak!
    comelnya header baru kak nur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mazni, roti john pendek tak ada sayur. Hehe...
      Terima kasih, Mazni.

      Delete
  6. Cuya baru tahu ada roti hamlet.. aritu nampak kak nieza pos. Cuya ingatkan roti helmet! 😂 Nampak sedap tuu

    Cuya harini baru balik drpd Kuantan balik hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ramai yang ternampak macam helmet.
      Seronok Cuya, dapat makan kenduri di Kuantan, sambil berjalan-jalan.

      Delete
  7. Hari Ahad memang untuk bersenang-lenang...santai kawan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rileks je. Kalau diikutkan, masak pun malas hari Ahad.

      Delete
  8. Lauk simple pun dah sedap walaupun orang kata biase-biase je. Tak boleh jadi ni kena buat lah roti helmet tu.

    ReplyDelete
  9. Sy tengok jugak WD ni tapi tak habis. Penat pulak tengok zombie, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kan. Itu baru tengok. Belum lagi lawan zombie. Kikiki..

      Delete
  10. Tidak tengok WD itu. Hehe.
    Sabtu di kampung, buat kenduri tahlil dan doa selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganas ceritanya. Tak tengok pun takpe, tak rugi apa pun.
      Alhamdulillah, seronok ada kenduri tahlil dan doa selamat ni. Dapat jumpa sanak saudara.

      Delete
  11. Saya nih sejak tergila2 Drakor, series Hollywood dah tak nonton. Ntah kenapa jadi tak tertarik, kecuali movie masih nonton. Apalagi kalau series dah banyak season, dahlaaah, baca spoiler saja kak 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. DraKor lebih menarik ya, Fanny. Ya betul, lain orang, lain citarasanya.

      Delete
  12. wah roti john..sdpnya..WD ni cerita zombie ka? sha peminat kdrama hihi..ada juga kmovie yang cerita zombie cumanya kena ada kwn tgk..takut haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cerita zombie, Sha. Ramai yang minat kdrama. 😊
      Tak takut pun, zombie tu kan rekaan semata-mata.

      Delete
  13. Walking Dead tu suami SA je tgok..hehehe..SA x layan...sedap plak nampak roti tu Nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. orang yang minat je layan Walking Dead ni.
      Sedap, SA, nanti trylah buat. 😊

      Delete